Monday, 21 December 2020

GELAGAT PENULIS SPTA

 

ASSALAMUALAIKUM

 

Terharu amat PI menatap pic kiriman sahabat penulis SPTA Saniah Masri ini. Kemesraan penulis di ruang maya menjadi reality pada pertemuan. Penulis SPTA kebanyakannya berasal dari Johor dan juga berada di seluruh Malaysia. Sabah dan Sarawak  tidak ketinggalan. Juga melewati sempadan hingga Indonesia, Brunei, Thailand, London. Maklum jaringan internet memudahkan komunikasi via medsos pilihan.

 

Sahabat penulis SPTA di Johor melakukan kunjungan ke rumah penulis Saniah Masri di felda Selancar 2.Muazam Pahang.  Kan main gembira Saniah menyambut kunjungan tetamunya dan meraikan mereka. Ketara jelas keriangan di wajah masing masing kerana hajat bertemu Allah kabulkan.

 

Setahu PI  penulis-penulis ini merupakan pesara jabatan kerajaan. Norazizah Idris/norais penulis mapan pesara guru. Issey miyaki pesara juruterbang TUDM pernah jadi dj Radio Singapura dan pengurus pementasan bergerak FELDA, Seti Zaleha pesara matron KKM, ustazah Ana pesara guru yang sering disiarkan karya pantun dan ADILA Radio Klasik.

 

Dan mereka bercadang hendak ke Serendah  bertemu PI pula. Semoga Allah permudahkan niat suci mereka  mengeratkan ukhuwah persahabatan. PI pun tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan sahabat yang cuma dikenali lewat maya selama ini.








SIFU TABIR ALAM TURUT MENULIS SEBUAH HAIGA INDAH
SEMPENA PERTEMUAN ANAK2 MURID DIDIKNYA
YANG DEWASA EMAS



10 comments:

  1. Wah sahabat PI samalah nama kita...hihii.Semoga silahturahim terus berpanjangan hingga hujung nyawa .

    ReplyDelete
  2. Semoga ukhuwah geng SPTA berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Moga lebih kukuh ukhuwah bila dapat berkumpul bersama-samakan kak PI.

    ReplyDelete
  4. Uish buah betik tu menawan sungguh PI, lebatnya. alhamdulillah kemanisan ukhuwah yang terjalin dan semoga berkekalan in shaa allah

    ReplyDelete
  5. seronoknya kak... mesti tak sabar kan tu...
    semua penulis tu bukan calang-calang kerjanya ya sebelum bersara...

    ReplyDelete
  6. Wah seronok tu kak PI bila menerima kunjungan sahabat yg sama2 berkongsi minat tu, mesti banyak yg akan dikongsikan. Semoga dipermudahkan urusan mereka nak mengunjungi kak PI.

    ReplyDelete
  7. Semoga ukhwah berpanjangan ❤️

    ReplyDelete
  8. kunjungkan sahabat2 ni buat kita lebih erat kan

    ReplyDelete
  9. Semoga berbahagia dan ceria-ceria selalu 🌼

    ReplyDelete
  10. semoga hubungan kekal hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist