Thursday, 24 December 2020

GIGI PELESU

 ASSALAMUALAIKUM



GIGI PELESU
Akibat eksiden 1987 kesemua gigi di mulutku berterabur jatuh di lebuh raya entah ke mana. Bayangkan betapa kuatnya hentaman lori ayam yang melanggar kereta yang kutumpangi. Siksa bertahun terbaring merenung siling siang malam akhirnya terbangun pula. Insya-Allah syukur karunia-Nya. Alhmdulillah .
Mula berfikir untuk memperbaiki sedikit kerosakan diri dengan menempah gigi palsu di klinik pergigian berdekatan. Letak klinik itu di tingkat dua masih daya kunaiki .perlahan-lahan. Kekuatan tenaga diri yang kumiliki teramat sedikit. Siap juga gigi palsu itu dan memenuhi gusiku elok sempurna. Dapatlah digunakan mengunyah makanan walau tidak sebaik gigi asal.
Suatu pagi tika hendak mengambil wuduk gigi dibuka dan diletakkan di atas mangkuk tandas. Ingatkan mangkuk tandas itu tertutup seperti selalu. Rupanya terbuka.. siapalah yang menggunakannya dan tidak menutupnya semula. Hish musykil betul! Maka terjatuhlah gigiku itu ke dalam tandas. Hendak mengambilnya dan memasukkan semula ke mulut memang tidaklah.
Setelah itu terpaksalah makan makanan yang mampu dikunyah gusi sahaja. Kadangkala tertelan saja macam ular sawa. Hendak membuat gigi palsu yang baru memang masalah tika ini. Sebab PKPD di Selangor kerana penularan wabak Covid 19 menyukarkan urusan apa pun. Lagipun takut juga terjangkit Covid jika terdedah dengan persekitaran luar. Mohon dijauhkan Allah.
Tapi terpaksa tabahkan hati jua meminta anak-anak menghantar ke klinik gigi.
Appointment dibuat di klinik Gombak. Sedang dalam perjalanan berkereta pihak klinik telefon kensel temujanji kerana doktornya ada hal lain. Sudah berada dalam kereta anak-anak pun membawa ronda-ronda ke bandar Rawang. Disamping mencari-cari
Kot ada klinik gigi yang masih beroperasi tika ini. Hari pun sudah awal malam. Ada rezeki bertemu jua sebuah. Klinik gigi ini menjalankan niaga pada hari Ahad juga. Alhamdulillah memudahkan anak-anak menghatarkanku ke sini kerana mereka bercuti pada hari Ahad.
Nampaknya setiap Ahad aku akan kelinik ini sehingga 'gigi pelesu' itu siap. Klinik ini berada di tingkat bawah. Senang anak-anak menolak kerusi roda ke dalam klinik. Doktor yang memeriksaku seorang doctor perempuan yang masih muda berbangsa Cina dibantu dua orang perawat perempuan Melayu juga masih muda. Harga rawatan dan gigi mengejutkan juga. Mahal pepaleh. 1600 RM. Klinik di Gombak menetapkan 1800 rm..bezanya 200 RM. Selamat juga 200 RM. Jadilah.
Gigiku yang terjatuh dalam tandas tu kutempah dulu di Bandar Jengka 500 RM saja.



11 comments:

  1. Beza RM200 banyak juga tu kan Kak PI.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan K.PI.
    Sama-sama kita doa Covid 19 akan berlalu pergi InSyaAllah vaksin pun dah ada

    ReplyDelete
  3. Kak PI, huaaa my mom guna gigi palsu juga... mmg dia pun klu tanpa gigi takleh nak makan melainkan yg lembut2.... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Allah seram pula baca kak PI..bertaburan giginya..huhuu ^^

    ReplyDelete
  5. 1987 eksiden ? lebih 33 tahun tuuh., huhuhu anak2 pon dh besar2 belaka., brape org cucu kakpah skrg ada?

    psl gigi palsu, wak penah buatkan utk arwah ayahnda dulu dipenghujung usianyaa.. tapi sekali dua saja arwah pakai .,

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, jumpa klinik gigi yg mudah urusannya..

    ReplyDelete
  7. syukurlah gigi palsu kak dah berjaya dihasilkan. mmg siksa nak mengunyah bila x de gigi.

    ReplyDelete
  8. Umur saya 34 tahun sekarang.. kecil lagi masa tu...1987

    ReplyDelete
  9. skarang harga standard gitu Kak PI.. sama dgn mak saya punya..

    ReplyDelete
  10. Alahai kesian kak PI.semoga cepat siap giginya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist