Saturday 15 August 2020

NASI PENGANTIN DI PINGGAN RETAK

 ASSALAMUALAIKUM


GAMBAR SEKADAR HIASAN


NASI PENGANTIN DI PINGGAN RETAK
Barangkali begitulah kalau sudah jodoh. Walau apa pun yang hendak dilakukan tidak dapat lari daripada ketentuan-Nya. Dia merasa sangat berbahagia sekali kerana lelaki yang dicintainya itu kembali berulik dengannya. Walau dinikahkan secara tergesa-gesa kerana mengikut desakan lelaki pilihannya itu namun majlis meraikan perkahwinan mereka begitu meriah sekali diraikan rakan taulan, sahabat handai, jiran se kampung, saudara-mara dan kaum kerabat.
Malam perkahwinan yang sangat bersejarah baginya. Terutama insiden pahitnya. Sedaya upaya ingin dilupakannya walau hatinya merasa amat tersinggung dengan sikap suaminya yang menjuihkan hidangan pengantin yang disajikan di hadapannya.
Mungkin dia merasakan tidak layak seorang raja sehari dilayan sebegitu rupa dengan cuma se dulang hidangan nasi kenduri yang tidak ada kelainannya untuk tamu biasa. Wajahnya berubah. Tidak ada lagi senyum ceria di bibir suaminya. Dia juga turut terperanjat. Mengapa begini pula? Mana nasi pengantinnya?
Memanglah sebagai mempelai pada hari ini dia tidak boleh bertanya apapun tentang majlis yang akan dilakukan tapi masakan emaknya tidak memberitahu pengelola kenduri tentang penyediaan nasi pengantin untuknya dan suaminya. Keliru sungguh dia.
Lebih menyusahkan hatinya kerana suaminya tidak mengambil mudah tentang itu. Boleh jadi dia sangat berkecil hati kerana tidak diraikan selaku pengantin seperti sepatutnya.
Dan rentetan itu ujudlah persengketaan dan rungutan-rungutan yang menyiksa jiwanya
Apa yang diharapkannya majlisnya itu akan berjalan dengan lancar dan selesa. Nampaknya keselesaan telah terganggu. Suaminya itu menyuap nasi dengan tidak berselera. Seleranya juga hilang menyertai situasi. Terpandang pinggan nasi di depannya jantungnya berdegup kencang, Nasi pengantin diisi di dalam pinggan yang retak!
Dia tidaklah terlalu taksub dengan kepercayaan orang-orang lama namun firasatnya mengatakan itu adalah petanda yang tidak molek. Dia mulai menilik arah haluan perjalanan perkahwinannya yang bermula dengan tafsiran-tafsiran yang tidak diingininya.

6 comments:

  1. Kalau retak tu maknanya jodoh tak panjang ke?

    ReplyDelete
  2. huhu..nasi je pun, suaminya pun kena belajar give and take lebih sikit ni..

    ReplyDelete
  3. Pinggan retak,cawan atau gelas retak..kepercayaan dulu-dulu begitu kan Kak PI,kalau ibu mengandung yang gunakan takut nanti anak yang lahir sumbing.Kalau pengantin takut usia perkahwinan tak panjang.Tapi bagi sesetengah orang yang lebih moden,mereka fikir ke arah keselamatan,bila guna pinggan,cawan atau gelas retak takut kaca atau batu halus bercampur makanan atau minuman..takut cederakan tangan dan sebaiagainya.

    ReplyDelete
  4. lain kali pakai laa pinggan plastik hehehe... tp tu laa kepercayaan dulu... baca boleh percaya tidak hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist