Thursday, 6 August 2020

SELINDUNG BULAN KEDAH TUA

ASSALAMUALAIKUM

PUTERI LINDUNGAN BULAN KEDAH TUA

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Kedah Tua sebuah negeri,
hikayat lama disyair peri,
sultan miliki dua puteri,
amat jelita wajah berseri.


Sultan Iskandar Mahkota Alam,
mimpi bertemu suatu malam,
dua puteri seri pualam,
terpaut hati kasih mendalam.

Kelopak melur indah berkembang,
puteri jelma bagaikan mambang,
teruja hati mengajak sembang,
sayangnya mimpi menyurai gerbang.

Bendahara menafsir menelah,
ujud puteri tiada salah,
darah puteri putih terserlah,
tentu pilihan urai masalah,


Darah puteri konon kuasa,
ingin miliki tuah dirasa,
segera pinang tak buang masa,
penuh harapan teguh tiasa.


Sultah Sulaiman akur terima ,
pinangan sultan pura utama,
sudah terkenal sekian lama
jalin ukhuwah erat bersama.

Tunku Mariam menolak jangan,
takdir jodohnya sudah gerangan,
diijab-kabul berganding tangan,
kini bersama jadi pasangan.


Tunku Mariam jari terluka,
bergurau canda hingga terleka,
darah mengalir cepat diseka.
warna merahnya bawa petaka.


Sultan Iskandar murka terlalu
rasa ditipu sungguhlah malu,
kata pemutus ambil selalu ,
Kedah Tua diserang bertalu


Tunku Mariam berduka lara
hilangkan diri jiwa sengsara,
Sultan Iskandar sesali gara,
mengikut rasa badai gelora.


Tunku Mariam Tunku Zaleha,
bagai ditelan alam yang laha,
walau dicari dengan usaha
dilindung bulan hujung intiha.

11 comments:

  1. Kisah zaman silam ni ye kak PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SYAZ YA KISAH SILAM TAPI ADA SEJARAHNYA

      Delete
  2. seronok baca tulisan akak...

    payah nk jumpa orang berdarah putih... sultan dulu-dulu suka sangat percayakan mimpi dan kata dari nujum gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DANA SUDI BACA YA KEPERCAYAAN DULU2 TAPI ADA YGMENGAMALKANNYA LA NI

      Delete
  3. kerana kuasa, bapa mertua pun sanggup diperangi...ada ya makam puteri berdarah putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOHAS KISAHNYA BEGITULAH...YA ADA MAKAMNYA

      Delete
  4. tak pernah dengar kisah puteri lindungan bulan kedah tua ni. seronok baca pasal kisah lama-lama macam ni. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH TIARA YA KISAH DULU2 MMG SUKA DIBACA

      Delete
  5. ada kaitan tak dengan raja bersiong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ANIES YG NI ADA KAITAN DENGAN ACHEH..XSANGKUT DGN RAJA BERSIONG

      Delete
  6. begitu coretan kisahnya, selama ini tahun akan namanya sahaja :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist