ASSALAMUALAIKUM
Berikan tiga hari untuk meredakan ketakutan dan kesedihan kamu." "Bagaimana?" "Menulis." "Apa yang saya mahu tulis?" "Situasi kau berhadapan letupan gas di kilang itu." "Aku tak mahu mengingati kembali!" "Bukankan memori itu yang membuat kau resah pada waktu malam dan mula takut melihat api kecil? Ia tak pergi, betul?" "Kenapa kau yakin menulis dapat membantu?" "Aku tak menjamin ia hilang tetapi ada kajian dibuat berkaitan terapi menulis." Dalam rencana Trauma and the Benefits of Writing About It; Why it helps to write about negative events memberitahu kita perkara ini. 1. Kebanyakan orang hanya menekan memori itu dengan perasaan ketakutan dan kesedihan yang berulang. Ia tidak hilang, makin ditekan dengan harapan memori itu pendam, ia semakin meledak. 2. Pada tahun 1997, Jamie Pennebaker dan pasukan pengkaji meminta sukarelawan dalam eksperimen mereka menulis situasi yang mereka takut dan resah selama tiga hari berturut-turut. 3. Para sukarelawan diminta menulis dengan menggali apa yang mereka fikirkan dan rasa yang dialami. Mereka diminta menulis dengan mengaitkan situasi sekeliling. Mereka juga diminta menulis dengan memikirkan perkaitan orang sekeliling. 4. Mereka tidak selesa dengan proses itu. Tetapi apabila perkembangan mereka diikuti dari masa ke semasa, mereka dilaporkan semakin kurang tertekan, jadual rawatan semakin dikurangkan dan kesakitan mereka berkurangan. Menulis dengan tujuan meluahkan kemudian dirangkakan semula dengan membangunkan tafsiran kebaikan, harapan dan semangat yang ditulis bersama. Menulis adalah meraikan takdir agar kita lebih bersemangat. EMEL ZAMRI MOHAMAD TERIMA KASIH |
Betul kan kak, menulis untuk hilangkan rasa trauma dan yang tak enak
ReplyDeleteTeruskan kak faridah
ReplyDeleteMenulis sebagai terapi minda.
ReplyDeleteSangat setuju.
i love to read your words
ReplyDeletewriting can heal our our emotions..slowly but surely^^
ReplyDeleteMenulis menjadi terapi.
ReplyDelete