Wednesday, 26 August 2020

SUMBANGAN KECIL

 ASSALAMUALAIKUM


PI BERKARYA SEKADAR SUKA-SUKA MENGISI LUANG MASA...SEPANJANG MENYIARKAN TULISAN DI BLOG ADA JUGA YANG INGIN KONGSI KARYA PI ITU UNTUK BEBERAPA ACARA...SEORANG SISWA USM DARI SABAH MEMINTA BEBERAPA INFO KEGIATAN PENULISAN PI UNTUK DIMASUKAN DALAM TESISNYA DAN BUKU YANG DITERBITKAN SENDIRI ITU MENJADI KHAZANAH PERPUSTAKAAN USM

SEORANG GURU KANAN MEMINTA IZIN UNTK MEMBACA PUISI NAZAM PI YANG DITEMUINYA DALAM E-SASTERA PADA ACARA PERHIMPUNAN DI SEKOLAHNYA.

DAN BARU-BARU INI SEORANG SISWI UPM MINTA IZIN UNTUK MEMBACA SYAIR NUKILAN PI DALAM SAYEMBARA SYAIR YANG AKAN DISERTAINYA. BELIAU MENEMUKAN SYAIR PI DALAM BLOG KARYAKU.

BAHAGIA SEKALI TERASA DIHARGAI DAN DAPAT MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KECIL SEMAMPU PI.

DIDOAKAN KEJAYAAN WAN NURTASNIM DALAM SAYEMBARA SYAIR YANG DISERTAINYA..AMIIN


 


WARGA NEGARA MERDEKA

 

Alhamdulillah pembuka kata,

bermula syair ukiran tinta

sudah merdeka nusa tercinta,

warga negara bersukacita.

 

Budi semangat pejuang bangsa,

semangat ikhlas menabur jasa,

berjuang gagah seiring masa,

tuntut merdeka bebaskan nusa.

 

Tebus maruah juang merdeka,

lama terjajah detik ketika,

warga merintih langsung tak suka,

dalam belenggu perih terluka.

 

Hasrat pejuang satu matlamat,

bebaskan nusa tanah keramat,

hidup warganya mengecap nikmat,

Allah izinkan peroleh rahmat.

 

Takwim Sheikh Fahim ulama terbilang

di akhir Ogos  tarikh gemilang,

julang merdeka tanpa terhalang,

warga menanti detik menjelang.

 

Stadium Merdeka  jadi saksi,

Segenap ruang mahu pun sisi

rasmilah sudah berubah paksi,

memulangkan hak wajar solusi.

 

Tujuh kali “merdeka” gema suara,

dilaung Tunku Abdul Rahman Putra,

warga menyahut sebak tertera,

meraup syukur terusir dura.


Watan merdeka amatlah  bangga,

bebas dijajah merasa lega,

cinta negara jiwa dan raga,

ditadbir bijak warga menjaga.,

 

Syair merdeka usailah sudah,

moga terhibur terlerai gundah,

menyusun kata mengukir madah,

demi sebuah negara indah


6 comments:

  1. Tahniah PI kerana melahirkan karya2 penulisan yang bermutu

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdullilah. terbaik kak. :)

    ReplyDelete
  3. alhamduilllah dan tahniah kak PI...

    pasti ada orang menghargai penulisan kita ..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Dengan karya-karya kak PI yang puitis siapa pun mencair hati.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist