Monday 3 August 2020

FLORA DAN FAUNA

ASSALAMUALAIKUM



FLORA FAUNA ALAM


Flora fauna santunan alam
Allah wujudkan dengan sempurna
saling lengkapi tersurat kalam
amanah hamba wajjib laksana


Flora hijau damaikan jiwa
alam sekitar permai meredup
bunga-bungaan berkembang lawa
aroma wangi kuntuman hidup


Buah-buahan merata dusun
pelbagai jenis di dalam rimba
tidak terkira bersusun-susun
Allah kurnia kasihkan hamba


Fauna berada di mana-mana
kecil dan besar berbilang-bilang
laut dan darat huni berlena
makhluk ketara kalang berselang

7 comments:

  1. Flora dan Fauna keindahan ciptaan tuhan
    Tapi dah banyak yang menuju jalan kepupsan

    ReplyDelete
  2. Indah sungguh ciptaan Allah di dunia ini..tidak terbayang pula keindahan di syurga.

    ReplyDelete
  3. sekeliling kita memang indah belaka..
    Allah jadikan untuk manusia.. semoga kita semua
    mampu jaga kasi bersih sentiasa..

    ReplyDelete
  4. Alam ciptaan tuhan yang mana yang tak cantik?

    ReplyDelete
  5. hargai ciptaan indah ini selagi ia masih ada...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist