Tuesday 16 June 2020

KHAZANAH DATUK SHARIFAH AINI

ASSALAMUALAIKUM


KHAZANAH SHARIFAH AINI
Peminat biduanita Negara Datuk Sharifah Aini mesti tertarik dengan buku dengan cover yang cantik dan berkualiti serba serbi ternasuk isi kandungannya. Masyarakat Malaysia memang mengenali artis versatile ini semenjak awal penglibatannya dalam persada seni tanah air. Terutama dalam bidang nyanyian, lakonan dll aktiviti budaya dan kesenian sehingga beliau meninggal dunia pada. 5 July 2114
Merupakan buku terbaru terbitan SPTA garapan penulis Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pena Tabir Alam. Penulis mencoret sedikit kisah pertemuannya dengan biduanita terkenal ini bersama isterinya di Ipoh. Penulis ini amat meminati biduanita tersohor ini sejak beliau menuntut dalam tingkatan lima di sekolah menengah Anderson Ipoh lagi.
Beliau berusaha mengumpul semua karya Datuk Sharifah Aini berupa lagu/lirik/surah rakaman berjumlah 423 dalam bentuk piring hitam, EP, kaset. Katrij dan CD. Penghargaan penulis kepada biduanita yang berjasa kepada negara dalam bidang seni dan kesayangan ramai ini dinyatakan dengan penerbitan buku comel ini.
Buku ini mendokumentasi lagu-lagu nyanyian Datuk Sharifah Aini dengan amat lengkap.setiap lagu dicatat, pencipta, penulis lirik dan penerbitnya. Jika ianya lagu saduran dicatat lagu asalnya, penerbitnya dan tahun terbitannya.
Sejumlah 415 lagu Datuk Sharifah Aini dengan sangat teliti penulis yang telah menerbitkan sejumlah buku-buku persendirian juga antologi pelbagai genre. Kepada yang berminat miliki buku untuk dijadikan khazanah peribadi sudikanlah hubungi penulis ini via facebook TABIR ALAM.
TAHNIAH SIFU






12 comments:

  1. mesti menarik untuk di baca buku itu ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DANA YA BUKU NI BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN KARYA SENI DSA

      Delete
  2. wak tgh layan lagu "dekatlah padaku" .. Nostalgia n syahdu

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah..
    Seronok nya kak paridah dpt buku ni..
    Puas hati.. byk koleksinya..
    Suka lagi Seroja..😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH YATI YA BUKU NI PATUT DIMILIKI TANDA PENGHARGAAN KITA KPD KARYA SENI DSA

      Delete
  4. Lama tak dengar lagu-lagu beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC KAK DGR JA TIAP HARI SAMBIL MENULIS RADIO KLASIK ON

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Dapat mengimbau kembali lagu2 evergreen DSA

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP YA LAGU DSA KHAZANAH SENI NEGGARA

      Delete
  6. lagu sharifah aini best2
    mesti seronok kalau dapat tahu lebih pasal dia

    ReplyDelete
  7. Terbaik sgt.. tahniah juga buat kak PI dan semua yg terlibat. Ini satu khazanah negara.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist