Friday 30 August 2019

CATATAN OGOS

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA JELANG 31 OGOS 019.
Alhamdulillah rezeki-Nya sempena Ogos melimpah kepada kakpidah... insyaa-Allah kepada semua juga.
Karya kakpidah KURA KURA TERBANG TERLUPA PESANAN disiarkan majalah DEWAN PELAJAR edisi Ogos.
Terima kasih banyak atas kesudian editor memilihnya.
Purbawara SRIKANDI MELAKA karya kakpidah dipilih penerbit Yusmawati Yunus untuk siaran Radio Klasik RTM pada 19 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian memilihnya untuk siaran.
ADIK FARAH karya kakpidah dipilih penerbit Norhayati Yaakob Radio Klasik RTM untuk mengisi slot MELODRAMA siaran Ahad 25 Ogos lalu...Terima kasih banyak kepada penerbit atas kesudian menerbitkannya,
Terima kasih banyak cikgu Hamidi Md Yudin yang sudi berkongsi ilmu dan membimbing kakpidah dalam penulisan skrip drama radio.
Dan hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran Abqori cucu kakpidah yang sihat comel n cerdik keletah banyak akai; moga membesar sebagai anak soleh, sihat sejahtera, murah rezeki, sukses dunia akhirat...tidak lupa selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada blogger NOHAS kenalan PI yang rajin menyapa PI sejak PI mula blogging...moga ceria sukses dalam kerjaya diberkati Allah, murah rezeki panjangusia aamiin..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA...ALHAMDULILLAH
PERTAHANKAN KEMERDEKAAN WATAN HINGGA AKHIR USIA




9 comments:

  1. Alhamdulillah berlimpah rezeki Ogos kan kak..
    Salam Hari Merdeka.. :)

    ReplyDelete
  2. Amiin..syukran Kak PI, setiap tahun sentiasa wish birthday saya..terharu rasanya..

    Kepada Kak PI,semoga rezeki akk sentiasa diberkati Allah swt..

    ReplyDelete
  3. TKSH ATIE ALHAMDULILLAH REZEKI-NYA PADA OGOS SALAM MERDEKA.

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS..KAK TAU BESDAY NOHAS SAMA DGN ABQORI...YG LAIN XTAU N INGAT..MENDOAKAN SHBT ITU SUNAT N MENGERATKAN UKHUWAH

    ReplyDelete
  5. tahniah
    semoga terus diberi kekuatan untuk berkarya
    dan sentiasa dilimpahi keafiatan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Kak Paridah. Semakin berjaya karya-karya akak. Kagum saya terhadap akak tak pernah hilang. Bilalah saya nak rajin dan menjadi menulis ni. Huhu.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. selamat hari merdeka kak PI

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga terus diberkati dan dilimpahkan kurnia Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Tahniah kak PI..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist