KENANGAN SILAM
LINTASAN MASA LALU
Adakah bezanya masa lalu dan masa kini? Mestilah ada. Sebab dulu
telah lama berlalu. Pasti langsung tidak sama dengan sekarang. Kalau nak dibuat
perbandingan bagai langit dengan bumi. Kemiskinan dan kesukaran hidup yang dirasakan bagai
menadi. Langsung tidak mengusutkan
fikiran. Zaman yang sempat Penulis lalui adalah akhir tahun 60-an. Era yang
meriah dengan lagu-lagu Pop YehYeh yang
rancak.
Berada di kampung halaman di Kedah Darulaman
yang indah permai dikelilingi sawah padi penyejuk jiwa seluas mata memandang.
Cara hidup bergantung seluruhnya kepada kemampuan dan kerajinan diri tanpa ada
kemudahan yang menyenangkan.
Kebanyakannya masih mendiami rumah-rumah kecil beratap nipah
dan berdinding nipah yang disemat. Ada juga rumah agam yang tersergam di tengah
kelompok rumah-rumah kecil seakan pondok menunjukan kemajuan kehidupan mereka
atau telah diwarisi daripada keturunan mereka sejak lama. Namun kelebihan yang
dimiliki mereka tidak menyebabkan mereka meminggirkan diri daripada
bermasyarakat. Kesemuanya berpadu satu tanpa rasa pertelingkahan yang
memisahkan.
Penulis tinggal dengan tok
PI setelah ibu bapa Penulis berhijrah ke Pahang menyertai skim FELDA.
Rumah tok PI sederhana besarnya saja buat menampung keluarga. Semua keperluan
untuk kehidupan diadakan sendiri. Maksudnya kalau hendak makan nasi kenalah
tanam pokok padi. Bendangkan ada. Lalu ditanamlah padi jawi atau
padi pulut. Menghijaulah pohon padi dibendang sambil dibaja dan dijaga akan
serangan musuh yang memudaratkan
kesuburannya
Setelah masak dituai secara berderau. Maknanya
saling tolong-menolong menuainya bersama. Sekiranya hari ini menuai padi di bendang A, keeseokannya
beramai pula ke bendang B. Sehinggalah selesai kerja menuai padi di musim
tersebut. Padi ini dipukul di tong pemukul padi untuk memisahkan padi dari
jeraminya, kemudian dijemur, dianginkan, ditampi pula untuk memisahkan padi
hampa dengan yang bernas. Disimpan pula di dalam kaspadi/jelapang untuk dijadikan
bekalan beras selama musim padi tanaman
baru.
Setelah itu ditumbuk pula untuk dapatkan ‘beras baru’ yang
putih lagi harum aromanya. Ketika menjemur padi kerja Penulis adalah menghambat
ayam daripada makan padi. Kalau dibiarkan alamatnya habis padi dimakan ayam dan tak dapat dijadikan beras lagi.
Ketika padi sedang ditumbuk kerjanya menyapu lesung pula, agar padi yang ditumbuk tidak
tumpah dari lesung. Lesung yang digunakan untuk menumbuk padi dengan agak
banyak ialah lesung rindik. Menumbuk padi dengan lesung rindik menggunakan
kaki. Memijaknya berulangkali untuk memisahkan padi daripada kulitnya.
Hendak makan sepinggan nasi pun beberapa fasa perlu dilalui.
Takkan nak makan nasi putih saja kan. Mestilah seimbang nilai pemakanannya.
Lengkap dengan lauk, sayur, buah-buahan yang diperlukan tubuh. Nak makan sayur
kenalah rajin menanamnya di sekitar rumah. Tentang
lauk/ikan/sotong/udang/ketam/ kerang/siput tak perlu dibeli untuk dapatkannya.
Rajinkan juga mengtur langkah kaki ke tepi laut atau ke laut. Banyak sekali
sumber protin itu di sana. Malas nak ke tepi laut boleh pancing saja ikan di
bendang. Ikan haruan, keli, puyu cepat saja makan umpan di ujung mata pancing.
Sudah dapat ikannya bolehlah digulai atau dimasak asam pedas. Tapi
terasa nak menggoreng pula. Mana pula minyaknya. Sebelum berfikir nak
menggoreng segala makanan proses menyediakan minyak masak mulakan lebih awal.
Kelapa matang dikoyak kulit dan disagat isinya. Santannya diperah dan dibiarkan
semalaman sebelum dikaut santan yang beku lalu dimasakan dalam kuali atas dapur
kayu. Sekian lama diatas api terhasillah minyak daripada santan kelapa.
Minyak kelapa buatan sendiri bukan main harum aromanya dan amat
sedap digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Boleh juga digunakan sebagai
minyak rambut dengan terlebih dahulu dicampur bunga melur, tanjung atau
cempaka. Selain itu dibuat minyak urut untuk mengurut tubuh yang lenguh
membetulkan simpulan urat dengan campuran aneka herba.
Untuk memasinkan makanan garamnya tidaklah dibuat. Harganya
sekupang saja dan tahan lama penggunaannya jadi beli saja di kedai. Tapi untuk
dapatkan rasa manis dalam kuih-muih yang dibuat tok PI akan membuat
nisan/manisan daripada buah nipah. Buah nipah ini dibiarkan hingga tua sambil
mayangnya diurut agar elok tunduknya dan senang disadap menggunakan pisau
potong padi yang tajam. Daripada mayang nipah akan mengalir nira ke dalam tuke
buluh yang digantung di ujungnya.
Hasil pengumpulan nira yang hampir seperiuk besar dimasak pula
diatas api sehingga kuning keemasan dan likat. Bukan main sedap lagi rasanya
dimakan dengan lempeng kelapa, cendol atau apom kukus.
Untuk mengalas tidur anyamlah tikar daripada tumbuhan mengkuang
dan bantal yang dibuat meletak kepala berisi kekabu putih yang dkutip untuk
dijadikan bantal.
Begitulah cara kehidupan dulu dulu yang sederhana tetapi
amat perlukan kerajinan tahap tinggi dalam mengendalikannya. Jikalau asyik
berpangku tangan alamatnya susah hidup. Nasib tak baik kebuluran
PI terkenangkan kata-kata arwah tok PI bahawa hidup orang sekarang
terlalu mudah kerana negara kita sudah kaya raya dan maju. Benarkah?
Entahlah...
Terlalu banyak kenangan silam bagi kita orang lama ni PI
ReplyDeleteKalau buat minyak kelapa tu,suka cari tahi minyaknya.
Semua kerja bendang dibuat secara manual utk dapatkan 'beras baru'
TKSH WP YA INDAH KENAGAN SILAM KITA..WAH WPJUGA SEMPAT MERASA MENANAM PADI MANUAL YA...TAHI MINYAK YG WANGI TU SEDAPJE DI MAKAN DGN NASI HEH..HEH..
ReplyDeletekita rasa senang dan mudah skrg sbb dok dlm dunia aman damai xpenah rasa deritanya peperangan dan kemelaratan.,
ReplyDeleteTKSH WAK LAT..MUNGKIN BEGITU AGAKNYA
ReplyDeletezaman dah berubah, zaman sekarang lebih banyak guna duit..nak makan kuih pun beli je..hehe..
ReplyDeletesedapnya kuih guna manisan nipah..
TKSH NOHAS YELA BERUBAH SITUASI MENGIKUT MASA...MMG SEDAP KUIH MUIH GUNAKAN NISAN NI
ReplyDeletebestnya baca kisah zaman kecik PI masa di kampung, sambil2 baca tu teringat masa dana kecil betapa seronoknya di zaman itu, walaupun kene bt banyak kerja tp seronok lain mcm
ReplyDeleteTKSH DANA..YA KENANGAN MASA LALU INDAH DALAM INGATAN KITA
ReplyDelete