Tuesday, 20 August 2019

GAGAL...

ASSALAMUALAIKUM


GURINDAM GAGAL

Andainya gagal apa dirancang,
kaji selidik segera bincang.

Andainya gagal ujian pertama,
rujukan ilmi biarlah lama.

Andainya gagal dalam perkahwinan,
suratan takdir lerai bebanan.

Andainya gagal dalam percintaan,
hati kecewa lumrah perasaan.

Andainya gagal difikir selalu,
tiada jaya melintas lalu.

Andainya gagal beramal soleh
murabbi benar segera pilih

Andainya gagal mendidik laku
gejala keji  mudah berlaku

Andainya gagal berkali-kali
salah dan  silap wajar sesali.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9/05/019 

6 comments:

  1. biarlah selepas mencuba, kerana selepas itu insyallah kita akan berjaya

    ReplyDelete
  2. tksh dana dgn usaha pasti jaya

    ReplyDelete
  3. Gagal sekali bukan bermakna kita tidak boleh berjaya

    ReplyDelete
  4. TKSH WP GAGAL SEKALI USAH PUTUS ASA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist