ALHAMDULILLAH SKRIP MELODRAMA ADIK FARAH KARYA PI DISIARKAN RADIO KLASIK SEMALAM AHAD 25 OGOS...KEBETULAN RADIO KLASIK SEDANG ON...TERKEJUT JUGA PI DIBUATNYA.
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PENERBIT PUAN NORHAYATI ABAS ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA PI YANG SEADANYA ITU.
PIC RADIO KLASIK (C)
RANCANGAN: MELODRAMA.
PENERBIT: NORHAYATI ABBAS
TAJUK: ADIK FARAH.
PENULIS: PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT: DESA
MELOR, SERENDAH, SELANGOR.
K/P:
HP/ E-MEL: paridahishak@gmail.com
AKAUN BANK:
PELAKON: 1. …………………………..........sebagai .Adik/Tengku
Farah
2…………………………...........
sebagai .Abang
3…………………………...........
sebagai .Aidil
4…………………………...........
sebagai .Wan Jamilah
EFEK: 1. SUARA KAMBING MENGEMBEK
2. SUARA RIUH RENDAH.
3. SUARA OMBAK.
4. SUARA MARHABAN
SINOPSIS:
Farah dipanggil adik dalam kalangan keluarganya. Telah
mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti di Kuala Lumpur. Farah
keberatan menerimanya
walaupun ibu bapa dan adik
beradiknya menggalakannya. Mulanya dia telah berjanji untuk meneruskan
pengajian bersama kawan baiknya. Dia merasa berat hati hendak meninggalkan ibu
dan ayahnya yang uzur juga kambing-kambing peliharaannya. Farah telah mengikuti
kursus menternak kambing setelah selesai pengajian diploma. Ekoran itu Farah
memulakan usaha menternak kambing.
Sambil itu Farah juga suka memancing di kuala dan sering membawa kambingnya
bersama menemaninya.
Aktivitinya menemukannya dengan seorang wanita separuh
usia yang sering jua ke situ mengambil angin petang. Farah menolong menurunkan
wau cucu wanita itu yang tersangkut di pohon ketapang dan memberi wanita
itu ikan yang berjaya dipancingnya. Setelah
itu mereka sering bertemu di pantai dan bergaul mesra. Baik budi bahasanya
membuat wanita itu berkenan untuk menjadikan Farah menantunya. Niatnya disuarakan kepada anaknya. Aidil
menyiasat siapakah Farah pilihan uminya itu untuk dijadikan pasangan kepada
abangnya.
Akhirnya Aidil
mengetahui bahawa Farah adalah kawan
baiknya yang sering menemaninya memancing sewaktu mereka bersekolah rendah dulu. Dan telah lama terpaut hati dengannya.
Dia amat kecewa.
GRAM: MUZIK PENGENALAN.
JURUHEBAH: Melodrama
dengan kisah “ADIK FARAH” karya
Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ADIK
FARAH”.
GRAM: MUZIK.
LAGU
ABANG : Betulkah
Adik tak nak sambung belajar lagi? Apa masalahnya? Dulu Adik juga
yang cakap, lepas habis diploma nak sambung buat ijazah pula di universiti.
Ini soal masa depan Adik. Ibu ayah pun tidak menghalang.
ADIK: Itu
dulu bang! Sekarang ni abang tenguklah bagaimana keadaan ibu dan ayah. Ibu nak berjalan pun dah tak berapa
larat. Ayah pula terpaksa berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan sakit
tiga serangkainya. Kalau terjadi sesuatu kepada ibu ayah kita bagaimana? Tak
ada siapa yang nak perhati kebajikan ibu
ayah kalau adik sambung belajar. Nak harapkan
abang dan kakak. Masing-masing sibuk dengan kerja kan! Biarlah
Adik yang jaga ibu ayah kita. Ini keputusan Adik.
ABANG: Kalau dah itu keputusan Adik, Abang tak boleh nak kata apa.
Memang betul juga kata Adik, kalau Adik tak ada siapa yang nak tengukkan ibu
ayah kita. (PAUSE) Abang sebenarnya dah lama mohon bertukar ke sini. Tapi tak
lulus. Angah pun mohon juga tapi tak ada
nasib nak dapat.
ADIK: Nampaknya
Adik sorang yang tiada masalah kan bang! (GELAK KECIL) (PAUSE) Biarlah
adik di sini bersama ibu dan ayah. Adik pun memang tak mahu berpisah
dengan ibu dan ayah.
ABANG : Tapi
kalau Adik cuma di rumah menjaga ibu dan
ayah kita tentu jemu juga tanpa ada apa-apa kegiatan lain.
ADIK: Abang nih!
Macamlah tak kenal dengan Adik. Adik kan tak reti nak duduk diam. Abang juga
dulu hantar adik kursus ternak kambing! Jadi Adik jagalah kambing yang adik ternak tu. Banyak juga kerja Adik dengan
kambing tu. Makanannya, kesihatannya semua kena perhati. Malam pun Adik tak
lena tidur tau fikirkan keselematan mereka. Bimbang dicuri orang lagi!
ABANG: Abang memang
tahu perangai Adik yang terlebih cergas ni! Suka memancing, suka menjala ikan,
suka bersampan di kuala. Suka memanjat pokoklah. Lagaknya macam orang lelaki
lagi. Suka berkawan dengan budak-budak lelaki (PAUSE) Sapa ya nama budak lelaki
yang rajin ikut Adik memancing tu? Abang
pun dah lupa! (PAUSE) Tak payahlah buat
semua tu dik! Tiap bulan abang dan kakak kirim duit belanja. Adik di
rumah saja. Jangan ke mana-mana.
ADIK: (GELAK
KECIL) Abang nak control adik pulak ya! Adik ni anak laut bang. Sudah mangli
dengan cara hidup orang laut. Usahlah risau tentang Adik. Taulah Adik jaga
diri.
Babak 2
GRAM: MUZIK.
LAGU
Tahniah penulis berbakat besar PI
ReplyDeleteTKSH WP..BAKATNYA SIKIT JE TAPI MMG SUKA MENULIS HEH..HEH..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah kak.. :)
ReplyDeleteAMIN TKSH ATI PAKABAR
ReplyDeletetahniah kak PI, menarik melodrama nih
ReplyDeleteTKSH DANA HEH..HEH..CUBA2 JE
ReplyDeletepuan nak tanya, macam mana ya nak hantar skrip melodrama?
ReplyDelete