Saturday 23 February 2019

MENGURUS EMOSI DENGAN PENSEL WARNA...

ASSALAMUALAIKUM

MENGURUS EMOSI

Wanita ini membantu mengurus emosi dengan sebatang pensel warna.
Satu kajian di New Zealand menunjukkan, ketakutan dan kemurungan dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti mewarna 10 minit sehari.
Kajian ini dilakukan ke atas 115 wanita berusia 18 sehingga 36 tahun.
Maklumat hasil eksperimen ini dimuat naik dalam Creativity Research Journal.
Puan Nora Zyan mendedikasikan sebahagian besar masa beliau dalam menjalankan aktiviti mewarna untuk mengurus emosi untuk wanita.
Beliau menerbitkan dua jenis buku.
Satu berbentuk kata-kata dorongan dan satu lagi buku aktiviti. Buku Getar Rasa dihasilkan.
"Apabila kami turun padang melihat situasi remaja, mereka berhadapan situasi ibu-bapa di rumah yang belum 'selesai' dari aspek emosinya. Anak-anak ini diprogramkan dalam keadaan begitu sejak kecil," kata puan Nora.
Puan Nora menghadirkan diri ke bengkel penulisan dan berusaha menghasilkan buku-buku lain sebagai alat kerja merawat hati.
Puan Nora Zyan menggunakan kelebihan beliau menulis buku yang dapat membantu orang ramai.

Sebagaimana saudara, kita dapat mengalihkan pengalaman hidup, pengetahuan dan maklumat dalam diri. 
Lebih ramai penulis baharu dalam pelbagai bidang dicari untuk membangunkan masyarakat.
Kuasai sistem menulis yang lebih baik.

Bantu diri mengeluarkan apa dalam fikiran
Bantu keluarga agar anak-anak dan pasangan ada panduan dalam tangan.
Bantu masyarakat dengan kemahiran yang ditulis dan disebarkan.
Kelas pada 9 Mac 2019, Bengkel Praktis Menulis Buku Pertama merupakan langkah awal memandaikan bangsa melalui penulisan saudara.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini kak PI.. menarik info ni.

    ReplyDelete
  2. bagus ada yg terbitkan buku sebegini sbb org ramai tahu menulis tp bkn semua boleh menulis dgn baik dan menyentuh hati pembaca

    ReplyDelete
  3. TKSH ANIES KALAU SELENGGARA SENDIRI MESTI TAU SEMUA TU

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist