Thursday, 28 February 2019

SONIAN LANGIT GARUDA...

ASSALAMUALAIKUM

PUISI SONIAN LANGIT GARUDA

LANGIT GARUDA IALAH ANTOLOGI PUISI SONIAN   TERBITAN SPTA TERBARU...SERAMAI 34 PENUKIL KARYA SONIAN TERMASUK PI...ALHAMDULILLAH


                                                         pic Yahti Hayati kredit

GEGAR SINABUNG


 Merenung Sinabung
melayup tinggi
awan putih
berarak


Daerah pinggiran
karya petani
subur tanah
berbaja


Senandung Sinabung
serunai merdu
tanah tani
berhasil


Debaran bergetar
kaki Sinabung
panas bahang
melahar


Sinabung   berapi
letusan sunyi
warga sedar
beredar   

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/01/019                    


Wednesday, 27 February 2019

PANTUN LUAHAN RASA PESARA....

ASSALAMUALAIKUM..

GRUP LRP BERIBU AHLINYA...MEMANG AKTIF DI FB DENGAN KARYA PANTUN DINUKIL AHLINYA... PELBAGAI TAJUKNYA PILIHAN ADMIN MENDAPAT RESPON YANG BANYAK...SEORANG SAHABAT   PENULIS MENYERET PI MENYERTAINYA....MULANYA           TIDAK TERTARIK UNTUK BERKARYA SEBAB MAKLUM PI SENTIASA SAJA ADA PROJEK PENULISAN YANG PERLU   DISIAPKAN...KEBETULAN ADA MASA SEDIKIT CUBA-CUBA JUGALAH BERPANTUN DI SINI...HASILNYA ALHAMDULILLAH



Monday, 25 February 2019

BENGKEL MENULIS CERPEN AKADEMI SANGGAR NURIMAS...

ASSALAMUALAIKUM...

SEKIRANYA BERADA SEKITAR KUANTAN, KEMAMAN ATAU KAWASAN BERDEKATAN DENGANNYA BOLEHLAH MENGHADIRKAN DIRI UNTUK MENGIKUTI BENGKEL PENULISAN KELOLAAN PENULIS PROLIFIK NURIMAS SN YANG SERING MENERIMA PELBAGAI ANUGERAH SASTERA....MENIMBA ILMU DARIPADA SEORANG YANG SANGAT BERPENGALAMAN DALAM BIDANGNYA TENTU BERBALOI DAN TIDAK MERUGIKAN...KALAU TERINGIN SEBAGAI PENULIS SASTERAWAN TERBILANG....MULALAH MENGORAK LANGKAH PERTAMA...TENTULAH ILMUNYA DICARI DULU...


Saturday, 23 February 2019

MENGURUS EMOSI DENGAN PENSEL WARNA...

ASSALAMUALAIKUM

MENGURUS EMOSI

Wanita ini membantu mengurus emosi dengan sebatang pensel warna.
Satu kajian di New Zealand menunjukkan, ketakutan dan kemurungan dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti mewarna 10 minit sehari.
Kajian ini dilakukan ke atas 115 wanita berusia 18 sehingga 36 tahun.
Maklumat hasil eksperimen ini dimuat naik dalam Creativity Research Journal.
Puan Nora Zyan mendedikasikan sebahagian besar masa beliau dalam menjalankan aktiviti mewarna untuk mengurus emosi untuk wanita.
Beliau menerbitkan dua jenis buku.
Satu berbentuk kata-kata dorongan dan satu lagi buku aktiviti. Buku Getar Rasa dihasilkan.
"Apabila kami turun padang melihat situasi remaja, mereka berhadapan situasi ibu-bapa di rumah yang belum 'selesai' dari aspek emosinya. Anak-anak ini diprogramkan dalam keadaan begitu sejak kecil," kata puan Nora.
Puan Nora menghadirkan diri ke bengkel penulisan dan berusaha menghasilkan buku-buku lain sebagai alat kerja merawat hati.
Puan Nora Zyan menggunakan kelebihan beliau menulis buku yang dapat membantu orang ramai.

Sebagaimana saudara, kita dapat mengalihkan pengalaman hidup, pengetahuan dan maklumat dalam diri. 
Lebih ramai penulis baharu dalam pelbagai bidang dicari untuk membangunkan masyarakat.
Kuasai sistem menulis yang lebih baik.

Bantu diri mengeluarkan apa dalam fikiran
Bantu keluarga agar anak-anak dan pasangan ada panduan dalam tangan.
Bantu masyarakat dengan kemahiran yang ditulis dan disebarkan.
Kelas pada 9 Mac 2019, Bengkel Praktis Menulis Buku Pertama merupakan langkah awal memandaikan bangsa melalui penulisan saudara.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Friday, 22 February 2019

MAK SILAP AMBIL WUDUK?

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

KESILAPAN BERWUDUK

                                                                         pic google kredit

KESALAHAN AMBIL WUDHUK
Seorang budak berumur 6 tahun terlopong tepi kolah surau melihat emaknya ambil air sembahyang. Berlakulah dialog spt di bwh:-
Emak : Kenapa tengok camtu pulak?
Anak : Emak ambil air sembahyang tak betul.
Berdebar si emak sambil melihat kiri kanan takut ada org lain tengok dia ambil wudhuk tak betul..
Emak : Apa yg tak betulnya?
Anak : Tak sama macam yg Opah buat.
Emak : Camana Opah ambik air sembahyang.
Anak : Sebelum kumur2 Opah letak gigi atas kolah.
Emak : Aku sepak jugak kang budak nie...
Ceria2 selalu tak mau stress2 ye sahabat..

whatsapp pungut kredit

Thursday, 21 February 2019

PANTUN RADIO KLASIK RTM...

ASSALAMUALAIKUM...

PI SETIAP PAGI ISNIN DAN KHAMIS JAM 8.00 SUKA JUGA MEMBALAS PANTUN DJ RADIO KLASIK BERSAMA RAMAI YANG LAIN...PI TIDAK KISAH SAMADA DIBACAKAN DJ DI RADIO ATAU TIDAK....YANG PENTING MENCERNA MINDA SESUKA RASA...SEKALI BILA DIKUMPUL BANYAK JUGA JUMLAHNYA..


               PIC SIFU TABIR ALAM, PENULIS YAHTI HAYATI DAN PUAN ZURAIDA MOHD NOR PENERBIT RADIO KLASIK DI BENGKEL PENULISAN ADILA IPG ULU KINTA.... KREDIT INSTGRAM

PANTUN D’KLASIK
TEMA: KASIH SAYANG
Sayur keladi ulam raja,
masakan bonda sedap sekali;
kasih dan budi tulus sahaja,
tidak bersenda demi Ilahi.


Berpada-pada cari kelisa,
ikan gelama simpan di kolah;
apa yang ada sama dirasa,
milik bersama rezeki Allah.

Kalau berakit saudara berlima,
Penuhkan muatan pisang berikat;
Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat

Kalau ke Rengit terus ke Larkin,
singgah Segamat membeli pasu;
menongkat langit masakan mungkin,
lelah teramat raga pun lesu..


PANTUN D’KLASIK
Tema : Hanya Di Radio

Meraut lidi hingga leka,
tidak sedar jauh berangan;
radio jadi  penghibur duka,
memori segar gamit kenangan.

Titis embun di hujung kota,
Angin selatan bertiup kencang;
Puitis madah bersulam dusta,
Manis di depan menikam belakang.

Berkain kasa sehingga senja,
hendak ke kota membeli gamat;
manis bahasa di bibir saja,
hati berdusta sarat kesumat


PERPADUAN
Memikat burung di Lembah Beriah,
kicau si pipit hinggap di tepian;
usah bermurung biar meriah,
sama berhimpit rai perayaan..


PANTUN D’KLASIK
Hendak mengalih pindah tempatnya,
susun bejana harga sepeser;
makan dipilih tinggi nilainya,
sihat sempurna jauhi kanser.

Tema : ‘Beli Barangan Malaysia’
Gerimis pagi bawa ke petang,
Semilir angin sejuk terasa;
alangkah rugi tidak terbentang
memandang dingin barangan bangsa.


Tanam sejajar mawar berduri,
indah mekarnya harum teramat;
masa dikejar cepat berlari,
manfaatkannya setiap saat.

Joran buluh bertali tangsi,
Mengail ketutu di dalam sumur;
Putaran masa tetap berpaksi,

Sedetik waktu tidak berundur.

TEMA: MEDIA SOSIAL
Rapat rapat tumbuh keladi,
tumbuh dicelah pohon kelapa;
usah melompat tular tragedi,
bimbang tersalah mungkin terlupa.


Bunga pedada gugur di rawa,
Jauh berdepa darilah sawah;
Bergurau senda senyum ketawa,
Bertegur sapa erat ukhuwah.
Corak berseni batek lepas,
Elok disarung sicantik nyonya;
Ambil sari buang ampas,
Jelek ditinggal manfaat semua.

Kenari sanya mengiring belas,
lepas mengambus kedidi raja;
sari pastinya disaring jelas,
ampas dikompos menjadi baja…………

TEMA : Budi Bahasa Budaya Kita
Merah merah buah delima,
bawa belayar ke Pulau Pandan;
rendamlah marah indah bersama,
bahasa biar kilau didandan.

Senangin lembut tumpat dibekal,                                    ,
sepeti dadih bersama tauhu;
angin dan ribut dapat disangkal,
hati nan sedih siapa tahu.

Pantun D'Klasik

Lepas berela lesap di dusun,
menggantung kasa redup angsana;
nafas dihela asap beracun,
jantung tersiksa hidup merana.
Mari meniti jambatan gantung,
Bawa ragi di dalam raga;
Asap beracun merosak jantung,
Sayangi diri, kasihi keluarga.


PANTUN D’KLASIK
(Tema KASIH SAYANG)

Pagi hari memetik bunga,
bunga mawar bunga teratai;
kala sendiri berdetik duka
terasa tawar kasih terabai.
•••


Sepohon geti pucuk direngguh,
berbekal tapai makan di bangsal;
berazam mesti tegar bersungguh,
biar tercapai tidak menyesal.

Tebu bergoyang ditahan rawa,
pangkal keladi gelam berangan;
ibu tersayang belahan jiwa,
kekal abadi dalam kenangan.

Jauh belayar ke Kuala Langat,
Hajat mencari buah cempedak;
Ingin berazam penuh semangat,

Separuh jalan harapnya tidak

Jati sepuntung tepi perigi,
dekat madrasah pokoknya perah;
hari dihitung berlalu pergi,
tercatat kisah dalam sejarah.



Tuesday, 19 February 2019

SAYEMBARA NOVEL FUTURISTIK..

Assalamualaikum..

JOM SERTAI SAYEMBARA NOVEL FUTURISTIK ANJURAN GAPENA DBP MASIH ADA MASA MENULISNYA DENGAN KOMITED...


Monday, 18 February 2019

ELEGI MUSIM LURUH...

ASSALAMUALAIKUM...

ELEGI MUSIM LURUH ANTOLOGI PUISI SAJAK SECARA NUKILAN BERSAMA GRUP PENGKARYA HUJAN EMAS TELAH  PUN TERBIT...MERUPAKAN BUKU TERBARU PI UNTUK FEBRUARI 018..ALHAMDULILLAH..

                                                                             

Sunday, 17 February 2019

PATIN TEMERLOH

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...MESTI SUDAH MENJAMU SELERA DENGAN HIDANGAN  TENGAH HARI YANG SANGAT ENAK BERSAMA KELUARGA...TAMBAH LAGI ADA MENU GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN ALANGKAH NIKMATNYA....ALHAMDULILLAH


Friday, 15 February 2019

HADIAH SAHABAT BLOGGER.........

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Alhamdulillah PI menerima kiriman dari sahabat blogger cikgu Adevin Etuza  seorang blogger yang baik hati dan rajin mengirim hadiah kepada sahabat2 blogger walau jauh dirinya di Keningau 
Sabah...terima kasih banyak atas kesudian cikgu susah payah kirim kak hadiah istimewa ini...didoakan cikgu Etuza dan famili sihat sejahtera, dilimpahi rezeki-Nya yang tidak putus. Penghargaan daripada seorang sahabat yang jauh di mata tidak  terbanding nilainya PI sanjung tinggi.

Mesti ada yang teringin nak mendapat hadiah daripada cikgu Etuza rajinlah singgah di blog cikgu Etuza http://madey09.blogspot.com/ dan tidak menurunkan komen yang molek. Mestilah berkomen dengan cantik berbudi bahasa  dan sopan santunnya gambaran peribadi. Bukan jadi masalah pun kerana beradab pekerti mulia ialah budaya kita.

Isyaa-Allah ada rezeki-Nya akan  sampailah hadiah daripada cikgu Etuza...rezeki Allah tidak salah alamatnya.



Thursday, 14 February 2019

BORHAN...

ASSALAMUALAIKUM

Pic google kredit


BORHAN

PI mendapat tawaran bekerja sebagai kerani felda di PPPTR Sg. Tekam. Sementara saja pun. Tapi tersangatlah gembiranya. Selama ini sebaik saja habis sekolah PI bekerja sebagai kerani JKKR felda UJ kampong PI. Gajinya lepaslah setakat nak beli baju baru tiap bulan sebab belanja makan minum masih ditanggung ibu bapa.  Bekerja di sebuah pejabat kecil berhadapan tasik….kerja social kemasyarakatan saja menolong naib pengerusi JKKR menyelaraskan aktiviti di rancangan. Sambil tu  PI  bergiat aktif dalam persatuan belia 4B tanah rancangan sebagai setiausahanya.
            Apabila mendapat peluang bekerja di tempat baru  dalam suasana baru, bukan main teruja lagi. Sebab dah biasa dengan suasana bekerja di pejabat walaupun pejabat kampung tapi PI dilatih berkerja dengan tatacara kerja yang betul jadi tiadalah masalah PI nak mengendalikan tugasnya walau masih pekerja baru di situ.
            Sekali CC membawa setimbun fail lalu diletakan atas meja kerja PI. Katanya ‘buang.’ Eh mudah sungguh kerja  PI..buang saja saja semua fail tu. Apalagi  PI ni memang kerjanya semua nak cepat siap dan tak suka bertangguh, selamba sajalah PI buang semua fail tu ke dalam bakul sampah di sisi meja.
Ingatkan dah selesailah kerjanya, rupanya tidak lagi. CC Mr Ng tanyakan mana perginya fail tadi. PI tunjuklah kat dalam bakul sampah tu. Kata CC “Saya suruh awak bagi pada Borhan! Yang awak pergi buang kenapa?” tersipu malu mendengarnya. Borhan ialah  rakan sepejabat yang sering juga menolong kerja-kerja PI. Kawan-kawan sepejabat mengikih   gelakkan rakan baru mereka  yang  pekak badak ni…hish malu  sungguh mengenangkannya. Tapi memang tergelak  juga heh..heh..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Wednesday, 13 February 2019

JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH...

ASSALAMUALAIKUM





                                             Kredit semak kata fb

Tuesday, 12 February 2019

MIMPI PUTIH..

ASSALAMUALAIKUM


MIMPI

                                                                   pic google kredit

TAFSIRANNYA BAGI PI

Kata    orang mimpi mainan tidur semata. Tiada tafsiran dan makna tertentu. Tapi bagi PI ada beberapa mimpi yang datang dalam tidur seolah memberi isyarat bahawa sesuatu akan PI hadapinya tidak boleh tidak . . Terpulanglah untuk mempercayaiya. Tiada siapa paksa pun

MIMPI AKAN BERPUTIH MATA
                Sekiranya  PI berhajat  dan beriya    merancang hendak melakukan sesuatu dan pada malamnya PI bermimpi memakan nasi putih atau bermain dengan sesuatu yang putih alamatnya memang kecewa dan tak jadilah jawabnya.  Ada saja halangan dan sebab musababnya.      
                Begitu  juga sekiranya PI bermimpi mengutip duit   syiling atau     mengutip telur               dengan banyak. Bersedialah untuk hadapi kekecewaan yang akan ditempuh keesokannya.

MIMPI BAHAGIA/GEMBIRA/REZEKI

Kadangkala akan bermimpi merenangi  banjir, memperoleh ikan dengan jumlah yang  banyak atau diberi wang ringgit bersusun; Alhamdulillah bolehlah tersenyum sedikit mengharapkan ada  rezeki-Nya yang jatuh ke  ribaan insyaa-Allah.
                PI menggunakan tafsiran mimpi warisan lama keluarga PI SAJA. Biasalah dulu keluarga dari kalangan atok nenek, ibubapa, anak cucu amat akrab   dan sering berinteraksi tanpa gangguan  gajet-gajet canggih.  Info tersalur dengan mudahnya. Tak perlu lagi dah nak menggoogle heh..heh..  

Pesan seorang ustaz jikalau diganggu mimpi yang buruk di dalam tidur berselawat lah sambil berniat mimpi tidak menjadi nyata dan meludah ke kiri tiga kali....bukan membuang ludah..gayanya saja...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Monday, 11 February 2019

MAMPUKAH KEHILANGAN....

ASSALAMUALAIKUM...


MAMPUKAH  KEHILANGAN?

Memiliki anugerahnya tidak terbanding nilai
dileta sepi di sudut lohong graha
Terbiar lara tidak terpeduli sesiapa
Hadirnya erti dipertikai senyum sinis diorak bibir
dirunyam selirat ragu sangsi memuncak rasa
membentuk tanda persoalan polemik besar
setelah ketiadaan berjurai titis air mata darah tidak akan mengembalikan
sedih pilu berlagu mengumpul frasa hiba tidak terjumlah
anugerah-Nya selari situasi semasa sesuai kehendak
andai perhati lewa segalanya sirna sekelip kerdip mata
moga tidak kehilangan apa-apa
moga anugerah-Nya ditatang agar tidak jatuh berderai
justeru keacuhan lalai melonglai
syukur reda takwa demi-Nya
Penguasa semesta alam

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/02/019

Friday, 8 February 2019

TRAGEDI SABRA SHATILA

ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA

TRAGEDI SABRA SHATILA

Masih mencengkam dalam memori
tragedi pilu Sabra Shatila
kelompok khemah  digempur ngeri
darah mencurah lumpuh segala

Sempadan Gaza selatan Lubnan
khemah didiri tempat berlindung
Israel serang rakus peranan
alasan beri musuh ditudung


Kini palestin ujud negara
berjiran musuh dikenal pasti
Israel sering cetus angkara
cari alasan membunuh mati


Demi Palestin tanah warisan
warga pertahan tak kenal bosan

                                                pic google kredit

  
 BUMI ANBIA

Tanah Palestin di Timur Tengah
negara jiran kiri dan kanan
luas lautan rezeki jengah
 warga bersatu erat jalinan

Bumi bertuah sarat sejarah
surah Al-Quran tinta catatan
para ambia  berjuang pasrah
agama Allah syiar suratan

Binaan kukuh bangunan lama
walau berkurun masih berdiri
pesona pandang hati kesima
masjid al-Aqsa kiblat bahari
           


Warga Palestin insan pilihan
diuji Allah kuat bertahan



MyBloglist