SAJAK SAJAK MERDEKA
Sajak 1
BAHTERA
MERDEKA ITU
Seruling buluh perindu
mengalun lagu merdu
penuh syahdu mendayu
mengiring pelayaran bahtera “MERDEKA”
menyonsong semilir angin.
Di tengah samudera tiada bertepi
ombak bergelora menggila
pasang surutnya berkala
sedang galau merenung destinasi berbalam kelam.
Gelita malam
sirna bintang harapan
namun pelayaran berterusan.
Bahtera “MERDEKA”
membawa muatan sarat
kargo hasrat
menolak gusar
ke pelabuhan dambaan
jangan tersasar.
Iltizam kemas
meluap semangat hijrah.
Sajak
2
KENANGAN
WANGI
Gema laungan “MERDEKA”
di persada Dataran Merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kalimat keramat laungan rakyat
cetusan suara bersama wira
Tunku Abd.Rahman Putera.
Memaktub risalah wadah perjuangan bangsa
dengan nyata.
Silam lalu telah melabuh tirai
namun kenangan wangi itu semerbak ruang negara
jelang 31 Ogos.
Lontaran laungan “MERDEKA”
terbit dari hati penuh cinta
moga lestari jelajahi masa.
Sajak
3
GEMALA
MERDEKA
Sejernih mutiara putih
gemerlap bak butiran embun
bulat mahu cernaan minda
menyatu-padu gagasan arah tujuan
nan satu.
Milikinya
merasa merdeka
menikmati merdeka
kongkongan tiada
bebas sepenuhnya
benarkah?
Leka merdeka maksima
keliru akal budi
keterbatasan tetap hakiki.
Menjunjung merdeka diri
disanjung peribadi
mahkota mercu maruah.
Sajak
4
RENUNGAN
MENJAUH
Merenung
sekitar maya jernih
telah
keruh dengan
haru
biru yang geruh
Firasat
berbaur antara realiti dan impi
manusiawi
teradun dengan gelegak
semangat
yang dicipta
keinginan
rasa
Sang
khalifah senget menanggung amanah
marhaen
menadah harap
Demi
hari berterusan
dengan
doa israq
sempurna
urusan
laksana
sinar mentari
menyeluruhi
alam ini
"Seandainya
bukan kerana orang-orang tua yang sudah bongkok,
pemuda-pemuda
yang khusyuk,
anak-anak
yang masih menyusu,
binatang-binatang
yang gemuk,
nescaya
aku jadikan langit itu dari besi,
bumi
menjadi rata dan tanah menjadi pasir.
Nescaya
tidak Aku turunkan setitis hujan pun kepadamu
dan
tidak Aku tumbuhkan satu benih pun tumbuhan di bumi
dan
Aku tumpahkan sehebat-hebat azab ke atasmu."
Hadis
Qudsi.
Reda bersyukur
berhijrah jauh
tinggalkan dungu
di perdu waktu semalam
Paridah Ishak
Selayang Utama
13/08/017
Wkmsalam.
ReplyDeleteDh 60 tahun merdeka.
Pilihan meriah meyambut merdeka tetap pada zaman kecil. Tak tahu kenapa roh dan semangat kemerdekaan tu masih tertinggal dizaman dulu. Sekarang ni rasa tawar hambar. Saya seorang ke rasa begitu...
ReplyDeleteTKSH WP...MERDEKA SUDAH USIA EMAS.
ReplyDeleteTKSH MALA...ZAMAN KECIL BERKOBR-KOBAR SEMANGAT MENYAMBUT MERDEKA...LA NI NTAHLAH
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSelamat malam ahad & apa khabar dari Maznee puan paridah ishak
Sebenarnya tak kisah berapa tahun dah merdeka
yang penting tu pengisian kita pada kemerdekaan
Sebab tanpa pengisian yang bermanfaat
Yang mengisinya adalah perkara tak bermanfaat
Ulang tahun kemerdekaan semakin hampir.. semoga kita semua sentiasa menjadi golongan yg bersyukur atas anugerah kemerdakaan ini, in shaa Allah.
ReplyDeleteAssalam PI...indah nya bait2 ayat sajak Merdeka .Semoga negara kita tetap aman selamanya,
ReplyDeletepandainya kak buat sajak
ReplyDeleteDah 60 tahun merdeka...
ReplyDeleteApa manfaat yg kita berikan pada negera kita ni kan..
Merdekaaa ~!
ReplyDeleteMoga Malaysia bertambah makmur..
ReplyDeletedan semoga kita menjadi orang-orang yang benar2 Merdeka...