PANTUN JIWA MERDEKA
Keneklah udang alunnya deras,
desir ritmanya klasik langka;
nenek moyang usahanya keras,
mengukir maknanya MERDEKA!
Sulam dahulu tanaman mudah,
selerah akar kalau melengkar;
silam nan lalu kenangan indah,
sejarah dilakar walau sukar.
.
Kibaskan rawa sangga didiri,
mari ditujah singkap sempurna;
bebaskan jiwa dan juga diri
dari dijajah sikap durjana.
Hidup merdeka aman harmoni,
iri dan dengki mesti hindarkan.
watan tercinta sudah merdeka
semakin maju semakin makmur.
Menyilau lepa laga sinarnya,
walah si dara jelaga cangkir;
jikalau alpa jaga sebaiknya
tersalah cara warga tersingkir.
Mega mendung celahi serambi,
mengkal semangka meranah suka;
moga dilindung Ilahi Rabbi,
kekal merdeka tanah pusaka.
BerPantun pun you boleh.
ReplyDeleteKira lebih dari ok
Jiwa merdeka, semangat waja.. moga terus terpelihara :)
ReplyDeleteRajin Kak PI menulis. Saya sedang mencari momentum menulis.
ReplyDeleteSalam hari Isnin, Kak PI..semoga warga Malaysia sentiasa merdeka jiwa raga, pemikiran...
ReplyDeleteTKSH ADAM...BERPANTUN MAIN2 BOLEH JE HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH DIK KKMOGA2 BEGITULAH
ReplyDeleteTKSH FYDA KAK TLS PUISI SUKA2 JE FYDA...LAINLA FYDA MMG PENULIS BERBAKAT
ReplyDeleteTKSH OHAS MERDEKA DLM ERTI KATA SEBENARNYA
ReplyDeletelama x dgr perkataan cangkir
ReplyDeleteTKSH ANIES..SEMAK KAMUS BARU JUMPA HEH..HEH..
ReplyDeleteMerdeka! Merdeka! Merdeka!
ReplyDeleteTKSH MALA BERSEMANGAT SAMBUT MERDEKA
ReplyDeleteselamat menyambut hari merdeka kat PI
ReplyDelete