SALAM JUMAAT MULIA...
SYAIR NEGARAKU
Kugubah
syair demi negara,
tanah
tercinta damai sentosa,
berbilang
bangsa rasi bersama,
membina
watan memercu jaya.
Hidup
harmoni bersatu padu,
hormat
menghormati saling bantu,
menjauh
rasa iri cemburu,
elak
sifat suka berseteru.
Negaraku
makmur kaya rezeki,
dilimpah
Allah sudut dan segi,
warganya
rajin usaha cari,
reda
berkongsi rahmat Ilahi.
Banyaknya
udang banyaklah garam,
demikian
kita rencam ragam,
apa
lagi berbilang adat resam,
hubungan
manis kadangnya masam.
Hidup
bersana memang begitu,
rasa
tersinggit di sini situ,
masih
terkawal emosi itu,
tidak
memuncak gejolak mahu.
Negara
kita negara indah,
jantung
hati warga bertuah,
Semenanjung,
Sarawak dan Sabah,
bersyukur
kita anugerah Allah.
Paridah Ishak
Selayang Utama
18/08/017
Alhamdulillah.Syukur.Nice syair kak =D
ReplyDeletep/s:nk komen guna phone tak boleh la blog nie..;(
Moga negara kita bertambah makmur...aamiin
ReplyDeletemaaf kak, lama tak komen sebab selalu BW guna handphone :(
Pelbagai kaum...moga menjadi warna warni yang menyatukan..
ReplyDeleteTKSH MAS..BLOG KAK NI XMESRA HP TULA MASALAHNYA
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeleteTKSH FIDAH..KAK BILA GUNA HP XBOLEH PULA NK KOMEN
ReplyDeleteTKSH PC..YAMAJMUK KEHIDUPN PENUH WARNA
ReplyDeleteAMIIN TKSH MKL
ReplyDeleteSemoga negara kita terus sejahtera dan diberkati... aamiin.
ReplyDelete