Monday 31 July 2017

SEBUAH KISAH SEDIH...

ASSALAMUALAIKUM...


  Puan Noorlaila Ghafar.

Suratan hidup kita berbeza-beza dugaannya. Reda sajalah. Mesti ada hikmah yang tersembunyi dan belum terbuka. Tanggapan kita begitulah memujuk hati. Tapi yang alaminya hanya Allah yag tahu betapa peritnya penanggungannya.

Namun ujian Allah jatuh di pundak hamba-hamba yang dicintai-Nya justeru golongan ini mampu melepasi ujian-Nya dengan pasrah reda.

Itulah yang berlaku kepada adik sahabat PI iaitu Penulis Noorlaila Ghafar puan
Norafeah Hj.Siren Ramadan lalu. Rumah beliau yang didirikan dengan biaya bantuan abangnya hangus terbakar. Terkejut Pi membaca khabar itu di grup whatsapp yang PI hanya jadi cctv saja.

Puan Norafeah seorang ibu tunggal kini terpaksa menumpang tinggal bersama anak-anaknya di rumah saudara dekat yang prihatin iaitu Puan Norazwana.

Belumpun terganti rumah yang terbakar itu Norafeah diuji lagi. Kali ini anak lelaki kesayangannya  kemalangan di jalanraya hingga meragut nyawanya.
Sedih bertimpa-timpa. Pi hanya mampu bersimpati dan mendoakan  Allah mempermudahkan urusan hidup Norafeah juga mencucuri rahmat ke atas Allahyarham anaknya. Menempatkannya di kalangan para solehin kekasih-kekasih-Nya.

Sekiranya ada di antara kita yang ingin membantu meringankan sedikit bebanan
saudara kita ini bolehlah menyampaikannya di alamat ini.

NORAFEAH BT HJ SIREN. Kg TEbuk Jawa, Sabak Bernam.

Moga Allah membalasnya dengan sebesar ganjaran kerana ketulusan kita membantu insan yang sangat memerlukan,

13 comments:

  1. SubhanaAllah..kita rasa dah besar dan berat ujian Allah pada kita..sedangkan ada yang lebih berat menanggung dugaan...Allahu...moga kesabaran diganti dengan ganjaran pahala berganda..amin...

    ReplyDelete
  2. TKSH PC..AMIIN DOANYA...UJIAN ALLAH MNDUGA KITA MMG XDPT KITA JANGKA HADIRNYA

    ReplyDelete
  3. Besar sungguh dugaan adik sahabat K PI tu.
    Semoga tabah dan bersabar.

    ReplyDelete
  4. Bila datang ujian begini, ini tanda Allah sayang kan orang yang diuji tersebut

    Elok kita baca doa ummu salamah

    innalillah wa inna ilaihi rajiun

    Allahumma urjuni fi musibati

    Wa akhlifli khairan minha

    Insyaallah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik

    Semoga Allah swt berikan pahala dan himah atas segala ujian yang diberikannya

    Insyaallah

    ReplyDelete
  5. TKSH MRSA..BERAT KITA MDGYA BERAT LAGI YG MENANGGUNGNYA,

    ReplyDelete
  6. TKSH MASNIZA DOANYA..INSYA ALLAH KITAIRINGKAN DOA TERBAIK UTK KESEJHTERAANNYA

    ReplyDelete
  7. Subhanallah besar sungguh ujian yang ALLAH turunkan pada sabahat P ni
    semoga ia tabah menghadapi nya ALLAHUMMA AAMIIN

    ReplyDelete
  8. TKSH NOOR DOANYA...PERLU KUAT SEMANGAT XTERKATA TU

    ReplyDelete
  9. Ya Allah hebatnya ujian, moga beliau tabah menghadapinya

    ReplyDelete
  10. TKSH YAN...UJIANNYA BERTIMPA-TIMPA

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar.. berat ujian tu. T kasih atas perkongsian kak PI

    ReplyDelete
  12. tksh dik KK moga rahmat-Nya teriring bersama setiap ujian-Nya

    ReplyDelete
  13. org yg hebat mmg sentiasa diuji...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist