Saya menerima soalan , "Bagaimana mengekalkan semangat dalam menulis?"
Tujuh perkara ini dapat diamalkan sekarang.
Ini kerap digunakan oleh penulis baharu agar buku pertama siap ditulis dan diterbitkan.
KEMATIAN
Ada yang meletakkan hajat sekurang-kurangnya ada satu buku sebelum dia meninggal dunia.
Maka diusahakan juga walaupun satu judul dan akan memperlahankan rentak atau melajukan rentak menulis lagi dan lagi sebelum dijemput kematian.
Tentukan bilakah mahu tulis dan terbit buku itu menggunakan kaedah masa. Dengan izin Allah, "Permudahkan hajat saya mahu menulis buku pertama dan siap dua bulan dari sekarang, ____ (nyatakan tarikhnya)."
TUA
Ada yang gila-gila menulis buku sebelum mencapai satu umur kerana tidak mahu terperangkap dengan ayat, "Alangkah baiknya jika masa muda dahulu saya menulis."
Ini merupakan tekanan psikologi apabila sudah lanjut usia dan pada waktu tidak berdaya itu, ia memberi beban emosi berkali-kali sehingga hujung usia.
Kita pernah melihat perkara ini di kalangan orang tua yang akan bercakap mengenai 'alangkah baiknya' dia buat sesuatu.
Menulis sekarang adalah proses mengelak penyesalan.
Tentukan melalui kaedah umur. Misalnya, "Sebelum usia mencecah ___ , saya sudah ada satu buku berjudul ____ ."
DENDAM
Ada yang menggunakan emosi negatif dan lontarkan menjadi kuasa positif sehingga terhasil sebuah buku.
Misalnya dia di pejabat tidaklah dihargai, bos pun tak peduli sangat dan kerjanya dianggap 'semua orang boleh buat juga'.
Maka dia menulis buku sebagai cara menaikkan kredibiliti dengan membalas dendam melalui hasil sebuah buku.
Bayangkan dalam kepala, misalnya, "Pada hari ____ , saya akan letakkan buku berjudul ___ di atas meja bos."
PENGHARGAAN
Sesetengah orang menulis buku bukan untuk diri sendiri. Dia lakukan atas kasih sayang dan rasa berterima kasih kepada orang lain.
Misalnya, Andrea Hirata menulis Laskar Pelangi sebagai cara dia mengingati guru bernama Ibu Muslimah.
Ada juga yang menulis sebagai hadiah kepada seseorang yang sangat penting dalam hidupnya, sama ada masih hidup atau mati.
Seorang bapa menulis untuk anak, seorang anak menulis dedikasi untuk ibu, seorang murid menulis untuk guru dan seterusnya.
Saya masih tak boleh lupa foto bekas peserta bengkel menunjukkan petikan hasil beliau di sisi ayahnya pada tahun 2014.
Dia menyumbang satu cerita dalam antologi melibatkan 50 orang penulis.
Tiga tahun kemudian ayahnya hadir melihat anak lelakinya berada di atas pentas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai penulis buku No PC No Jolok.
Kali ini mempunyai buku kolaborasi bersama dua orang pengamal media.
Pada saya itu momen-momen yang mahal yang dicipta bagi memenuhi aspek penghargaan.
Rancang hari penghargaan itu dengan skrip dalam kepala, "Pada hari jadi ___ nanti, inilah hadiah buku akan saya berikan."
WARISAN
Ada yang menulis sebagai cara 'kekal hidup' dalam keluarga.
Dia menulis sebagai cara dapat menemani isteri dan anak serta cucu-cucu melalui pengetahuan yang disimpan dalam perkataan.
Tentukan dalam fikiran, "Wahai anak dan cucu, jika satu hari nanti ada situasi, bacalah buku ini, moga-moga beroleh semangat."
SUKSES
Menulis bagi mendapatkan sesuatu pun berlaku dalam komuniti penulis.
Sebuah buku yang dihasilkan memungkinkan dia naik pangkat, menaikkan nilai diri dalam pasaran profesional dan meningkatkan kualiti hidup dari aspek kerja, pendapatan dan peluang.
Strategikan kerja menulis dengan bayangan, "Selepas siap buku ini, saya akan berikan kepada kepada ketua unit ___ dan minta slot ceramah ringkas di jabatan ___ ."
PERSEDIAAN
Majoriti yang menulis tidak pernah membuang perkara ini dalam fikiran, iaitu menulis sebagai eksperimen membina jariah (kebaikan tidak putus) bagi memenuhi deposit amal dalam bank akhirat.
Dia tidak tahu menjadi atau tidak, tetapi dia menggunakan semua modal percuma Tuhan berikan iaitu akal, kesihatan dan pancaindera agar dapat menulis satu persatu buku.
Dengan kata lain, lebih baik mati mencuba berbanding mati berharap.
Kekalkan doa dalam hati, "Ya Allah, jika usaha saya ini usaha seorang anak, maka berikan pahala kebaikan pada nama ayah dan ibu yang saya catat pada kulit buku dan ruang penghargaan. Jadikan juga ini pemudah cara saya di sana nanti."
Tujuh perkara ini antara yang digunakan oleh seseorang untuk mengekalkan semangat.
Jika tidak berlaku juga, perlu dilihat dua lagi perkara, cara kerja dan siapa di sekelilingnya.
Saya harap penjelasan ini mudah difahami.
Insya-Allah, sudah ada tajuk buku bukan fiksyen dalam fikiran?
Kita tetapkan hati dan fokus bertemu pada 12 Ogos nanti.
Boleh mendaftar dan klik di sini bit.ly/kelasogos
EMEL ZAMRI MOHAMAD

Kesemua tu mmg mampu memberi semangat utk menghasilkan sesuatu yg bermanfaat buat insan. T kasih atas perkongsian kak PI.
ReplyDeletemcm2 sebab ya seseorang itu menulis buku
ReplyDeleteBanyak unsur yang boleh menaikkan semangat kita kan kak..cuma harus pandai gali dan manfaatkan.
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak PI
ReplyDeleteTKSH DIK KK MOGA MMBERI ILHAM UTK MNLIS KRYA
ReplyDeleteSalam JUmaat Kak..banyak juga penyebab agar seseorang tu mula menulis kan...
ReplyDeletenice info kak.. :)
TKSH PC YA BNYK YG BOLH DITULS UTK HSLKN BUKU
ReplyDeleteTKSH DP SALAM JUMAAT
ReplyDeleteTKSH ATIE MENULIS JUGA KERANA MINAT ATIE
ReplyDeleteTKSH NADHIE KAK MNLIS SUKA2 JE HEH..HEH
ReplyDelete