Sunday, 16 July 2017

SELOKA RUMAH TERBUKA...

Assalamualaikum..

SELOKA
RUMAH TERBUKA




 Ramadan lalu Syawal menjelma
seronok rasa berhari raya.

Rainya berterusan sebulan
rumah terbuka kini amalan.

Mula mengira belanja kasar
bimbang  lari  belanja sasar.

Pening kepala fikir hidangan
pilih menu jadi kesukaan.

Tamu yang hadir jamu selera
Kala dipuji sakan gembira.

6. Ada sekadar jamah sahaja
konon kenyang sangat alasannya.

7.  Mula menggeram di dalam hati
juadah dihidang tamu tak sudi.

Penat memasak malam ke pagi
usai majlisnya  berkemas lagi.

 Letih sungguh berumah terbuka
namun gembira tidak mengapa.


8 comments:

  1. kdg2 dlm sehari, dua tiga rumah terbuka, hingga malam, kenyang seharian..jamah sikit2, tuan rumah jgn kecik hati..(utk no. 6 & 7)..adat beraya..

    ReplyDelete
  2. TKSH NOHAS..ADAT BERAYA BEGITULAH KAN...

    ReplyDelete
  3. Setiap rumah makan sikit-sikit je...jaga hati tuan rumah dan supaya tidak bebankan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Banyak makanan masa raya ni

    Semoga tak membazir

    ReplyDelete
  5. tksh pc semua nk kena jaga juga kan

    ReplyDelete
  6. TKSH MAZNI YAMEWAH SEKALI MAKANANNYA DIRUMAH TERBUKA

    ReplyDelete
  7. Biarlah bersederhana tak perlu nak membazir dan berlebihan.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist