Dalam 20 sebab, tiga sebab ini orang menjadi ghostwriter
Kenapa ada orang mahu menjadi ghostwriter?
1. Mengurus risiko nama sendiri
Ada penulis masih ada ketakutan namanya berada pada kulit buku. Dia takut kesan sosial selepas buku atas nama sendiri diterbitkan.
Maka, menjadi ghostwriter memenuhi hajat menjadi penulis meskipun tidak dikenali. Apabila dia bersedia, maka dia menulis buku sendiri.
2. Meningkatkan kemahiran mata helang
Projek-projek yang diterima menjadikan penulis semakin mahir mengesan kekuatan dan kelemahan ayat dan isi yang digunakan sepanjang projek dijalankan.
Semakin kerap dia menawarkan diri untuk projek ghostwriting, semakin cekap dan cepat mengesan situasi dalam penulisan.
3. Mencari duit tambahan selain daripada buku sendiri
Dalam situasi gawat dan penerbit melambatkan pembayaran royalti, projek ghostwriting merupakan aliran tunai kepada penulis.
Misalnya dia menulis untuk media sosial pengusaha bisnes tertentu dan dibayar secara bulanan.
Tiga daripada 20 sebab ini antara pendorong menulis sebagai seorang ghostwriter.
Hari ini Jumaat terakhir membuat keputusan kepada diri.
Pada hari Sabtu hadapan, bengkel Menjadi Ghostwriter: Dari Dua Angka Menjadi Lima Angka akan diadakan.
Bengkel akan dikendalikan oleh ghostwriter kelas A, Puan Iera Yusoff
|
TERIMA KASIH EMELNYA. SDR ZAMRI MOHAMAD
faham jugak sebab2nya tu.
ReplyDeleteTKSH NADHIE BAGUSLH KALAU MUDAH FGM
ReplyDeletefaham kak,kadang-kadang rasa diri ni nak jadi ghostwriter juga
ReplyDeleteTKSH IRDA..BAGUS TU IRDA KAK YAKIN IRDA MMG BOLEH..MESTI BERANI MENCUBA TAPI KENA CARI SEDIKIT ILMUNYA DULU.
ReplyDeleteOh! baru Mrs. A tahu apa yang dimaksudkan ghostwriter tu
ReplyDeleteTKSH MRS A..PENULIS YG KERJANYA MENULIS TANPA ISYTIHARKAN NAMANYA
ReplyDelete