Sunday, 30 July 2017

JAWAPAN JUJUR...

ASSALAMUALAIKUM....

CATATAN KENANGAN PENULIS TERATAI ABADI...

Image may contain: 1 person, sunglasses and closeup

Catatan Kenangan Saya:
Kami Budak Tingkatan 6 ( Cerita 1)
Ingat nak sambung cerita Jebat tetapi terserempak pula bekas kawan sekelas tingkatan 6 dahulu. Jadi, rasa nak kongsi antara kisah kami, pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah di tengah bandar ini.
Guru-guru kami sangat baik dan memahami.
Tetapi di antara guru yang baik dan selalu membiarkan kami mencorak sekolah, ada seorang guru yang sangat kami semua geruni. Kebetulan, namakan saja cikgu K mengajar mata pelajaran Pengajian Am kelas kami.
Cikgu K, seorang guru perempuan yang sudah bersara tetapi mengajar kembali dengan kontrak. Karismatik dan cara beliau menghukum kesalahan kami amat mengerikan. Sebenarnya beliau tak buat apa pun cuma 'kesabaran' beliau menyoal hingga ke akar umbi jika kami bersalah sangat meletihkan.
Suatu hari, semasa subjek PA, beliau yang garang dan tidak pernah senyum cuba bermain psikologi dengan kami. Agaknyalah.
Lalu beliau memberi satu cerita dan meminta kami memberi maklum balas apa tindakan kami jika ia benar-benar berlaku. Beberapa pelajar disoal, berdiri lalu masing-masing memberi jawapan yang sungguh berbau malaikat. Suci dan agunglah kaedahnya.
Tiba-tiba cikgu K menunding kepada Shariman yang duduk di meja betul-betul dihadapan meja guru. Shariman ialah ketua kelas kami. Wajahnya berminyak setiap masa, selalu serius, sangat jujur jika memberi pendapat dengan imaginasi terhad dan paling lawak dia kaya kosa kata lama dialek Kelantan yang kami tidak tahu dan sering mendatangkan gelak.
Cikgu K : Shariman, apa awak akan buat ketika sedang kayuh basikal balik dari sekolah dan ternampak bayi baru lahir di tepi jalan. Awak biarkan atau ambilnya balik ke rumah?
Shariman berdiri. Terpisat-pisat. Garu kepala dan bontot sambil memandang keliling.
Cikgu K mengulangi soalannya.
Shariman: Bakpo pulok saya keno wat baliknyo? Ayah saya tu dah la bekeng. Kea tak pasal-pasal tuduh tu anak saya. Saya ni gewe pun tadop soh ko bini. Dulu saya wat balik kucing pun dia ambak saya suh tido luar. Lagipun saya naik motor mari sekoloh. Cikgu la amik. Cikgu guna keta. Paksa-paksa saya pulop.
Krik... Krikk
Kami terpegun dengan jawapan yang sungguh berani itu, di hadapan cikgu K pula? Terperangkap di antara ketawa dan juga takut kepada cikgu K. Wajah cikgu K berubah mengerut. Beliau juga agaknya tidak menyangka itu jawapan si Shariman.
Beberapa minit yang sungguh hening, tiba-tiba...
Pruttttttr... Bunyi lantang memanjang memecah kesunyian kelas.
Spontan kami berpaling, mencari siapakah yang berani melepaskan bom di saat kronik itu.
Belum sempat kami meneka, Pijul, pelajar lelaki berwajah Mr. Bean dan duduk di meja paling belakang mengangkat tangan sambil berdiri.
Pijul : Cikgu, sorry saya terkentut. Tula saya bukan bule tahan suko. Mesti jadi gas dalam perut.
Wajah Pijul kelihatan sangat naif dan dipenuhi rasa bersalah.
Waktu itu, kami sudah tidak peduli tentang cikgu K. Spontan pecah ketawa berderai satu kelas. Panjang dan bergelombang sehingga guru kelas sebelah datang menjenguk.
Cikgu K tidak berkata apa-apa. Beliau hanya mengemaskan buku-bukunya, menyandang beg lalu perlahan keluar dari kelas walaupun masa untuk subjek PA belum tamat. Tetapi ada sebuah senyuman terukir di wajahnya yang serius dan selalu ketat.
Rasanya, beliau terfikir, kenapalah jujur sangat budak - budak ni

15 comments:

  1. Wkmsalam.
    Jarang2 orang kentut mahu mengaku.

    ReplyDelete
  2. Berjaya anak murid buat cikgu kelu dan tersenyum..

    ReplyDelete
  3. Mmm...lawaknya cerita ni. Teringat pula kisah dulu2 dalam kelas ya...

    ReplyDelete
  4. aduh kak PI..saya pula yang ketawa berair mata ni hhahaa...orang jujur dan lurus ni kadangkala memang kelakar ayat yang keluar dari mulut merekakan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi isnin yang produktif kak paridah ishak

    Hmmm

    Syahdu betul baca cerita akak ni

    Terutama bila dah sampai ke penamat tu

    Orang jujur ni memang susah nak cari sekarang

    Kalau nak tahu pandangan orang ramai pada kita elok ada kawan yang jujur

    Mungkin kata kata mereka tu tak sedap di dengar

    Tapi

    Itulah ubat kan

    ReplyDelete
  6. Hahaha P cerita dulu2 memang mencuit hati ni heeee

    ReplyDelete
  7. TKSH WP HEH..HEH..SELAMBA JEBUAT XTAU KAN

    ReplyDelete
  8. TKSH PC..BIASALE ANAK MURID PUN BIJAK JUGA.

    ReplyDelete
  9. TKSH MALA...KITA SEMUA ADA KEAGAN LUCU DLM KELAS KAN

    ReplyDelete
  10. TKSH YAN KAK PUN SAMA SETIAP KALI MNGEKEH KETAWA...SEBEARYA TERATAI ABADI SEORANG PENULIS DBP

    ReplyDelete
  11. TKSH MAZBI...JUJUR N BERTERUS TERANG SAJA APA YG KITA FIKIRKAN BUKAN ADA YG MARAHPUN HEH..HEH..

    ReplyDelete
  12. TKSH NOOR BNYK KENANGAN PAHIT MANIS MASA DI SEKOLAH DULU KAN...

    ReplyDelete
  13. Hahhaha... sifat jujur adalah yang terbaik nak marah pun tak jadi hehehe...
    Tapi bagi Mrs. A kadang-kadang kena juga bohong sunat demi menjaga hati.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist