“KENAPA mesti surah Yasin? Ini dinyatakan dalam al-Quran, cuba buka tafsir Ibnu Kasir kerana di situ ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.
“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari,” jelas penceramah bebas terkenal dari Indonesia, Abdul Somad
Sambil berseloroh katanya, jika seandainya seseorang itu tidak mampu membaca Yasin setiap malam, maka berusaha membaca sebanyak sekali seminggu namun jika itu pun tidak juga termampu, maka individu itu selayaknya ‘mati sajalah’.
Mengulas lanjut, dia yang juga lebih dikenali sebagai ‘Somad Morocco’ berkata, apa lagi perkara yang dapat dilakukan untuk membawa bekal di hadapan Allah SWT sekiranya amalan mudah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu pun masih gagal diamalkan oleh seorang Muslim.
Jelasnya, Ibnu Kasir ada menyatakan secara jelas bahawa setiap perkara sulit atau musibah dan malapetaka, malah mengharapkan perkara yang baik-baik, maka bacalah surah Yasin.
Dengan amalan tersebut dan rahmat Allah SWT, semua perkara kesulitan yang dihadapi akan dipermudahkan oleh Allah SWT dengan izin-Nya.
Tambahnya, jika ada pihak yang menyatakan mengapa dia merujuk kepada Ibnu Kasir? Jawapannya kerana Ibnu Kasir adalah ahli tafsir dan ahli hadis yang paling selamat daripada riwayat-riwayat palsu.
Menjelaskan kelebihan surah Yasin katanya, pelbagai peringatan diberikan kepada seluruh manusia. Bukan sahaja menjadi pegangan dan panduan umat Islam, malah dijadikan ikutan buat orang bukan Islam.
Katanya, sebanyak tiga kali perkataan ‘muhdharun’ diingatkan dalam surah Yasin iaitu berkaitan dengan ‘kamu akan didatangkan’.
Penjelasan kamu akan didatangkan menghadap Allah itu mengingatkan kita sebagai umat Islam dengan janji Allah berhubung berlakunya hari pembalasan, segala perbuatan manusia akan dihisab pada hari tersebut.
Sebaik sahaja malaikat Israfil meniup sangkakala pada hari kiamat dengan izin Allah, maka seluruh isi alam akan datang menghadap Allah SWT bagi dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia.
Pada hari tersebut, sekiranya mulut manusia mungkin boleh membela empunya tubuh di dunia, namun pada hari tersebut mulut terkunci dan lidah tidak mampu lagi melakukan pembelaan.
Saat itu, tangan yang melakukan segala perbuatan di dunia akan ‘berbicara’ dan kaki juga akan membuat penyaksian atas segala apa yang telah dilakukan.
Semua perkara tersebut telah diperjelaskan dalam surah Yasin bagi dijadikan pengajaran sebaiknya oleh seluruh umat manusia tentang hari pembalasan.
“Maka siapa yang merenung (mengkaji) apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Yasin, maka imannya akan bertambah dan amalan buruk juga akan berkurangan.
“Ini kerana surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Surah Yasin mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun.
“Saat itu, kita akan dibangkitkan kembali daripada kematian dan dipertanggungjawabkan atas semua yang telah dilakukan. Semuanya akan dituntut di depan Allah SWT. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/kelebihan-besar-surah-yasin-1.502924#ixzz4mxQyKLhh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/kelebihan-besar-surah
SubhanaAllah terima kasih kak PI perkongsian ini...kalau tak dapat setiap hari seminggu sekali tu wajibkanlah pada diri...tak rugi.
ReplyDeleteTKSH PC BACA SELALU UTK DPTKN MNFAATNYA
ReplyDeleteRugi kalau tak baca...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteAmbil peluang untuk baca selagi ada kesempatan