Friday 7 July 2017

MAKAN DURIAN BARU GUGUR DI DUSUN ...

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah join grup whatsapp ex-SMART baru PI tahu ramai kawan-kawan sepersekolahan dulu berada di merata Malaysia. Salah seorangnya adalah Rokiah…kawan PI ni seorang yang ceria dan sangat aktif dengan kegiatan sukan dan persatuan seas scout semasa di SMART dulu. Sekolah SMART berhampiran dengan laut jadi pengakap laut adalah persatuan yang ramai gemari untuk menjadi ahli bagi pelajar yang aktif dan berani.

Kawan PI ini berasal dari Sg.Lembing iaitu Bandar perlombongan bijih timah tertua Negara kita secara lombong bawah tanah.... habis sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pegawai polis.
 Kini telah bersara dan tinggal bersama suami dan anak-anaknya di sebuah dusun buah-an yang luas di kampong Sungai Lubuk,Trong,Taiping, Perak.

Kalau musim durian tiba sibuklah kawan PI ni mengutip durian yang gugur untuk dijualkan kepada pembelinya. Pelbagai jenis durian terdapat di dusunnya. Antaranya durian jantung,durian tembaga, durian musang berjanggut dll. Disamping itu beliau juga mengusahakan pembuatan tempoyak dengan jumlah yang banyak.

Jika ada yang teringin hendak merasa makan durian di dalam dusun sambil menikmati kehijauan alam dan kedamaian suasaananya di dusun kawan PI ini bolehlah hubunginya. Kalau hendak berlama di situ pun boleh. Ada homestay yang disediakan. Tapi kenalah buat tempahan lebih awal.

La ni harga durian agak mahal di tempat lain  kerana musim kali ini durian tidak berapa menjadi tapi di dusun kawan PI harganya biasa-biasa saja..maksudnya mampulah dibeli.

hp 011-1060-3382 jika berminat menghubungi puan Rokiah untuk membeli durian, tempoyak atau tempahan homestay




 DURIAN JANTUNG



DURIAN MUSANG BERJANGGUT

4 comments:

  1. Dah lama saya tak pergi dusun durian. Makan durian apatah lagi. Huhu.

    ReplyDelete
  2. TKSH FAARIHIN...KAK PUN DH LAMA XKE DUSUN DURIAN TAPI DURIAN TU MKN JUGA SEULAS DUA

    ReplyDelete
  3. TKSH MALA..SERONOK MKN DURIAN DI DUSUN NI MALA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist