Monday 21 November 2016

PERTEMUAN SEMULA...

ASSALAMUALAIKUM...

TERHARU SUNGGUH MENERIMA KUNJUNGAN SAHABAT LAMA SEPERSEKOLAHAN YANG TERPISAH BERPULUH TAHUN LAMANYA....MULANYA KAMI BERTEMU DI SMKM  MARAN...BERSEKOLAH DAN TINGGAL DI ASRAMA DARI TAHUN 71 HINGGA 73....LEPAS SRP KAMI SAMBUNG BELAJAR DI SMART KUANTAN PULA DARI 74 HINGGA 75...

TAMAT SPM PI DAN RAMAI SAHABAT SEPERSEKOLAHAN MASING-MASING MENERUSKAN KEHIDUPAN MENURUT TAKDIR-NYA DAN TIDAK BERSUA LAGI KECUALI YANG TINGGAL SEKAMPUNG.

SAHABAT PI JAMILAH PAWANCIK INIPUN DITEMUI MELALUI FB DAN SENTIASA BERHUBUNG BERTANYA KABAR SELALU ...DAN AKHIRNYA ALLAH BERI KESEMPATAN UNTUK BERTEMU....SYUKUR KEPADA-NYA....

Terima kasih Milah sudi membuat kunjungan kerumah anakku bersama anak-menantu dan cucu. siap bawa hadiah telekung, kek yg sedap dan beri saguhati lagi. Terima kasih banyak Milah. budi baikmu dikenang selamanya. didoakan Allah merahmatimu sekeluarga, sihat walafiat dan murah rezeki. moga kita akan bersua lagi lain kali. jangan serik bertemu sahabatmu yang uzur dan bisu ni ya...kek yang hang bawa sat je dah habis dimakan cucu2ku yang ramai tak sempat dah nk snap pic heh..heh.."



Pic percutian Milah bersama anak menantu dan cucunya di Sweden baru-baru ini. Anak beliau seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital di sana.






7 comments:

  1. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, tentu gembira sangat akak dengan pertemuan ini. Dapatlah mengupdate perkembangan diri masing-masing. Itulah di antara kebaikan FB, dapat kita berhubung dengan rakan-rakan lama. Saya sendiri merasa amat gembira dengan coretan akak ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik ustaz..tksh bnyk doanya..ya mmg gembira dpt jumpa shbt lama ni..selama ni duk mengenang n merindu saja...tksh.

      Delete
  2. semoga diberi kesihatan yang baik kak. alhamdulillah best sesekali boleh jumpa kawan lama

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum wr.wb Kak Paridah Ishak yang disayangi....

    Tahun 1974 tu saya baru masuk Darjah Satu (7 tahun) dan akak sudah Tingkatan 4 (16 tahun). Hehehe... dah tahu jarak umur kita kak. Akak pun dah ada cucu juga. Senang membaca pertemuan semula akak dan sahabat yang tentu dirindui setelah berpuluh tahun tidak bertemu. Pertemuan bersemuka itu lebih lagi bermakna ya kak berbanding dengan media yang lain. Mudahan hubungan akan sentiasa erat hingga ke akhir hayat. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga PI sehat2 selalu...terharu dengar cerita jejak kasih ini...semoga persahabatan kalian tidak terputus hingga hujung nyawa...aamiin

    ReplyDelete
  5. Moga persahabatan hingga hujung nyawa kak.. seronok bila dpt berjejak kasih ni.. terharu

    ReplyDelete
  6. Subhanallah walhamdulillah... syukurlah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist