Tuesday, 22 November 2016

HATI YANG MATI...

ASSALAMUALAIKUM...

HATI YANG MATI
Banyak orang berpendapat Hati Yang Mati itu adalah hati yang sudah hilang sifat kemanusian. Hati yang sudah tiada rasa kasih sayang. Hati yang penuh rasa benci dan dendam kesumat. Dan bermacam-macam lagi jenis perasaan hati yang negatif. Sebenarnya, jika dihalusi itu semua bukanlah maksud sebenar Hati Yang Mati. Itulah adalah hati yang hidup. Hati yang hidup tetapi di luar kebiasaan atau norma kehidupan insan dan bukan berdasarkan fitrah manusia yang diciptakan Allah. Fitrahnya manusia dilahirkan ke dunia adalah dalam bentuk suci dan bersih.
Jadi apakah yang dikatakan atau dimaksudkan dengan Hati Yang Mati? Hati Yang Mati ini jelas diberitahu oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) ayat 7. Maksud Firman-NYA:-
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Maksud yang tersirat dalam ayat ini apabila dikupas atau ditaddabur adalah:-
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa bagi golongan kiri iaitu golongan yang membawa Alif Iblis dalam kehidupannya, yang pertama sekali Allah tutupkan pada diri mereka adalah pintu hatinya. Pintu hati mereka ditutup oleh Allah dari segala penjuru. Ianya bertujuan supaya tiada lagi ruang untuk hidayah Allah itu dapat memasukinya. Tanda pertama orang yang telah tertutup pintu hatinya ini adalah mereka ini tidak akan mahu lagi mendengar peringatan-peringatan Allah. Peringatan-peringatan yang terdapat di dalam Al-Quran yang dibacakan atau satelah kalam dibicarakan.
Tanda kedua pula yang menampakkan bahawa hati mereka telah mati ialah mata mereka seolah-olah telah tertutup rapat dari melihat kebesaran dan kurniaan Allah. Apa sahaja yang diperolehinya dan rezeki yang dianugerahkan kepadanya, mereka mengatakan bahawa semuanya itu adalah didapati dari hasil usaha dan ikhtiar mereka sendiri. Ia bukannya kurniaan Allah. Mereka mengandaikan jika tidak bergerak, mereka tidak akan memperolehi rezeki tersebut. Orang golongan ini menyandarkan segala apa yang mereka perolehi adalah melalui kekuatan diri mereka sendiri sahaja. Apabila kedua-dua ciri ini telah nampak nyata pada diri mereka, maka bermula dari saat dan ketika itu serta hari-hari yang berikutnya, mereka akan berada di dalam azab Allah. Ini akan berlaku sekali pun mereka itu telah memiliki segala-galanya).
Kesimpulannya Hati Yang Mati adalah hati yang telah tidak mendapat lagi akan petunjuk dan hidayah Allah. Hati mereka mati dari melihat akan Allah Rabbal Alamin itu. Mereka tidak nampak akan kebesaran Allah iaitu Tuhan yang di langit dan juga di bumi. Mereka tidak nampak bahawa apa yang ada di langit dan di bumi serta di antara keduanya adalah milik Allah belaka.
Inilah yang dikatakan HATI YANG MATI.

12 comments:

  1. moga dijauhkan dari hati yg mati..Nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. Na'uzubillahiminzalik.. semoga janganlah keluarga dan keturunan kita ada yg berhati mati begini. Sebab tempiasnya bukan pada empunya diri saja tapi kepada kita yg ada tanggungjawab ke atasnya.

    Sama-sama kita mendidik hati kita dan hati kelaurga kita.

    ReplyDelete
  3. moga hati kita sentiasa disirami dgn zikir kepadaNya..

    ReplyDelete
  4. moga hati kita sentiasa hidup P
    perkongsian yang baik ni P

    ReplyDelete
  5. TKSH ATIE..BERDOA AGAR HATI KITA HIDUP LUNAK

    ReplyDelete
  6. allahu takutnya...moga2 kita bukan dlm golongan yg tertutu hati serta jauh dari rahmat ehsan Allah Yg Maha Mengasihani

    suer nice sharing kak..

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam.
    Kalau hati dh mati walau pun jasad masih hidup,
    maka jadilah tunggul bernyawa

    ReplyDelete
  8. Moga Allah lindungi dan jauhi kita semua dari hati yg mati, nauzubillah... t kasih atas peringatan ini kak PI

    ReplyDelete
  9. semoga kita dijauhkan dripada hati yang mati

    ReplyDelete
  10. Moga dijauhkan dari hati yang mati..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist