Tuesday, 15 November 2016

SONETA GELORA RINDU...

ASSALAMUALAIKUM...

CORETAN PAK ENGKU

(Sebuah nukilan buat seorang kawan yang kehilangan orang yang disayang....)
Kawan, aku mengerti akan erti kehilangan. Telah pernah aku lalui situasi yang sebegitu. Bukan mudah untuk melupakan kepergian yang buat selama-lamanya orang yang kita sayang. Teman seiring jalan. Teman untuk bergurau senda dan berkasih sayang. Terkadang-kadang teman yang sering untuk kita bawa bertengkar
Kehilangannya pasti meninggalkan suatu ruang kosong yang sunyi dan sepi dalam kehidupan kita. Sejujurnya kita redha akan kepergiannya. Namun jauh di sudut hati kita terus merinduinya.
Begitulah kehiduopan di dunia yang fana ini. Sampai ketikanya kita juga pasti akan dijemput pergi Kembali untuk menemui Sang Pencipta.
Yang penting hati kita harus tabah menerima ketentuan Ilahi. Kuatkanlah semangat kerana kehidupan tidak pernah menjanjikan sesuatu yang kekal abadi. Kehidupan perlu diteruskan sementara menantikan giliran kita yang akan tiba. Entahkan esok, entahkan lusa.Itulah janji Allah. Bersabar dan bertaqwalah.....

11 comments:

  1. Terima dgn redha setiap suratan dariNya :)

    ReplyDelete
  2. jgn bersedih lama2 dgn org yg telah tiada..

    ReplyDelete
  3. BETUL TU JIE BANYAKAN SABAR...TQ

    ReplyDelete
  4. Kehilangan meninggalkan memori
    Pasti sukar dilupakan.

    ReplyDelete
  5. saya jugak telah merasai kehilangan org tersayang..ibu dan ayah..

    ReplyDelete
  6. YA DI WP KEHILANGAN YG TERSAYANG PERIH DIRASAKAN..TQ

    ReplyDelete
  7. KITA YG TLH MERASA KEHILANGAN AKAN SENTIASA MERATAPINYA TAPI MENGENANGNYA DI HATI ..TQ KHAMSIA

    ReplyDelete
  8. Kak soneta dlm bahasa yg tepat apa ya?

    ReplyDelete
  9. wlau sukar namun perlu redha.Masa kita pun bakal menyusul..

    ReplyDelete
  10. Mmg kena terima dgn redha, cuma kdg2 nak terima tu bukan mudah... kena kuatkan hati dan diri.. kpd Allah jua kita panjatkan doa

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist