ASSALAMUALAIKUM…
SALAM JUMAAT MULIA
MENGHADAPI UJIAN ALLAH
Bagaimana menghadapinya? Dengan penuh rasa reda dan
kesabaran. Mudahkah melakukannya? Memang tidak semudah diucap bibir. Tapi walau
apa cara sekalipun kita sudah berdepan dengan situasi yang menguji jiwa raga
kita. Lagipun bukan kita seorang di uji dengan dugaan yang kita rasa amat
perit.
Sejak nabi Adam alaihissalam dicipta Allah Maha Pencipta, kemudian
diciptakan pasangannya wanita Hawa, bunda umat manusia dan hidup berbahagia
dalam keindahan Syurga namun Allah membenarkan Iblis menggoda pasangan itu agar
memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah swt.
Justeru tercampaklah kedua-duanya ke dunia. Bukan bersama
tapi terpisah. Bayangkan bagaimana perasaan hati kita terpisah dengan yang
tersayang kala sedang menikmati rasa kasih sayang. Setelah 40 tahun berpisah
barulah ditemukan Allah swt di Jabal Rahmah Mekah.
Ujian Allah kepada nabi-nabi ulul azmi daripada yang pertama
hingga 25 tidak sanggup rasanya kita hadapi. Kitakan bukan insane terpilih dan
kita tiada daya menghadapi ujian berat itu. Lalu berdoalah kita sesungguh hati
agar dihindari ujian Allah samaada kecil atau besar. Dan kita doakan sahabat-sahabat
kita dan mereka di sekitar kita yang diuji musibah yang tak diingini agar
segera dilepaskan Allah swt segala azab atau diringankan. Ujian dalam kehidupan
ini berbeza-beza antara satu sama lain.
Jangan pula kita berkomen sesuka hati tentang sesuatu
kejadian itu. Bimbang kita pula akan diuji dengan dugaan yang serupa. Sudahnya menangis
tak berlagulah jawabnya.
Ujian Allah pelbagai cara...moga tabah menghadapinya
ReplyDeleteBENAR TU QHAIFA PERLU TABAH HADAPI UJIAN ALLAH
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSabar dan redha dengan ujian Allah adalah sebaik-baik jalannya
TKSH MRS A INSYAALLAH TU
ReplyDeleteya ujian ALLAH..dan kehidupan ini tak pernah lepas dengan ujian :(
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteMudah2an Allah menguji kita dengan perkara yang baik2 saja.
semoga kita dpt menghadapi segala ujian dgn tabah...ujian itu rencah kehidupan..
ReplyDelete40 tahun terpisah.. bukan sesuatu yang mudah tu. InsyaAllah kak, moga kita sama2 diringankan beban daripada ujian2 yg berat. aminn..
ReplyDeleteW'salam Kak Paridah,
ReplyDeleteSemoga kita tabah menghadapi ujian-Nya..
Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup kita semua dgn sepenuh keberkatan dan kasih sayangNya... aamiin ya Rabbalalaamiin...
ReplyDeleteassalamualaiki ... kita perlu sentiasa bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi ujian di depan sana ... perjalanan hidup setiap manusia tidak sama ... semoga kita semua kuat , tabah dan redha melaluinya .
ReplyDelete