Thursday, 11 August 2016

CERITERA MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM...



CERITERA MERDEKA

Fajar menyingsing
Hari bergulir hingga senja
Menyapa suasana kelam
Tanpa sinaran bintang bintang gemerlapan
Bercahaya sejauh pandang

Dan sebuah titian laluan
Marhaen kebanyakan
Sudah berbubuk reput merongga
Ragu hendak menyeberang
Rentas masa depan tanpa bimbang

Mahu mengganti seupaya diri
Agar negara tercinta berdaulat
Kekal selamat terhormat
Renungan menjauh cempera relai
Pilihan kalut pencetus ribut



PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
11 OGOS 016

9 comments:

  1. Nieyl singgah pagi sini...
    Bulan kemerdekaan :)

    ReplyDelete
  2. Mengharap kemerdekaan dicapai oleh negara seiring dgn kemerdekaan dari segi mental rakyatnya. Banyak sebenarnya yg masih belum terungkai 'dijajah' walau hakikatnya M'sia sudah lebih 50 tahun merdeka.

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi je da nak merdeka. moga kita juga dapat memerdekakan diri drp perkara2 yang x sepatutnya :)

    ReplyDelete
  4. WKmsalam.
    Kemerdekaan itu luas maknanya.

    ReplyDelete
  5. Salam Merdeka buat akak... :)

    ReplyDelete
  6. Indah.. namun tidak rasa diri merdeka.. masih diambang ketindasan minit2 yang terbelenggu. Hmm.. Salam Kemerdekaan buat Kak Paridah :)

    ReplyDelete
  7. Bulan kemerdekaan menjadi bulan peringatan dan semangat buat kita semua...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist