Friday, 31 July 2015

BERIMAN DENGAN TAKDIR...

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT YANG MULIA...


.Di riwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw pernah menuturkan bahawa akan lahir di kalangan umat baginda yang mengingkari Allah swt dan Al Quran secara yang tidak mereka sedari.
Sahabat pun bertanya:
Apa yang mereka lakukan Ya Rasulullah
Baginda menjawab:
Mereka mengucapkan bahawa kebaikan berasal dari Allah swt dan keburukan berasal dari Iblis. Kemudian mereka mencari cari kebenarannya dengan pendapat sendiri tanpa menggunakan Al Quran Padahal sebelum nya mereka adalah orang yang beriman dan mengenal kebenaran Allah swt.
Akibat dari pengamalan ini maka umat Islam berpecah belah dan sering berdebat. Lalu Allah pun mengirmikan penyakit – ta’un yang mematikan banyak umat Islam. Kemudian Allah kirimkan bulan gerhana sehingga semakin sedikit yang dapat bertahan hidup. Di waktu itu mukmin sejati adalah mereka yang sedikit bahagia dan banyak sengsara.
Ada satu ketika Rasulullah menangis dengan derai air mata yang mengharukan sekelian sahabat yang hadir sehingga tidak ada satupun yang tidak menangis. Sahabat juga dapat merasakan betapa perit nya Sang Rasul memikirkan apa yang akan melanda umat nya.
Lalu dengan derai air mata yang semakin mencurah
Baginda bersabda:
Aku sangat mengasihani umat umat ku yang malang
Di antara nya ada ahli ibadah dan juga Ahli berkarya
Tapi mereka mendustakan takdir dengan pena nya
Lalu seorang sahabat bertanya:
Jika demikian bagaimana seharus nya beriman kepada Takdir?
Baginda menjawab:
Kalian beriman kepada Allah swt yang Maha Esa
Tidak menyekutukan Allah Swt
Kalian beriman kepada RasulNya
Kalian beriman kepada Al Quran
Kalian beriman kepada Takdir yang di tentukan Allah
Kalian beriman kepada Syurga dan Neraka itu ujud
Di riwayatkan juga bahawa syurga dan neraka tercipta sebelum Allah Swt mencipta yang lain2 nya. Kemudian Allah Swt jadikan siapa yang di kehendakinya menjadi penghuni syurga ataupun penghuni neraka.
Semoga Iman kita tidak akan tergugat sedikit pun dengan kejahatan dari tangan2 kotor dan pena tulisan nya

Ustazah nurbaya Usman.

Thursday, 30 July 2015

STATUS-STATUS LUCU...


ASSALAMUALAIKUM....

CARA ATASI MASALAH-MASALAH SEPUTAR HIDUP KINI...

1.    BIL-BIL YANG MELAMBUNG.




BIL API NAIK....HIDUP SEDERHANA...JANGAN GUNA LAMPU LETRIK TAPI PELITA...KALAU PANAS JANGAN BERAIRCOND GUNA KIPAS TANGAN SAJA....AKTIF TANGAN BERGERAK KIPAS KIRI KANAN GERAKAN SENAMAN MENYIHATKAN BADAN JUGA KAN...

2.  
BIL AIR NAIK.... DAPATKAN SUMBER AIR DARI PERIGI ATAU SUNGAI ATAU TADAH AIR HUJAN YANG TURUN....SAMBIL NYANYI LAGU SUDIRMAN HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA...

3.
MINYAK NAIK.

KEMANA SAJA KAYUH BASIKAL, NAIK KERETA LEMBU ATAU KAPAL LAYAR UNTUK KE SEBERANG LAUT....LAMBAT TAPI SELAMAT SAMPAI.

4.
TOL NAIK.

JANGAN GUNAKAN LEBUH RAYA...IKUT JALAN LAMA...LAMBAT SIKIT SAMPAI TAK MENGAPA SEBAB TAK PAYAH BAYAR TOL YANG BERPULUH RINGGIT JUGA TU...BOLEH BERGERAK DENGAN TENANG TANPA GANGGUAN JEM DI SAMPING DAPAT MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEKITAR SEPANJANG PERJALANAN...

5.
SAYUR/BARANG MAKAN NAIK.

RAJIN-RAJINLAH BERTANAM SAYUR SENDIRI....JADI TIDAKLAH BANYAK TANAH TERBIAR DIPENUHI SEMAK SAMUN.
SEMUA BARANG MAKAN KEPERLUAN DIPRODUKSI SENDIRI....TAK SUSAH KAN..

6.
IKAN NAIK..

JOM KITA MEMANCING DI KOLAM, DI SUNGAI, DI TASEK DI LAUT...
IKAN-IKAN SEGAR YANG DIPEROLEH AMAT SEDAP UNTUK DIJADIKAN LAUK.

7.
TELOR NAIK.

SESEKALI TUKAR SELERA NAK MAKAN TELOR PULA TAPI TELOR PUN NAIK JUGA...
SUDAHNYA KENA BERTELOR SENDIRI HEH..HEH..
GURAU JER...MAKSUDNYA BELALAH AYAM TELOR ATAU ITEK TELOR..KALAU ADA 10 EKOR SEHARI YANG BERTELOR TENTU PUAS MAKAN TELOR...

APAPUN PILIHAN YANG BIJAKSANA DI TANGAN KITA...
TAK PAYAH STRES SANGAT ZIKIR DAN BANYAK-BANYAK BERDOA ALLAH MENDENGARNYA DAN HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN REDA TIDAK AKAN DILUPAI-NYA..INSYA ALLAH.

ALAM MAYA...

ASSALAMUALAIKUM...



Alam maya

Medianya Tiada batas persadanya luas
kita punbebas sesuka rasa
berbuat apa saja
mencoret rasa tanpa suara
menggambar cerita suka duka
kehidupan yang dilayari
dengan menempuh gelora badai
yang menyasar tanpa pamitan.

Perkongsian globalisasi
agar mengerti lagi memahami
bolehkah? Hmm mungkin!

 Salam dihulur dengan lunak
yang disambut dengan santun
mengulum cerita yang dihimpun
bakal berhamburan tidaktersusun
dalam post dalam status dimuat turun
hmm..mohon ampun.

 Foto-foto gahnya kehidupan
dipapar indah mengujakan yang memandang
terpana membuai leka
alangkah bertuahnya.

Gambaran perjalanan menggembirakan
 ke pelosok dunia tanpa aral galangannya.

Menikmati subhanallah kejadian Allah maha indah
Yang  tertera hanya suatu sisi yang disukai
Yang digemari

Kebenaran yang terselindung belum pasti
Hanya Allah Maha Mengetahui…

Hamparan lakaran lukisannya berwarna
dengan anyaman corak kesukaan pereka...
pilihannya di gemala minda
menaksirnya bagaimana.....


Wednesday, 29 July 2015

HAPPY BIRTHDAY JEE...

ASSALAMUALAIKUM....

DISAMPING NAK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MY SIL KESAYANGAN NI YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRANNYA HARI INI NAK UPDATE SEKALI KISAH TRAFFIK BLOG PI...

SEBELUM TU DIDOAKAN SEMOGA JEE/FAUZIAH ABD.SAMAD MEMPEROLEHI RAHMAT ALLAH YANG BERKAT SEPANJANG HIDUPNYA BERSAMA SUAMI TERCINTA/PAZELI ISHAK DAN NADIA ANAK KESAYANGAN....SENTIASA BERBAHAGIA, SIHAT WALAFIAT DAN DIKURNIAI ALLAH REZEKI YANG MELIMPAH SERTA PANJANG USIA....TERSENYUM MANIS SELALU WALAU DIUJI ALLAH DUGAAN YANG PEDIH...


Semua pic fauziah Samad.

http://www.dapurkakjee.com/
FauziahSamad.com

BLOG DAPURKAKJEE.COM ADALAH PENYUMBANG UTAMA TRAFFIK BLOG PI SEJAK IANYA MULA MUNCUL HINGGA KINI SELAIN GOOGLE DAN BLOG KAWAN-KAWAN.

TERIMA KASIH BANYAK JEE.

BLOG KAWAN-KAWAN JUGA TURUT MENYUMBANG TRAFFIK BLOG. SUMBANGAN FACEBOOK JUGA TIDAK DILUPA...TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN FB.

Bila Jemari Menari

http://mamasya2.blogspot.com/

TERIMA KASIH BANYAK ZAITUN..

JUGA BLOG INI...IRFA SUDAH AGAK LAMA TIDAK MENGUPDATE BLOGNYA TAPI BLOGNYA TETAP MENGALIRKAN TRAFFIK KE BLOG PI....
TERIMA KASIH BANYAK IRFA...PI DOAKAN APA SAJA MASALAH YANG MENGGANGGU KEHIDUPAN IRFA ALLAH MENYELESAIKANNYA SESEMPURNA MUNGKIN...



 Happy Irfa

TERIMA KASIH BANYAK KEPADA KAWAN-KAWAN BLOGGER PI YANG RAJIN SINGGAH DAN MENURUNKAN KOMEN-KOMEN YANG AMAT PI SENANGI....
NANTI PI BUAT RESEARCH PENGOMEN PALING RAJIN SINGGAH DALAM N3 LAIN YA.

KEKASIH-KEKASIH MAYA...

ASSALAMUALAIKUM...

PI SERING MENERIMA MSG DI INBOX FB YANG MENYATAKAN INGIN MENGENALI PI KERANA PI INI WANITA TERCANTIK YANG PERNAH DILIHATNYA....SENDERNYA ADALAH LELAKI MAT SALEH YANG PUTIH MELEPAK LAGI KACAK.....KENYATAAN YANG TAK MUNGKINPUN HEH...HEH...UNFREN DAH PASTI  DAN TERUS REMOVE DARIPADA KOTAK MSG.

WAH! GODAAN TAHAP MELAMPAU TU....MOGA DIJAUHI ALLAH DENGAN UJIAN-NYA. SEBAB KITA TIDAK BOLEH KATA ...AKU AKAN BERHATI-HATI DAN TIDAK MUDAH TERTIPU DENGAN AGENDA MEREKA YANG BERKENALAN DI ALAM MAYA TAPI MENYIMPAN NIAT SERONG....SEPERTI KISAH DI BAWAH INI...

KEPADA ALLAH KITA BERDOA DAN BERSERAH. SUSAH-SUSAH SANGAT JANGAN JOIN MANA-MANA MEDIUM MAYA YANG MENYUSAHKAN HIDUP KITA SAJA....TAPI TAK MAHU PULA MENJADI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG YA...

Dikenali sebagai Haslinda, 35, mendakwa, segalanya bermula pada awal tahun ini apabila dia ‘termakan’ dengan cerita sedih kononnya kenalan mayanya yang berusia 40-an itu, disamun di Kuala Lumpur ketika menjalankan urusan perniagaan.

Tuesday, 28 July 2015

KERIA KENTANG...

ASSALAMUALAIKUM...

KUIH RAYA MASIH BANYAK LAGI KOT....TAPI DAH MASUK MINGGU KEDUA SYAWAL NI BIASANYA KITA SUDAH MULA BERSARAPAN DENGAN MAKANAN YANG LEBIH MENGENYANGKAN SEPERTI RUTINNYA YANG DIAMALKAN....

KALAU ADA KENTANG DI DAPUR BOLEHLAH DIREBUS UNTUK DIJADIKAN KUIH KERIA...KERIA KELEDEK DAH SELALU RASA CUBA PULA KERIA KENTANG....SEDAP NI..




KERIA KENTANG
Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air
Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.

Selamat Mencuba..

BERPANTUN BERSAMA ANGGERIK...

ASSALAMUALAIKUM....




Monday, 27 July 2015

KENALI POKOK HERBA SEKITAR KITA...

ASSALAMUALAIKUM...

BERSAMBUNG LAGI N3 TENTANG TUMBUHAN HERBA YANG BANYAK TUMBUH DI PERSIKATARAN KITA TAPI TIDAK KITA KENALI NAMANYA DAN TAHU KEGUNAANNYA.


BEBUAS/MANGGIS HUTAN.


Bebuasberuasbuas-buasambong-ambong lautpecah piringsingkil, atau limau pantai atau nama saintifiknyaPremna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

wikipedia.

BIDARA
Daun-daunnya yang muda dapat dijadikan sayuran. Daunnya yang tua untuk pakan ternak.[2] Rebusan daunnya diminum sebagai jamu. Daun-daun ini membusa seperti sabun apabila diremas dengan air, dan digunakan untuk memandikan orang yang sakit demam.[1] Di Jakarta, daun-daun bidara digunakan untuk memandikan mayat.

Buah masak berjatuhan di pasir pantai

wikipedia.


BIJAN

BONGLAI
Pucuk dan buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.[perlu rujukan]
Bonglai dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan

wikipedia. 

BUNGA CINA

Kegunaan 
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja
blog tips kehidupan.

BUNGA CORONG
Daun pokok corong/loceng ni ada khasiatnya. Ia boleh dibuat digunakan untuk merawat sakit kulit seperti bisul dan kurap. Daunnya dilumatkan dan ditampal di tempat sakit. Getah pokoknya boleh digunakan untuk membunuh jentik-jentik. Kalau tak caya boleh try.

my kebun flowers.

BUNGA HANTU.


BUNGA MERAK

Khasiatnya bunganya dapat melancarkan pengedaran darah haid.


BUNGA MUTIARA.


pic Serasi Lestari Rimba Enterprise (Nursery Herba)

Sunday, 26 July 2015

BANYAKNYA KIRIMAN BLOGGER KHAIRIN ANNIES...TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

ASSALAMUALIKUM...

BEBERAPA HARI LEPAS PI MENERIMA KIRIMAN-KIRIMAN INI...




WALAU TIDAK DITULISKAN SIAPA PENGIRIM PADA SAMPUL KIRIMAN TERSEBUT TAPI PI DAPAT MENDUGANYA DENGAN MUDAH.... KERANA HANYA ADA SEORANG KAWAN BLOGGER PI YANG ADA KAITAN DENGAN SYARIKAT PENERBITAN ANA MUSLIM DAN BANYAK MENERBITKAN N3 PERJALANANNYA KE MESIR KALAU BUKAN BLOGGER KHAIRIN ANNIES YANG MUDA BELIA DAN COMEL LOTE TU....

TERIMA KASIH BANYAK JUTA-JUTA YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS INGATAN ANIES MENGIRIMKAN PI SAMPUL DUIT RAYA DAN FM MESIR YANG SUDAHPUN DITEMPATKAN DI PINTU FRIDGE DAPUR.

MEMANG PI MENERIMANYA DENGAN SANGAT BERSUKACITA TAPI BIMBANG MENYUSAHKAN PENGIRIMNYA PULA. TERIMA KASIH BANYAK ANIES BERSUSAH-PAYAH SAJA.

SEBELUM INI ANIES TELAH MENGIRIMKAN FAVICON BERSAMA HEADER... WAJAH BLOG BARU PI TAPI BELUM DIUPDATEKAN LAGI SEBAB ANAK PI YANG SELALU TOLONG DALAM KERJA-KERJA GINI AMAT SIBUK DENGAN TUGAS HARIANNYA. HARAPKAN PI MEMANG LAMBATLAH....TERKIAL-KIAL NAK MEMAHAMINYA.

YANG PANDAIPUN SETAKAT UPDATE BLOG JER HEH...HEH..


TERIMA KASIH JUTA-JUTA ANIES DIATAS KIRIMANMU YANG BANYAK DAN TAK TERNILAI HARGANYA ITU...

ADA UBI ADA BATAS
ENTAH BILA DAPAT DIBALAS.

NAK KENALI SIAPA BLOGGER KHAIRIN ANNIES YANG BAIK HATI INI?

Anies♥You

http://aniesandyou.blogspot.com/

BELIAU SERING MENULIS REVIEW FILEM-FILEM TERBARU YANG DITONTONNYA ATAS JEMPUTAN NUFFNANG....DAN BANYAK LAGI N3 YANG BERSANGKUTAN DENGAN KEHIDUPANNYA DALAM BANYAK PERKARA....HEBATKAN BLOGGER NI....

SELAMAT MENGENALINYA KAWAN-KAWAN YANG BELUM LAGI BERKENALAN DENGAN BELIAU.

YANG DAH KENAL BAIK TU SEMOGA KITA SEMUA MENJALENKAN IKATAN UKHWAH SILATURAHIM YANG BERKEKALAN SELAMANYA SESAMA KITA DAN BLOGGER ANIES YANG DISAYANGI KITA INI..

Saturday, 25 July 2015

V FEMES DI MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM...

KENAPA PENGGUNAAN HURUF “V” SEMAKIN
MENINGKAT HARI INI DI MALAYSIA

*Relekslah,  saya nak tulis cerita santai, untuk hiburan.

Bacalah petikan drama sebabak ini disebuah kedai … Barulah anda dapat mengetahui kenapa huruf V semakin digunakan di Malaysia …

“Vagi veras lima kilo avang, kita mahu masak …”

“Veras sahaja ka, velacan ka tak mau makan, buat samval, lain-lain tak mahu ka? Eh awak apa vangsa ha? Muka macam India juga … “

pic google images sekadar hiasan.

“Kita Bangladesh datanglah avang”

“Isk isk engkau ni, Bangla pandailah pulak menyebut B, yang lain kau ganti dengan V pulak”

“Tak voleh ka avang, vukan salah kan….avang jangan marahlah … vanyak mintak mahapla….”

Dalam hati: Sekali aku sekeh kepala engkau, versepailah. Mengada-ngadalah. Tu belum Nepal, Vietnam nak gunakan perkatan/huruf apa pulak.

Malaysia oh Malaysia!

Noradabi rosdi.

HIDANGAN RUMAH TERBUKA...BERIANI GAM DAGING.

ASSALAMUALAIKUM....

RAMAI YANG TELAH MENYELESAIKAN PUASA SUNAT SYAWAL SELAMA ENAM HARI BERMULA PADA HARI RAYA KEDUA LAGI....KALAU YANG BELUM BOLEH MULAKANNYA BILA-BILA MASA SELAMA ENAM HARI DALAM BULAN TERSEBUT...KATA ALIM ULAMA BERPUASA SEBULAN RAMADAN DENGAN TAMBAHAN ENAM HARI LAGI SELEPAS RAYA PERTAMA BERPUASA BERMAKNA KITA TELAH BERPUASA SELAMA SETAHUN....BESAR GANJARAN PAHALA BERPUASA SELAMA ITU....RUGI KALAU TAK DIBUAT KAN...

SETELAH BERPUASA BERHARI RAYA PULA DAN MENEPATI KONSEP RUMAH TERBUKA KINI UNTUK MERAIKAN RAKAN TAULAN/SAUDRA-MARA/JIRAN TETANGGA DALAM SUASANA YANG LEBIH SANTAI.

TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG PULANG BERHARI RAYA DI KAMPUNG DAN BELUM LAGI MERAIKAN HARI RAYA BERSAMA RAKAN SEKERJA DAN JIRAN-JIRAN DI PERTEMPATAN MEREKA.

MENU YANG DIPILIH TENTULAH LEMANG KETUPAT/RENDANG LONTONG/NASI IMPIT/KUAH KACANG, ANEKA MEE, ANEKA MIHUN TIDAK KETINGGALAN JUGA NASI DAN LAUK PAUKNYA BERSERTA KUIH-MUIH YANG PELBAGAI.
ISH! BANYAK TU...SESEKALI BERKENDURI OKEYLAH TU..

PI NAK KONGSIKAN DI SINI RESEPI YANG BOLEH DISELITKAN DALAM MENU RUMAH TERBUKA YANG BAKAL DI ADAKAN KAWAN-KAWAN NANTI...MUNGKIN IANYA DAPAT MEMBANTU MENENTUKAN PILIHAN HIDANGAN UTAMA KELAK.





RESEPI BERIANI GAM DAGING
BAHAN NASI:
1.2 kg beras basmathi
250gm minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
2.5cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
6 ulas bawang putih | dihiris halus
2.5cm halia | dihiris halus
5 sudu makan pes rempah beriyani
100gm gajus
100gm kismis
1250ml air
Garam secukup rasa
BAHAN LAUK:
1.5kg daging
250gm bawang besar | dimayang
250gm rempah beriani
100gm rempah tumis
150gm gula Melaka
100gm daun ketumbar | dihiris
100gm daun pudina | dihiris
300ml minyak sapi
250ml madu
250ml puri tomato
250ml sos tomato
250ml sos cili
175ml susu cair
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
200gm bawang merah
150gm bawang putih
150gm halia
100gm kunyit hidup
100gm buah keras
150gm cili merah
150gm cili hijau
4 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.
5. Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.
6. Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis.
7. Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing.
8. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.
9. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.
10. Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.
11. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.


MyBloglist