Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts
Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts

Tuesday, 26 June 2018

MENGELAK ULAR SEMBUNYI BELAKANG LEMARI...

ASSALAMUALAIKUM

RUMAH PI RUMAH RENDAH BERDEKATAN HUTAN DI BELAKANGNYA...NYAMAN SUASANA SEKITARNYA...MASALAHNYA KALAU HUJAN LEBAT AKAN DILANDA BANJIR...MEMANG TAK DAYA NAK DIELAK.

TIBA MUSIM PANAS/KERING PADA BULAN JULAI-OGOS PULA RUMAH PI AKAN DIDATANGI TAMU TAK DUNDANG LAGI MENYERAMKAN...APA LAGI KALAU BUKAN ULAR..SELALUNYA ULAR HITAM.
TAKUT SUNGGUH...PERNAH SEKALI TIKA PI SEDANG SOLAT TIBA-TIBA ULAR HITAM MENJALAR KE RIBA.

MUJUR ULAR TU KECIL SAJA...PABILA DIKUIS PI YANG TERKEJUT TERUS LARI...PI MENDAPAT TAHU DARIPADA JIRAN..UNTUK ELAKAN ULAR MASUK BERSEMBUNYI DI RUANG SEMPIT SEPERTI BELAKANG LEMARI LETAKAN LIMAU PURUT..KALAU LIMAU TU DAH KECUT GANTILAH DENGAN YANG BARU....

SETELAH MENGAMALKAN PETUA INITIDAK KELIHATAN LAGI ULARMENJALAR DDALAM RUMAH...HISYH TAKUT SUGGUH DENGAN ULAR NI

Friday, 7 July 2017

KEIKHLASAN ITU..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA


Yang sulit itu adalah ikhlas..
Ketika mampu berlapang dada menerima kenyataan yang tidak di sukai, maka itulah dia "Keikhlasan"

Image may contain: text

Image may contain: ocean, text, water, nature and outdoor

USTAZAH SITI NURBAYA USMAN



Sunday, 9 April 2017

PETUA DULU DULU...

ASSALAMUALAIKUM.....

Himpunan Pantang Larang Orang Melayu Beserta Maksudnya

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang

Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap

Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti senang

Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan

Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.

Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.

Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak tido

Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung

Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis

Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian
yang di potong tu

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
- Terdapat hadis dalam perkara ini.


like page petua dan resepi fb.

Sunday, 3 April 2016

INGIN ANAK MENDENGAR KATA?

ASSALAMUALAIKUM....

TIPS AGAR ANAK MENDENGAR KATA IBU BAPA.

BUKAN MUDAH NAK MENDIDIK ANAK ANAK MASAKINI YANG TERLALU BANYAK PANCAROBA DAN DUGAAN YANG TAK MUDAH DIHADAPI KERANA SITUASINYA TIDAK SAMA DAN TELAH JAUH BERUBAH MENINGGALKAN ZAMAN EMAK DAN TOKNENEK KITA DULU.....ANAK ANAK KINI  TERDEDAH DENGAN PELBAGAI INFO SEJAK MEREKA KECIL VIA APLIKASI PELBAGAI MEDIA MAYA.....IBU BAPA PERLU ALERT DENGAN SEMUA INI AGAR INFO SAMPAH YANG MEROSAKAN TIDAK MEMUDARATKAN MINDA ANAK-ANAK....UNTUK INI KENALAH RAJIN BUAT PEMANTAUAN YA...

SEORANG USTAZ/IMAM DI KAMPUNG PI MEMBERI BEBERAPA PETUA UNTUK MELUNAKAN HATI ANAK ANAK INI DAN PERLU DILAKUKAN SEJAK MEREKA LAHIR KE DUNIA.

KETIKA TAHNIK ADAT MEMBUKA MULUT BAYI BIARKAN BAYI MENGHISAP JARI TELUNJUK IBU YANG DICELUPKAN DENGAN SEDIKIT MADU LEBAH....BERSELAWAT NABI SAMBIL BERNIAT KEBAIKAN UNTUK ANAK....DAN SELALU MENGIRIM HADIAH AYAT-AYAT SUCI DAN ZIKRULLAH KEPADA ANAK ANAK YANG DISAYANGI..

LAKUKANLAH...INSYA ALLAH...SAMBIL ITU UJUDKANLAH KELUARGA BAHGIA YANG MEMBUAT ANAK ANAK MERASA TENTERAM, AMAN, DILINDUNGI, DISAYANGI




Monday, 4 January 2016

SINKI TERSUMBAT CARA ATASINYA...

ASSALAMUALAIKUM...

DI HARI MINGGU RAMAI BERADA DI RUMAH SAMBIL CERGAS KE SANA SINI MENGEMASI SETIAP RUANGNYA....LEBIH BANYAK PULA MASA YANG DIHABISKAN DI DAPUR UNTUK MEMASAK DAN SEGALA KEGIATAN YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA

TIBA-TIBA PENING KEPALA PULA SEBAB KERJA-KERJA YANG TERGENDALA  KERANA AIR DI SINGKI TIDAK LANCAR MENGALIR MENURUNI SALURAN PAIP TAPI BERTAKAUNG DALAM SINGKI.

MASALAH BESAR TU...MANA BANYAK PULA PINGGAN MANGKUK PERIUK BELANGA  YANG PERLU DIBASUH...BAGAIMANA NAK BUAT TU? PUAS MENGEPAM DENGAN PENGEPAM PAIP YANG DIBELI KONON UNTUK DAPAT ATASI KEADAAN GINI TAPI TAK JALAN JUGA...

CARA PI MUDAH SAJA CUMA GUNAKAN CUKA DAN GARAM YANG DICURAHKAN KE DALAM SALUR SINGKI YANG TERSUMBAT TU....BIARKAN BEBERAPA JAM SEBELUM MENGGUNAKANNYA SEMULA...

BOLEH JUGA GUNAKAN CUKA DAN BAKING SODA SEPERTI YANG DITERANGKAN DI BLOG INI.mommacergas.blogspot.com ›



KALAU TERASA SINKI TAK BERAPA OK KELANCARAN AIRNYA YANG TURUN SEBELUM TINGGALKAN RUMAH KE TEMPAT KERJA GUNAKANLAH CARA PI ITU YA...INSYA ALLAH PASTI SELESAI MASALAHNYA.




Thursday, 3 December 2015

SELAMAT MALAM..

ASSALAMUALAIKUM...

MAAFKAN SEMUA KESILAPAN  SESIAPA SAJA SEBELUM MELELAPKAN MATA YA...







Tuesday, 22 September 2015

AURA WAJAH...

ASSALAMUALAIKUM….




MEMBACA AURA DI WAJAH….

Agaknya pernah tak kalau kita berhadapan dengan seseorang hati kita akan cuba-cuba membaca apa yang ada di wajahnya walau tidak jelas tertulis.

Berdasarkan kepada pandangan kita mudah saja untuk membuat kesimpulan.

Seorang lelaki yang wajahnya berseri tapi ada rona kehitaman di dahinya akan kita jumlahkan sebagai seorang yang waraq’. beriman dan rajin bersolat, wajah seseorang begini menenangkan hati kita untuk mendampinginya tanpa ada rasa curiga.

Rajin-rajinlah bersolat malam dan siang sekiranya aura wajah suci murni ingin diperolehi. Lagipun melakukan solat fardhu atau sunat adalah tuntutan Islam agama kita yang syumul.

Kadang hanya meneliti raut wajah seseorang itu hati kita berkata beliau ini seorang yang berilmu, berkarisma dan bijak amat.


Ilmu yang di dadanya terpancar di wajahnya walau kita sendiri tidak tahu sebanyak mana ilmu yang dimilikinya. Sebab itu kala melihat wajah anak-anak kita yang terpampang di mana-mana media kerana menyambung pengajian, menuntut ilmu hati kita terpesona menatap keserian wajah wajah mereka yang cantik, kacak bergaya.

Jadi kalau inginkan wajah dengan aura yang memancar-mancar serinya kenalah rajin menuntut ilmu. Tentulah ilmu kebaikan. Bukan yang sebaliknya. Dan mereka yang berilmu pelik-pelik ni auranya pun pelik juga.

Boleh juga amalkan doa-doa tika berwuduk membasuh wajah dan melihat cermin.

Dan berselawat banyak-banyak 1000 kali….tak sampai 1000 kali pun tak mengapa asalkan sentiasa tidak lupa berselawat nabi saw.

Keyakinan pada diri sendiri juga akan menyerlahkan aura positif yang akan meningkatkan semangat menghadapi kenyataan kehidupan....insyaAllah.

Thursday, 3 September 2015

KUKIRIM RINDU DI ANGIN LALU...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA.

APA YANG DIFAHAMI DENGAN FRASA PENDEK YANG MENJADI TAJUK ENTRY PI?
KEBIASAANNYA KITA AKAN TEMUI SUSUNAN AYAT INDAH INI DALAM BUKU-BUKU HIKAYAT LAMA...

PASTI KITA TERTANYA-TANYA BAGAIMANA ORANG DULU-DULU MENGIRIM PESANAN DAN RINDU DENDAM HANYA DI ANGIN LALU.

BOLEH TAK KITA MEMIKIRKANNYA DAN TIDAK HANYA MENGANDAIKANNYA SEBAGAI ANOLOGI SAJA.

SEBENARNYA KIRIMAN SUARA HATI DI ANGIN LALU LANGSUNG TIDAK MUSTAHIL DILAKUKAN....DAN KITA MEMANG DIGALAKAN MENGIRIM PAHALA BACAAN AYAT SUCI KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW...IBU BAPA...ANAK-ANAK...SAUDARA-MARA KITA DAN SESIAPA SAJA YANG TERLINTAS DI HATI KITA.
DENGAN ITU AKAN TERJALEN ERAT RASA KASIH ANTARA DIRI KITA DAN MEREKA.
INSYA ALLAH.

TIDAK LUPA PULA MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA YANG TELAH MENDAHULUI KITA KE ALAM BAQA'....ITU YANG SEWAJARNYA YANG DIBUAT KE ARAH KEBAIKAN.

APA YANG DIRISAUKAN AMAT ADALAH KALAU MENDAPAT KIRIMAN SEBALIKNYA YANG LANGSUNG TIDAK DIINGINKAN.,,,MAKSUDNYA APA PULA TU YA?

SUSAH JUGA PI NAK JELASKANNYA... DALAM FB WHATSAPP INSTGRAM DLL MEDIA MAYA TERLALU RAJIN PENGGUNANYA MENGUPLOAD GAMBAR-GAMBAR PERIBADI YANG CANTIK MANIS LAGI MEMIKAT HATI....

HMM BAGAIMANA KALAU ADA YANG MENGIRIM RINDU DENDAM DI ANGIN LALU BERUPA SIHIR YANG DIHEMBUS JAMPI KEPADA FOTO-FOTO TERSEBUT....TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN KALAU HENDAK TERKENA TAK TERELAK JUA.

SEBELUM TERJADI SESUATU YANG MEMUSIBAHKAN DIRI BAIKLAH BERINGAT-INGAT...

Koleksi Doa Bergambar



Wednesday, 19 August 2015

TIPS UNTUK WAJAH CANTIK...

ASSALAMUALAIKUM...

WAJAH SECANTIK MAWAR MEKAR PAGI.


SIAPA YANG TAK MAHU WAJAH NAN CANTIK BERSERI MENGGODA PANDANGAN SESIAPA SAJA KAN...KEYAKINAN DIRI MELANGKAH MEMBAWA DIRI MENGHADAPI APA SAJA URUSAN TIDAK MERISAUKAN.


CUBA AMALKAN TIPS YANG DIKONGSIKAN INI.....ADA KEYAKINAN MENGAMALKANNYA INSYA ALLAH TIADA YANG MUNGKIN MELAINKAN MUNGKIN...


Wednesday, 22 April 2015

KEKAYAAN SEBENAR...

ASSALAMUALAIKUM..

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH.

Hai anak Adam berpadalah dengan apa yang ada, Jikalau seseorang itu merasa cukup dengan apa yang ada sesungguhnya ia sudah kaya.

Barang siapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit sesungguhnya ia sangat yakin dengan kekuasaan Allah.

Jadilah seseorang yang bersyukur dengan nilmat Allah dan jangan ada sikap mendengki iri hati. Lakukanlah ibadah dengan penuh minat dan takwa nescaya akan mendapat nikmat kusyuk.

Kita perlu meninggalkan amalan keji juga mungkar untuk mendapatkan nikmat beribadah.

Zahir kasih sayang sekiranya seseorang itu melupakan umpat keji yang membawa keburukan.

Barang siapa yang sedikit percakapannya sempurnalah akalnya. Maksudnya sentiasa berhati-hati tatkala menuturkan sesuatu,





HARTA DUNIA

Harta yang diperolehi daripada jalan haram tidak boleh disedekahkan atau dijadikan amal ibadat. Pelbagai penipuan yang berlaku untuk memperolehi harta itu.
Hukumnya ternyata haram.

Jual beli mesti sohih agar pembelinya redha.

Harta yang ada mesti disucikan dengan zakat dan disuburkan dengan sedekah.


Thursday, 13 November 2014

HIMPUNAN PETUA DULU-DULU...

ASSALAMUALAIKUM....




Himpunan Pantang Larang Orang Melayu Beserta Maksudnya

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang

Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap

Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti senang

Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan

Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.

Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.

Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak tido

Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung

Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis

Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian
yang di potong tu

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
- Terdapat hadis dalam perkara ini.


like page petua dan resepi fb.

Saturday, 1 November 2014

EXAM...EXAM...EXAM...SEDIKIT TIPS MENGHADAPINYA DENGAN TENANG.

 Alam persekolahan sinonim sekali dengan kalimat pendek di dalam bahasa Inggeris itu. Bahasa Melayunya memberi maksud peperiksaan. Setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi  yang merisaukan dan meng elirukan itu.

Dulu-dulu kita menghadapinya hanya dengan banyak membaca dan membuat revisi. Dan kita pun selesa di dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan kertas peperiksaan.

Sekarang ini persiapan menjelang peperiksaan tidak semudah itu lantaran peperiksaan terlalu menuntut kejayaan cemerlang. Kemerlangan kejayaan di dalam peperiksaan menjanjikan hidup yang gemilang. Dan masing-masing berusaha sekeras mungkin untuk memperolehi tahap itu dengan pelbagai cara.

Ada yang memohon kepada Allah kejayaan di dalam peperiksaan melalui solat hajat dan doa-doa dan dengan rajin bertahajud sepertiga malam. Para ibu/bapa juga digalakan melakukan amalan serupa justeru doa ibu/bapa tiada hijabnya dengan Allah untuk kejayaan anak-anak.

Seorang ustaz mengatakan; tika anak-anak sedang exam, para ibu/bapa rajin-rajinlah membaca surah yasin dan hadiahkan kepada anak itu.

Dan anak-anak yang hendak mengambil peperiksaan berusahalah untuk melakukan solat sunat israk SEBELUM MASUKI DEWAN PEPERIKSAAN; mohon kepada Allah permudahkan dan sempurnakan urusan dunia hari ini sepertimana sinar mentari menyeluruhi alam ini. InsyaAllah...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI KEPADA SEMUA CALON-CALONNYA.

SEMOGA KELAK BEROLEH KEJAYAAN YANG DIDAMBAKAN SETELAH BERUSAHA KERAS INSYA ALLAH..
                                                                         

                                                                        JADUAL EXAM

WEEK 1
3 November 2014, Monday - Bahasa Melayu
4 November 2014, Tuesday- English
5 November 2014, Wednesday- Mathematics
6 November 2014, Thursday- Pendidikan Moral / Islam

WEEK 2
10 November 2014, Monday- Sejarah Kertas 1 Kertas 2
13 November 2014, Thursday- Sejarah Kertas 3

WEEK 3
17 November 2014, Monday-  Prinsip Perakaunan
19 November 2014, Wednesday- Additional Mathematics
20 November 2014, Thursday- Physics / Science

WEEK 4
24 November 2014, Monday - Chemistry
25 November 2014, Tuesday- Biology

WEEK 5
1 December 2014, Tuesday- Bahasa Cina / Arab / Tamil 
3 December 2014, Wednesday - EST 

Thursday, 9 October 2014

PENANGAN PRANK PENCIL CASE....

ASSALAMUALAIKUM...

SEBUAH KISAH SEDIH..

Penangan "prank", akhirnya mengorbankan nyawa seorang anak yatim lagi miskin yg masih berada pada tingkatan 3. Pencil case mungkin tidak bernilai bagi orang lain tetapi bagi golongan sebegini ia sangat bernilai sehingga dikatakan para cikgu menangis melihat pelajar tersebut mati selepas jatuh dari siling tetapi masih menggenggam erat pencil case tersebut.
PIC GOOGLE.

Dalam kitab Hayatus Sahabah ada menyebut tentang celaan gurauan yg melampau yg mana ada sahabat menyembunyikan sebelah sepatu seorang sahabat lagi sehingga sahabat ini tercari-cari di mana hilangnya sepatunya yg sebelah lagi. Kemudian Rasulullah menegur sahabat yg menyembunyikan sepatu tersebut dengan nada yg marah.

Memang seronok melakukan "prank" tetapi tahukah apa isi hati orang yg diperlakukan sedemikian? Lebih-lebih jika berlaku perkara seperti yang di atas yakni hingga mengorbankan jiwa. Jangan jadikan ia sebagai budaya kita.. Wallahu'lam


Like page 1001 sirah nabi..

Friday, 26 September 2014

DEMI MASA SESUNGGUH-NYA KITA INI DI DALAM KERUGIAN...




Assalamualaikum...
Salam jumaat yg mulia.

Republish.









 GRAFIK TIMELINE...MOGA KITA SAMA-SAMA BEROLEH MENAFAAT DENGAN MEMBACANYA....












Friday, 19 September 2014

DALAM KEHIDUPAN INI...

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA.



dan BERTENANGLAH SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID INI...

PIC GOOGLE








Thursday, 11 September 2014

PESANAN IMAM GHAZALI...


                                                    SALAM JUMAAT YANG MULIA.


Saturday, 23 August 2014

TIPS MUDAH BUAT PARA ISTERI...


ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT YANG MULIA...

Ustaz Don Daniyal
Tips Mudah Buat Para Isteri... 

Para isteri yang mithali, walaupun anda mepunyai pembantu rumah, pastikan juga Nasi yang dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak dengan tangan isteri sendiri kerana "Air Tangan" isteri itu ada barakahnya. 

Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yg akhir, selawat 7x dan niat ...



MyBloglist