Saturday, 30 August 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57...

HAPPY BIRTHDAY NOHAS...
HAPPY BIRTHDAY ABQORY...


KEDUA-DUANYA AKAN MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA 30 OGOS HARI INI BERSERTA RAMAI YANG LAIN JUGA  SEBELUM MENJELANG HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KEESOKANNYA.

AWAL SEHARI KAN...


NOHAS ADALAH KAWAN BLOG PI YANG SUDAH LAMA DIKENALI SELAIN IRFA DAN KESUMA ANGSANA TIKA PI MULA BLOGGING.
BELIAU RAJIN SEKALI MENEMANI PI DENGAN KOMEN-KOMENNYA YANG MENYUKAKAN HATI PI. TIDAKLAH PI MENGOMEL SORANG DIRI SAJA DI BLOG KAN.
BESAR SEKALI SUMBANGAN KAWAN-KAWAN YANG RAJIN BW NI DAN BERPAHALA JUGA JUSTERU MENJALIN UKHWAH SECARA MAYA WALAU TAK MENGENALI SECARA DEKAT. TERIMA KASIH BANYAK KEPADA KAWAN LAMA DAN KAWAN BARU PI DARI MALAYSIA DAN INDONESIA YANG SUDI BERZIARAH DAN MENEGUR PI DI BLOG KARYAKU.

TEMUILAH NOHAS YANG RAMAH DAN GEMAR MENULIS TENTANG SENIBINA DI BLOGNYA

http://al-pakri.blogspot.com/


DAN INILAH ABQORY....
CUCU PI INI LAHIR 30 OGOS TAHUN LEPAS. DAH GENAP SETAHUN USIANYA. KINI SUDAH BOLEH BERJALAN JATUH...

WAJAH COMELNYA DAN KELETAH MANJANYA MENYEBABKAN SEISI KELUARGA TERSENYUM RIANG GEMBIRA, BERBAHAGIA SENTIASA WALAU KELETIHAN DENGAN RUTIN KEHIDUPAN SEHARIAN.

DEMIKIANLAH KELAHIRAN CINTA DI BUMI MALAYSIA YANG BAKAL MELESTARIKAN KEJAYAAN NEGARA BERWARISAN. KEPADA PUTRA PUTRINYA, ANAK CUCU PI JUGA NENEK MOYANG YANG LAIN YANG MENGHARAPKAN KESEJAHTERAAN, KEDAMAIAN, KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN, KEKAYAAN NEGARA TERPELIHARA BERTERUSAN.

CINTAILAH NEGARA SEPERTIMANA KITA MENCINTAI SESUATU YANG PATUT DICINTAI SESUNGGUH HATI.
HANYA DI SINI TANAH AIR YANG KITA MILIKI DI DUNIA INI.
APALAH NASIB KITA JIKA TIADA BERNEGARA...
DAPAT BAYANGKANNYA?


Friday, 29 August 2014

GULAI MASAM TAUCU KELADI TAWAR...

ASSALAMUALAIKUM...


KELADI SEDAP DIMASAK APA SAJA. KALI NI PI KONGSIKAN RESEPI MUDAH DARIPADA DIKNA IAITU GULAI MASAM TAUCU KELADI TAWAR.

BAHAN-BAHANNYA:

1.    BEBERAPA BATANG KELADI.
2.    3 SUDU TAUCU
3.    SEDIKIT IKAN BILIS.
4.    DAUN KESUM.
5.    SEDIKIT CILI PADI.

CARANNYA

CILI PADI TUMBUK KASAR, TAUCU, IKAN BILIS, KELADI DAN DIREBUS BERSAMA SEDIKIT AIR. SETELAH KELADI AGAK LAYU MASUKAN DAUN KESUM. TAK PERLU MASUKAN GARAM SEBAB TAUCU TU DAH MASIN.

MUDAHNYA RESEPI ORANG KAMPUNG KAN... TAPI GERENTI SEDAP. TERIMA KASIH DIKNA.

.

KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA.

Tanda-tanda mereka yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat:



1.   Tidak rakus kepada dunia ingin kepada akhirat
2.   Semangat tertumpu hanya untuk beribadah kepada Allah.
3.   Tidak banyak bercakap kecuali kepada yang perlu
4.   Menjaga solat.
5.   Merendah diri dan tidak sombong.
6.   Bersahabat dengan orang solihin,
7.   Menjauhi diri daripada perkara yang haram.
8.   Pemurah dan baik.
9.   Kasih sayang kepada sesama makhluk.
10. Berguna bagi semua makhluk.
11. Selalu ingat mati.

Tanda-tanda orang yang celaka.

1.   Rakus mengumpul harta.
2.   Semangat penguasaan kewangan.
3.   Banyak bercakap.
4.   Cuai solat.
5.   Makan haram/bersahabat orang jahat.
6.   Tidak berbudi
7.   Tidak kasih kepada orang Muslim
8.   Bakhil.
9.   Lupa mati.

Thursday, 28 August 2014

KE JOLOBAK KE JELOBU...

ASSALAMUALAIKUM...



KALI ni den nak bocoghito panjang-panjang tak ado 'mood' lak. Yang ado 'moog' maleh. 'Mood' rajin ontah mano poie ea. Jadi jangan tak ado apo-apo lansung, ni ha den nak tulihkah tigo rangkap pantun orang noghoghi den. Noghoghi mano laie, Noghoghi Sombilanlah! Pantun yang dah ado sojak sokian lamo dulu. Budak-budak sokarang mungkin ado yang tak ponah donga pun pantun ni agak ea. Maso den masih kokocik laie, yang den tahu pantun ni dah ado. Ni ha deh pantun ea:-
JOLOBAK KO JOLOBU,
TUAI PADI TIGO TANGKAI;
KONO KOMAT ORANG JOLOBU,
TAK MATI BADAN MORASAI.
KALAU NAK TAHU PODEH EA LADO,
DITUMBUK-TUMBUK DIGILING-GILING;
KALAU NAK TAHU BANYAK EA JANDO,
KEK KOLOPILAH KAMPUNG SONALING.
SUNGAI SONALING AIR EA DOREH,
HANYUT KAYU LINTANG PUKANG,
KAMPUNG SONALING ADAT EA KOREH,
KAHWIN JANDO TAK BULEH HUTANG.
Pantun yang di bawah ni lak, pantun arwah oamak den dulu-dulu..
GORENG KEREPEK AMBIL SOCOKUP,
JOMOR KEREPEK DI ATEH UPEH;
SOBOLUM DAPEK TAK CUKUP-CUKUP,
BILO DAH DAPEK TAK ABIH-ABIH.
Dalam makno ea pantun arwah omak den tu! Cubo ronung, monung dan faham-fahamkanlah!
Dan pantun duo korek arwah omak den yang den masih ingat iolah:-
LONGKUEH PUCUK KANGKUNG,
SELERO PUEH BADAN MONANGGUNG,
LONKUEH TOPI KANDANG,
SELERO PUEH NYAWO BOTONDANG.
KAMBING DALAM PORAK PANJANG JANGGUT EA,
ORANG TAK ONDAK BANYAK SANGKUT EA.
PISAU BADIK BAWAK KO HUTAN,
RUPO CANTIK KOLAKUAN BAK SETAN.
Bogitulah sorobo sodikit corat-coret den malam ni sobolum den nak masuk tido ni ha....
Sokian. Tammatul Al Kalam.
FB PAK ENGKU.

NENAS...NENAS...NENAS...


ASSALAMUALAIKUM..
Republish.


ALANGKAH SUKANYA HATI JIKALAU KITA MEMILIKI LADANG NENAS YANG LUAS SAUJANA MATA MEMANDANG BEGINI. APALAGI KESEMUANYA SEDANG BERBUAH DAN SEKATA BENTUKNYA. TENTULAH KELAK MEMBERIKAN KITA PULANGAN YANG LUMAYAN SETELAH DIJUAL...

NENAS NEGARA KITA YANG BANYAK DITANAM DI JOHOR JUGA LAIN-LAIN BAHAGIAN NEGARA KITA BANYAK DIEKSPORT KE LUAR NEGARA DALAM BENTUK SEGAR, DITINKAN ATAU DIPROSES MENJADI JEM, JUS ATAU LAIN-LAIN BENTUK MAKANAN.

APABILA HENDAK BERKENDURI NENAS DIPERLUKAN UNTUK DIBUAT PAJERI YANG ENAK, DIGULAIKAN BERSAMA IKAN TALANG MASIN ATAU DIBUAT ACAR BERAMPAI TIMUN DAN LOBAK MERAH.

MUSIM DEKAT NAK SAMBUT RAYA PULA PARA SURIRUMAH TENTU TIDAK KETINGGALAN MENYEDIAKAN BISKUT, KEK, TART YANG BERASASKAN JEM NENAS...

TAK BERMINAT TANAM NENAS KE? BUKAN SUSAH PUN...TANAM DALAM PASU KALAU TIADA TANAH YANG LUAS. TANAHNYA PERLU DICAMPUR PASIR DAN BAJA ORGANIK. CANTIK JUGA MELIHATNYA SEPERTI POKOK BUNGA APALAGI SETELAH BERBUAH...







PIC FAUZIAH SAMAD TART NENAS


GULAI NENAS


nenas batu


Tuesday, 26 August 2014

JAWATAN KOSONG KERAJAAN.

ASSALAMUALAIKUM...

**EXAM PENGUASA KASTAM W41 - 06 SEPTEMBER 2014**

Sila SHARE/TAG kepada rakan-rakan anda yang bakal menduduki peperiksaan ini pada 6 September nanti

---> http://infokerja2u.com/tips-dan-panduan-calon-penguasa-kastam-w41-6-september-2014

Photo: **EXAM PENGUASA KASTAM W41 - 06 SEPTEMBER 2014**

Sila SHARE/TAG kepada rakan-rakan anda yang bakal menduduki peperiksaan ini pada 6 September nanti

---> http://infokerja2u.com/tips-dan-panduan-calon-penguasa-kastam-w41-6-september-2014

Monday, 25 August 2014

CEKODOK JAGUNG ISTIMEWA...

ASSALAMUALAIKUM....

JAGUNG ENAK SEKALI WALAU HANYA DIREBUS SAJA. TERUTAMA JAGUNG MANIS. KALAU RAJIN SEDAP JUGA DIBUAT BUBUR, PUDING DAN LAIN-LAIN.

PI PULA GEMAR MAKAN CEKODOK JAGUNG . KALAU TERJUMPA JAGUNG YANG DIJUAL MESTI DIBELI UNTUK DIJADIKAN CEKODOK UNTUK SARAPAN PAGI ATAU HIDANGAN MINUMAN PETANG.



TIDAK  SUSAH NAK BUAT CEKODOK JAGUNG NI, CUMA PERLU SEDIAKAN:

1.   JAGUNG 3 KETUL DIHIRIS NIPIS DARIPADA EMPULURNYA.
2.   TEPONG GANDUM 300 GRM.
3.   BAWANG MERAH 4 BIJI, DIMAYANG NIPIS.
4.   CILI KERING 3 TANGKAI, DITUMBUK HALUS....SIKIT JER TU TAK PAYAH NAK BLEND. BOLEH JUGA DIGANTI DENGAN HIRISAN CILI HIJAU/CILI MERAH.
5.   UDANG KERING IKUT SUKA BANYAKNYA DITUMBUK HALUS.
6.   TELOR SEBUTIR.
7.   SEDIKIT KUNYIT KALAU SUKA.
8.   GARAM SESUKA RASA DAN SESUDU GULA.
9.   DAUN KUCAI/DAUN BAWANG DIPOTONG PENDEK.

CARANYA:

CAMPUR SEMUA BAHAN YANG DISEDIAKAN KE DALAM TEPUNG GANDUM GAUL RATA DENGAN DIMASUKAN AIR SEJUK MENGIKUT KEPERLUANNYA. AGAK-AGAKLAH YA. TIDAK TERLALU LEMBIK/CAIR ATAU TERLALU PEKAT. BIAR SENANG MENJEMPUTNYA DENGAN TANGAN ATAU SUDU TIKA MELEPASKANNYA KE DALAM MINYAK PANAS UNTUK MENGGORENGNYA.


Pic zielaneda.blogspot.







Sunday, 24 August 2014

FB OH FB...SENYUM SIKIT..

ASSALAMUALAIKUM...

KALAU BINATANG ADA FACEBOOK BEGINILAH JADINYA
Inilah catatan yang dapat dikutip dari sebahagian frenz saya …
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang, burp... Alhamdulillah…
CICAK : Isteriku tersepit pintu!
AYAM : Kawan2…kalau esok aku tak update…bererti aku sudah di goreng….I luv u all… jangan lupa buat kenduri arwah untuk aku yaa..
KUCING: Baru je add awek sebelah rumah… keturunan PARSI beb!!!
IKAN EMAS: Bilalah boleh makan makanan yang sedap sikit. Asyik-asyik biji-biji kecik warna warni tu je. Hello, I muak okeyyyy!!
KATAK: Harap-harap malam ni hujan, lama betul tak main air hujan, rinduuuu....
KAMBING: Gatalnya badan ni, hmm kejap lagi la mandi. malaslah pulak....
UnlikeFB NORADABI ROSDI.

Saturday, 23 August 2014

TIPS MUDAH BUAT PARA ISTERI...


ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT YANG MULIA...

Ustaz Don Daniyal
Tips Mudah Buat Para Isteri... 

Para isteri yang mithali, walaupun anda mepunyai pembantu rumah, pastikan juga Nasi yang dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak dengan tangan isteri sendiri kerana "Air Tangan" isteri itu ada barakahnya. 

Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yg akhir, selawat 7x dan niat ...



ZYWHER DAN KELAS PERPADUANNYA...

ASSALAMUALAIKUM...
pic google untuk hiasan.

unik nama ini kan. Seunik yang empunya diri juga. Zwyher ini adalah anak saudara kepada cik Jazam Lusah pemilik toko yang menjual akhbar dll juga seorang aktivis masyarakat setempat yang dikenali ramai. 

Aku mengenali mereka dengan baik kerana setiap hari mengulang ke toko itu untuk mendapatkan akhbar langganan pejabatku. Cik Jazam sering menggalakan aku menulis bersungguh-sungguh. 

Namun anggapanku tidak pula begitu. Aku menulis sekadar suka-suka. Entah kenapa terbetik pula hasrat untuk menulis tentang anak saudaranya dalam bentuk berita profile kerana keaktifan gadis itu melibatkan diri dalam persatuan belia disamping jawatannya sebagai guru tadika dan guru kelas perpaduan. 

Aku dapatkan sekeping potretnya untuk kusertakan bersama rencana yang telah siapku taip itu. Beliau bersetuju saja dengan kemahuanku. Setelah mengirimkannya ke Utusan Malaysia kerjaku setiap hari adalah menyelak lembar akhbar itu. Manalah tahu kot disiar tulisanku itu. 

Memang ada rezekinya. Cerita zwyher disiar dalam ruangan wanita akhbar itu. Cantik sekali wajahnya tertera di dada akhbar. heboh orang kampung tentang cerita Zwyher masuk suratkhabar. 

Zwyher pula mendapat banyak kiriman surat daripada peminat-peminat yang ingin mengenalinya ekoran topiknya yang kutulis itu. 

Setiap karyaku yang disiarkan dalam UM mendapat wang honor yang dikirim dalam bentuk cek. Ternganga aku. Maklum takpernah tahu tentang cara2 penggunaan cek-cek ini. 

Cik jazam menyelesaikan masalahku dengan mudah. Beliau seorang ahli bisnis mestilah tahu. Cek-cek itu kuberikan saja pada Cik Jazam. dan diberikan pula nilainya yang setara kepadaku. Cek-cekku itu dimasukan ke dalam akaunnya.

Mudahnyalah kan...tidak payah bersusahpayah ke bank menukarnya....

Friday, 22 August 2014

TERBANG PULANG....

SELAMAT PULANG...

Putra putri tanahair...
kini selamat pulang...
membawa tandatanya kelewatan penerbangannya...
dan persoalan-persoalan yg lambat terjawab...
membiarkan emosi, sebak, pilu, menguasai situasi.

selamat pulang ke tanah tercinta
walau hanya jiwa yang suci mulia
namun seluruh isi negara menyambutmu hiba...
dengan tidak putus berdoa...

angin menderu mengiring pulangmu
kemboja putih menghampari pusaramu
keharumannya seolah nafasmu.

Innalillah ilaihi rojiun
daripadanya kita datang kepadanya kita kembali.
Alfatihah.

pic The Star.

Thursday, 21 August 2014

ALFATIHAH, DOA, TAFAKUR, SILENT...

ASSALAMUALAIKUM...


Rakyat bertafakur serentak bagi menghormati jenazah MH17 pada 22 Ogos
HISHAMMUDDIN: Semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.

"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini, hari ini.

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

Wednesday, 20 August 2014

Bunga-bunga kesukaan lebah madu...

ASSALAMUALAIKUM...

MADU LEBAH ADALAH MAKANAN SUNAH NABI YANG PATUT JADI AMALAN JUSTERU IANYA AMAT BAIK UNTUK KESIHATAN. DAN KITA PATUT JUGA AMBIL TAHU BUNGA-BUNGA YANG MENJADI PILIHAN LEBAH UNTUK MENGHASILKAN MADU BERMUTU. KEBANYAKANNYA ADALAH DARI JENIS BUNGA YANG MENGANDUNGI NEKTAR/SARI BUNGA.


POHON KALIANDRA ,MEMILIKI BUNGA YANG TERDAPAT NEKTAR,TETAPI TANPA TEPUNG SARI,TANAMAN INI BERBUNGA SEPANJANG TAHUN,DAN AKAN BERBUNGA RAYA  SELAMA 9 BULAN ,WARNA NEKTAR KALIANDRA KUNING KEHIJAU HIJAUAN

Mielfiera.com
KALIANDRA
KALIANDRA
BUNGA RANDU MEMILIKI NEKTAR DAN BEE POLLEN SANGAT BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN LEBAH
TANAMAN PAKAN LEBAH
TANAMAN PAKAN LEBAH
BUNGA TEMBAKAU MEMILIKI NEKTAR DAN TEPUNG SARI
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
POHON KARET MEMILIKI NEKTAR DAN TIDAK MEMILIKI TEPUNG SARI
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA DURIAN MEMILIKI NEKTAR DAN JUGA MEMILIKI TEPUNG SARI
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA RAMBUTAN MEMILIKI NEKTAR
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA KANGKUNG MEMILIKI NEKTAR DAN BEE POLLEN
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA MANGGA MEMILIKI NEKTAR
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA KOPI MEMILIKI NEKTAR DAN BEE POLLEN YANG BAGUS
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA DARI POHON PUSPA  MEMILIKI NEKTAR DAN BEEPOLLEN
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA MATAHARI MEMILIKI NEKTAR DAN BEE POLLEN
BUNGA MATAHARI
bunga jagung memiliki bee pollen
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
bunga palm memiliki bee pollen
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
bunga akasia memiliki bee pollen
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
BUNGA YANG DISUKAI LEBAH
bunga albasia memiliki nektar adn bee pollen
 sc yamaha x-wave..
sc yamaha x-wave..
bunga klengkeng memiliki nektar
 sc yamaha x-wave..
sc yamaha 

Tuesday, 19 August 2014

Rerama putih

Rerama putih...



Terbanglah hai rerama putih ke rimba dara yang rimbun
lagi redup
bukan lagi sekadar berjuntaian di birai lampu
yang semakin suram dan malap cahayanya

jauhkan dirimu dari ranjang rindunya
biarkan kesepian terus mengulitinya
biarlah...
biarlah

Wahai rerama yang pernah hinggap
di sanggul nostalgia
yang pernah menjuraikan
titis jernih air mata
dek tersilau kerna kemilau kebahagiaan

kau semakin jauh reramaku
rimba dara itu telah menelanmu

maafkanlah tatkala lembar silam itu
terselak kembali
kadang-kadang ingin sekali
melihatmu berada di ranjang rindu ini.