Tuesday, 15 July 2014

KEK LAPIS SERAWAK..

ASSALAMUALAIKUM...

APA KATA HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI NI KITA CUBA BUAT SENDIRI KEK LAPIS SERAWAK SEBIJI DUA UNTUK MENJAMU TETAMU-TETAMU KITA.

HENDAK MEMBELINYA BOLEH JUGA...TAPI AGAK MAHAL SEDIKIT HARGANYA. MAKLUMLAH ALASANNYA KAN SEMUA  BARANGAN YANG DIGUNAKAN DAH NAIK HARGANYA.

TAPI JIKALAU DIBUAT SENDIRI, DENGAN HARGA SEBIJI KEK KITA BOLEH DAPAT 4 BIJI KEK KOT....

KEK NI AGAK RUMIT SEDIKIT CARA BUATANNYA. NAMUN HASILNYA BERBALOI, CANTIK DAN SEDAP.

Semua pic google untuk hiasan.

RESEPI DIKONGSI DARIPADA MYRESEPI.BLOGSPOT. TERIMA KASIH YA...

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci
Dscn0718

17 comments:

  1. warna kue lapis nya kok unik2 sangat yah ....hehehe

    ReplyDelete
  2. motif cakenya seperti kain tenun, sedap dipandang, sedap pula untuk dimakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pelbagai motifnya...cantik n sedap...tq Kang Ucop

      Delete
  3. proses buat kek lapis ni bukan spt buat kek span..walaupun harga bahan yang digunakan tu agak 'murah' kosnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Sue Bee org Sarawak mesti pakar buat kek ni...tq

      Delete
  4. Replies
    1. benar tu kesedapan berganda...tq Muhammad :Khairuddin Lim.

      Delete
  5. Cantik sungguh kek lapis Serawak ni! Nak membuatnya pun agak sukar dan cerewet...sebab itu ianya sangat unik dan menarik! Bak kata MKL... Sedap dipandang, sedap dimakan...

    p/s: Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat Kak Paridah dan keluarga... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek lapis serawak ni berbeza rupa n buatannya drpd kek2 biasa agak rumit sedikit tapi hasilnya mmm.....terima kasi banyak BM sudi doakan kbgian kak sekeluarga sempena keberkahan nuzul quran..kak juga doakan yg serupa utk dik BM sekeluarga..amin insya Allah..

      Delete
  6. Cantik dan sedap tapi satu lecehnya nak buat.
    Jujur kakak tak pernah buat kek lapis sarawak ni. Bila baca cara pun aduhai macam tak terbuat ajelah PI:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh nk buat kek ni...tapi sesekali kena cuba juga kakzakie...kalau rajinlah...tapi kak ni sah2 xrajin heh..heh...tq

      Delete
  7. Cantik dan unik :D Tak pernah nampak..

    ReplyDelete
  8. rajin blogwalking...tq Muhamma Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  9. Bunda Pernah tinggal diSarawak..masa hari raya kek saja ada 5 6 macam atas meja...biskut adalah 2 3 jenis saja...itu tak masuk dengan juadah basahnyer..

    Berbeza kita kat sini banyak biskut dari kek....

    ReplyDelete
  10. Nak belajar gak nanti tapi tepung hong kong tu tak pernah pulak zumal jumpa ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist