Saturday, 19 July 2014

KUBAH MASJID SUJUD KE BUMI...?

ASSALAMUALAIKUM..

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Karya Noradabi Rosdi.

Photo: CERITA YANG SAYA PAPARKAN BUKANLAH CERITA LAWAK. BACA DAN FIKIRKANLAH BERSAMA. SEMOGA KITA BEROLEH SESUATU. INSYA-ALLAH.

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

12 comments:

  1. Replies
    1. dh hujung ramadan ni terkenangkan kampung laman nan indah...tq MKL..

      Delete
  2. Kubah di tanah betul juga kalau dah malam-malam akhir ramadahan ni mungkin juga Lailatul-qadar... kesian tak pasal-pasal kena marah abah.

    Garapan cerita menarik ni PI. Kakak suka baca cerpen sebenarnya. Pendik macam ini pun penuh pengisian..

    ReplyDelete
  3. Abah dulu2 garang n tegas walau pada anak2 yg dh besar..sdra noradabi ni juga kwn penulis kak yg aktif menulis era 80-an dulu...beliau suka menulis cerpen n skrip drama radio. karya2 beliau mmg bermutu tinggi..tq kakzakie.

    ReplyDelete
  4. hahaha... ternyata sedang direnovasi, ketahuan nggak pernah kemasjid jadi nggak tau, hehehe...

    ReplyDelete
  5. abahnya terlupa anaknya baru pulang nak beraya n xtinggal di kampung lagi...sa mlm ramadan tu...tq comtel cell.

    ReplyDelete
  6. Bengkeng betul abahnyer...sian anak...demi menghormati abah, diam jer lah..jangan nak menjawab..

    ReplyDelete
  7. gitulah anak n ayah era dulu2 jgn berani nk menjawab...tq BUNDA...

    ReplyDelete
  8. kesian tak pasal2 jer kena hamun ngan abah... :)

    ReplyDelete
  9. abah ingat anaknya tu kecil lagi kot...tq idah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist