Tuesday, 29 July 2014

SELAMAT HARI LAHIR JEE...SALAM IDULFITRI...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN MYSIL JEE @ FAUZIAH ABD.SAMAD...SATU-SATUNYA ADIK IPAR PEREMPUAN YANG PI MILIKI. BELIAU INI SEORANG YANG RAMAH, BAIK HATI DAN BERSIKAP RENDAH DIRI WALAUPUN SEORANG PERSONALITI YANG DIKENALI.

SEMOGA SENTIASA SIHAT WALAFIAT, MURAH REZEKI, BERBAHAGIA SELALU, PANJANG UMUR DAN SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT ALLAH YANG BERKAH. SALAM IDULFITRI UNTUK JEE, NADIA, PAZELI, MAAF ZAHIR BATIN SEMUA SALAH SILAP YA...

PI BERBLOGGING PUN ADALAH DORONGAN BELIAU DAN SUAMINYA ADIK PI. DENGAN MENUMPANG BLOGLIST BLOG DAPUR KJEE KEPUNYAAN BELIAU YANG SANGAT DIMINATI PENGGEMARNYA DAPATLAH BLOG PI/KARYAKU BERNAFAS SEDIKIT HINGGA KINI.
FauziahSamad.com
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK JEE/SUAMI KERNA SERING MEMBANTU KESUSAHAN KESUSAHAN KAKAKNYA YANG SATU INI...

HAPPY BIRTHDAY JEE MY SIL YANG DISAYANGI...

Semua pic fauziah samad com.

Friday, 25 July 2014

SALAM IDILFITRI....

ASSALAMUALAIKUM...

SUKANYA HATI MASING-MASING MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERJAYA MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN SUNAT DAN WAJIB DENGAN SEMPURNA. WALAU TETAP MERASA SAYU KERNA BULAN YANG MENJANJIKAN BANYAK KEBERKAHAN DAN GANJARAN PAHALA BERGANDA MULAI MENGANSUR DIRI...

DAN SYAWAL BERTAKBIR MEMBAWA IDILFITRI YANG DINANTI DENGAN SENYUM BERSERI...

KAMPUNG HALAMAN MELAMBAI PULANG. RIANG DAN MERIAH DAPAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DI DESA TERCINTA NAN INDAH.


SEMPENA LEBARAN YANG DIRAI PI UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IDILFITRI KEPADA KAWAN-KAWAN BLOG DAN FB JUGA SEMUA KAWAN-KAWAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA YANG RAJIN KE BLOG KARYAKU MELALUI URL, GOOGLE, FB, DAPUR KAK JEE JUGA BLOG KAWAN-KAWAN/REFERRING SITE YANG LAIN. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KESUDIAN KALIAN MERIAKAN HATI PI PENULIS YANG MENCORET SUARA MELALUI TULISANNYA




PI MOHON AMPUN SALAH SILAP JIKALAU ADA TULISAN YANG TIDAK BERAPA DISENANGI...ALMAKLUM KITA KAN TIDAK MAKSUM DAN KESILAPAN KADANG TIDAK TERSENGAJA DILAKUKAN.

KEPADA KAWAN-KAWAN BLOGGER YANG RAJIN MEMBALAS TULISAN PI DENGAN KOMEN-KOMEN MEMBINA PI AMAT BERTERIMA KASIH SEKALI...PERKENALAN DENGAN KALIAN DI RUANG MAYA AMAT BERMAKNA DI HATI PI. DIMANA SAJA ANDA BERADA PI SERING DOAKAN KEBAIKAN KAWAN-KAWAN.
KEGEMBIRAAN DI IDILFITRI YANG INDAH RAIKAN SEBAIKNYA DENGAN BERZAKAT FITRAH SEBELUM BERAKHIR RAMADAN ATAU DI PAGI SYAWAL.

ERATKAN SILATURAHIM DENGAN KUNJUNGAN KE RUMAH SAUDARA MARA JIRAN TETANGGA SEPERTI YANG TELAH KITA AMALKAN SEKIAN LAMA SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN JUADAH DAN KUIH RAYA YANG BERANEKA.

RAMADAN TELAHPUN MENGHILANG
SYAWAL PULA YANG MENJELANG.

GEMA TAKBIR DI SUBUH HARI

HATI TERKENANG KEPADA YANG PERGI...

SEDIH RASA TIDAK TERKATA

NAMUN TERPAKSA RELAKAN SAJA.

SALAH DAN SILAP MOHON DIAMPUN

SEPULUH JARI KEMAS TERSUSUN.

IDILFITRI HARI LEBARAN

BERSAMA-SAMA KITA RAYAKAN...

Thursday, 24 July 2014

MH 17, MH 370 YANG DIKENANG...

ASSALAMUALAIKUM...

MH17 : BILA AKU MENDONGAK KE LANGIT DAN SENYUM LALU KAU KETAWAKAN AKU...NESCAYA KAU AKAN KU LEMPANG KUAT-KUAT!
Beberapa minggu di perantauan untuk urusan kerja jangkapendek cukup lama juga untuk buat kita rindu bau tanah dan udara Malaysia. Biarlah jerebu mahupun berbau, tanah ini tanah aku. Dari baju kulit kambing bertukar baju t-shirt senipis "Pagoda" pun rasa macam nak buka juga panasnya Malaysia ni tapi ini tanah aku...panas-panaspun aku suka.
13 Jam terbang dari O'hare Chicago sampai ke Hong Kong menaiki pesawat penerbangan jenama Amerika cukup membosankan. Tetapi sejurus bertukar ke MH...semuanya terasa seperti di rumah sendiri. Disambut dengan senyuman pramugari dan pramugara yang menyapa
"Apa khabar encik" (Woww...cakap Melayu...dah 2 minggu tak dengar orang cakap Melayu"
Ditambah pula dengan tray di hadapan penyambung antara aerobridge dan pesawat ada terhidang Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa suratkhabar yang sangat familiar rupanya. Kucapai juga walaupun jika di Malaysia, tak pernah kubeli dan kubaca suratkhabat itu kecuali muka aku masuk dalam rencananya (barulah nampak aku borong sampai 10 naskah untuk diedar bagi pada orang kampung termasuk Pak Bilal yang meroyan tak dapat bermenantukan aku...dulu eksyen).
Duduk sahaja dalam pesawat, dah mula rasa macam di Malaysia. Sedangkan masih jauh lagi. Juruterbang pesawat membuat pengumuman dalam Bahasa Melayu, pramugari berbahasa Melayu, Ahbeng dan Ahseng yang bercakap dalam telefon menggunakan Bahasa Manglish (The one with "...Maaa" and "...mehh" in the end of many sentences) tak dilupa Makcik-makcik yang baru balik shopping di Harbour Front sambil membanding-banding cincin siapa lagi mahal...tapi masih dua-dua sama dengan aku duduk kelas Ekonomi (mungkin low-profile).
Dalam movie playlist pula ada cerita-cerita Melayu hasilan David Teoh yang sumpah aku tak panjat wayang kalau nak tengok tapi aku layan juga pasal dalam penerbangan itu dah rindu yang "melayu-melayu" maka cerita Melayu kelas ke-3 pun dilayankan juga. Dalam hati...kelakar juga sambil-sambil membuat kritikan ala Hassan Mutallib pada setiap plot dan sinematografinya.
Pernah dahulu terbang dari Saudi untuk pulang ke Malaysia, dihadiahkan pula dengan 3 dozen kacang Malaysia Airlines oleh seorang pramugara yang meminati karya fotografi ku. Berkaca mata aku tengok kacang-kacang yang dibungkus dengan tisu dapur (untuk cover jgn orang nampak)...katanya nanti orang lain nampak orang lain pun nak banyak macam tu.
Touch-down sahaja, aku sudah gembira macam sudah sampai ke rumah memeluk anak dan isteri. Alhamdulillah. Selimut MAS (pernahlah sekali), Going Places (setiap kali) dan kalau dulu ada sudu-sudu besi berlogo MAS memang selamat masuk dalam beg sebagai cenderamata. Janganlah gelak, aku tahu korang pun begitu juga (harapnya ini bukan sebab kerugian MAS).
Pernah sekali, sewaktu berada di tengah Kota London ternampak kelibat MH berlegar dalam putaran besar untuk menunggu giliran mendarat di Heathrow lalu aku berhenti serta mendongak ke langit dengan tangan di dada. Pelanggan Inggeris aku bertanya...mengapa kamu mendondak dan tersenyum sendiri?
"Aku sedang melihat...BENDERA NEGARAKU SEDANG DITERBANGKAN di atas langit kamu".
Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan
SAIFUL NANG
Sumber facebook

ZAKAT FITRAH DAH BAYAR?

ASSALAMUALAIKUM...

 SEBELUM BALIK KAMPUNG BAYAR ZAKAT FITRAH DAHULU DI TEMPAT KITA MENCARI REZEKI. CARA BEGITU SANGAT DIGALAKAN AGAMA KITA..




FB Noradabi rosdi.
PIC GOOGLE.

Wednesday, 23 July 2014

GUBAHAN BUNGA BARU....

ASSALAMUALAIKUM...

MENATA RIAS RUMAH DENGAN GUBAHAN-GUBAHAN DI SUDUT-SUDUT TERTENTU RUANG TAMU PASTI AKAN MENAIKAN LAGI SERI KEINDAHANNYA. GUBAHAN-GUBAHAN BUNGA YANG LAMA PERLU DIGANTI SELALU AGAR SUASANA YANG DITATAPI SETIAP HARI TIDAK MENJEMUKAN.....

PILIHLAH GUBAHAN-GUBAHAN BUNGA YANG CANTIK DI SINI ANDAINYA BERKENAN...KALAU RAJIN BOLEH GUBAH SENDIRI TENTU MENJIMATKAN KOS DARIPADA MEMBELINYA DI KEDAI....

LAGIPUN DAH TAK LAMA LAGI NAK RAYA NI...SELAIN MENYEDIAKAN PELBAGAI KUIH-MUEH DAN JUADAH UNTUK HIDANGAN TETAMU, SETIAP RUANG RUMAH PERLU DIRAPIKAN JUGA DENGAN PERHIASANNYA.

GUBAHAN JAMBANGAN BUNGA SUDAH JADI KEMESTIANNYA MENJADI PILIHAN KEBANYAKAN WANITA.

PIC TIMELINE...




PIC GOOGLE




Tuesday, 22 July 2014

RAYA....RAYA...RAYA....BILA TU?

ASSALAMUALAIKUM...

Kuala Lumpur - Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Ia meliputi Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Putatan di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Baru dan Simpang Empat di Perlis.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2014/07/ahad-tarikh-melihat-anak-bulan-syawal.html#sthash.7PNTrPEY.dpuf

Monday, 21 July 2014

BERSAHUR DI GAZA...IFTAR DI JANNAH..

ASSALAMUALAIKUM...




BAGI mereka yang mempunyai kenalan atau saudara mara di Genting Gaza, Palestin, ungkapan 'bersahur di Gaza dan berbuka di Jannah' akan sentiasa bermain di bibir.

Ungkapan itu semakin ketara ketika ini di saat tentera rejim Zionis sedang memperhebatkan serangan ke atas 1.8 juta penduduk Gaza walaupun menerima asakan bertalu-talu daripada briged Izzuddin Al-Qassam, sebuah cawangan ketenteraan Hamas.

Bedilan roket setiap hari yang diterima penduduk Gaza yang kini mencapai sehingga 2,477 dari darat, laut dan udara, membuatkan penduduk Gaza tidak mampu untuk ke mana-mana.

Tiada tempat perlindungan daripada ancaman bedilan bom, tidak seperti Israel yang menyediakan kubu pertahanan bawah tanah dengan siren amaran serangan roket.

Di Gaza, anda hanya mempunyai masa sekitar 40 saat untuk lari meninggalkan rumah kesayangan jika diberi amaran ancaman oleh tentera rejim Zionis. Tiada siren. Dengan masa itu apa yang mampu anda bawa bersama?

Tentera rejim Zionis membaham apa sahaja yang ada di sekeping tanah yang bernama Gaza dengan hanya berkeluasan 360 kilometer persegi. Kereta, rumah orang awam, sekolah, bangunan kerajaan, hospital dan yang terkini, masjid.

Sudah lebih 47 tahun penduduk Gaza dikepung sejak peperangan enam hari dengan Israel yang menyaksikan tentera rejim Zionis itu berjaya menduduki Genting Gaza. Kini keadaan bertambah buruk.

Sejak itu, mimpi ngeri penduduk Gaza bermula. Mereka tidak dapat keluar masuk dengan bebas sebagai sebuah negara berdaulat. Mereka bersempadanan dengan Israel sejauh 51 kilometer (km) dan dengan Mesir (11km).

Pesisir pantai sepanjang 40km turut dikuasai oleh tentera Zionis sehingga memaksa nelayan-nelayan Gaza hanya menangkap ikan sekitar tiga batu nautika dari Gaza sahaja. Melepasi jangkauan itu, mereka akan ditembak tanpa soal siasat.

Kemenangan Presiden Mesir kelima, Dr. Mohammad Mursi pada 30 Jun 2012, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk Gaza yang diberi kelonggaran untuk keluar masuk pintu sempadan di Rafah.

Jika sebelum itu pelbagai keperluan, makanan dan bahan api termasuk kenderaan dibawa masuk melalui terowong bawah tanah yang dibina antara Gaza dan Mesir, kini mereka diberi kelonggaran untuk membawa pelbagai keperluan itu secara sah melalui sempadan Rafah.

Namun, kemelut perebutan kuasa di Mesir sehingga berlaku kudeta terhadap pentadbiran Mursi menyaksikan kebanyakan terowong bawah tanah ini dimusnahkan. Pintu sempadan Rafah juga ditutup untuk penduduk Gaza.

Bermula dari itu, rejim Zionis mula 'meratah' penduduk Gaza yang semakin terkepung tanpa belas kasihan.

Kemuncaknya, tentera rejim Zionis memulakan Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) sejak 10 Ramadan lalu dengan membedil hampir sebahagian besar kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi di Gaza sama ada di kawasan berdekatan Rafah, Khan Younis ataupun Beit Lahiya.

Serangan bertalu-talu itu menyebabkan 172 orang awam yang tidak berdosa gugur syahid termasuk 36 kanak-kanak.

Bapa yang keluar bekerja waktu pagi kemungkinan tidak akan kembali ke rumah. Anak yang ke sekolah pada waktu pagi, tidak akan kembali pada petangnya, muadzzin yang mengalunkan azan Asar, kemungkinan tidak akan mengazankannya pada waktu Maghrib, rumah yang dibina beratus tahun untuk sebuah keluarga akan lenyap dalam sekelip mata.

Sebuah keluarga boleh bersahur bersama di Gaza, namun kemungkinan tidak semua ahli keluarga itu akan berjumpa ketika berbuka puasa. Semua itu berkemungkinan.

Presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS), Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan untuk membebaskan Palestin, kita perlu berjihad sehingga ke titisan darah terakhir, insya-Allah ganjaran syahid akan diberikan Allah.

Sehubungan itu, penduduk terutama orang Islam yang berada di bumi Gaza dengan izin Allah pasti akan menerima ganjaran syahid jika terkorban di sana kerana mempertahankan bumi tanah kelahiran Imam As-Syafie itu.

Itulah sebabnya mereka mengatakan mereka akan berada di Jannah. Malah, ada sekeping gambar yang kini berlegar-legar di laman sosial menunjukkan tulisan di dinding sebuah rumah yang runtuh di Gaza tertera: "Maaf, kami tidak dapat menerima sebarang tetamu kerana kami sudah berada di Jannah."
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sunday, 20 July 2014

Pesona bahasa

ASSALAMUALAIKUM..

Alangkah indah alangkah molek
anak manis berwajah cantik

Terpesona anggun perawan ayu
budi bahasa serlahkan dulu

Lembut alun tutur bahasa
sopan santun pengikat kata

Cair hati tumpah perasaan
lunak bahasa tambah menawan

Budi bahasa budaya mulia
rupa diri bangsa sempurna

Ke mana pergi di mana saja
budi bahasa kekal bersama

Yang kurik kendi yang merah saga
yang cantik budi yang indah bahasa

SIAPA YANG HARUS KITA PERCAYA?

ASSALAMUALAIKUM...

PILU HATI MENGENANGKAN INSIDEN MAS MH17 YANG DITEMBAK JATUH DI RUANG ANGKASA PERANG YANG BERGOLAK ANTARA UKHRAINE DAN RUSSIA YANG  MENGORBANKAN  RATUSAN NYAWA YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN KONFLIK NEGARA-NEGARA TERLIBAT.

TERASA KEGEMBIRAAN KITA HENDAK MENYAMBUT IDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAMA LAGI TELAH LUNTUR BERSAMA KESEDIHAN MERATAPI KEHILANGAN SEBAHAGIAN DARIPADA DIRI KITA.

TAPI KENAPA MH 17 YANG HARUS MENJADI MANGSA KEADAAN YA?

DAN CUBA KITA BACA TULISAN DATO' IDRIS BUANG TENTANG INI...
UKRAINE'S  NEW  JEWISH  RULERS (Click to expand)
MH17 : SIAPA DALANGNYA YANG MENEMBAK PESAWAT KITA? DAN MENGAPA? INILAH PERSOALAN YANG PERLU PENELITIAN YANG RAPI. SEMAKIN SAYA MENCARI CARI JAWABANNYA SAYA SEMAKIN TERLIHAT PAPARAN BEBERAPA BULAN INI DALAM INTERNET - 

APA KAH ADA KAITAN PERGERAKAN ZIONIS UKRAINE DIBELAKANG KEJADIAN INI? ADAKAH NAHAS MH17 SENGAJA DIBUAT AGAR DUNIA BERALIH PERHATIAN DAN MELUPAI SEJENAK NASIB GAZA DAN PALESTIN YANG SEKARANG INI DIBEDIL DENGAN LEBIH KEJAM OLEH ISRAEL ZIONIS? 

APAKAH KERANA MLAYSIA TERLALU LANTANG MENENTANG KEKJAMAN ISRAEL ZIONIS MAKA IANYA DAN PESAWATNYA MENJADI SASARAN YANG MUDAH LAGI TERBAIK? 

RUPA-RUPANYA UKRAINE ADALAH SEBUAH NEGARA BARU DIKUASAI ZIONIS DAN MEMPUNYAI AGENDA DAN SOKONGAN AMERIKA SYARIKAT. 

BEBERAPA BULAN YANG LEPAS KERAJAAN UKRAINE YANG SAH DIPILIH TELAH DITUMBANGKAN OLEH PIHAK PEMISAH YANG ADA KAITAN DENGAN JEW-MAFIA DARI MOSCOW YANG MENENTANG VLADAMIR PUTIN .

IA ( PIHAK PEMISAH YANG MERAMPAS KUASA) JUGA DI KETUAI OLEH SEORANG BERNAMA " DELTA" SEORANG BEKAS TENTERA IDF ISRAEL. PIHAK INI MENENTANG RUSSIA SAMBIL MEMASTIKAN YAHUDI ZIONIS BERKUASA DI UKRAINE SEPERTI SEKARANG.PRESIDEN 

DAN PERDANA MENTERI UKRAINE SEKARANG ADALAH YAHUDI ZIONIS YANG DISOKONG OLEH AMERIKA DAN ISRAEL.SILA BACA LINK-LINK INI.....Apakah dia peranan CIA dalam isu Ukraine ini? 

Apakah ada kaitan peristi MH17 ini dengan apa yang terjadi diGaza dan juga Ukraine serta 'intrigue' atau muslihat politik Amerika Syarikat dan Pergerakan Zionis sedunia.? Atau apakah Russia juga ada muslihat yang lain?
http://socioecohistory.wordpress.com/2011/03/26/bolshevik-jews-plotted-the-ukrainian-holocaust/


DAN TAJUK DI ATAS PASTI TIDAK MENGELIRUKAN KERANA YANG TERNYATA MENANGANI MASALAH INI ADALAH KEDUA-DUA NEGARA TERLIBAT YANG BERMUSUHAN...

Saturday, 19 July 2014

KUBAH MASJID SUJUD KE BUMI...?

ASSALAMUALAIKUM..

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Karya Noradabi Rosdi.

Photo: CERITA YANG SAYA PAPARKAN BUKANLAH CERITA LAWAK. BACA DAN FIKIRKANLAH BERSAMA. SEMOGA KITA BEROLEH SESUATU. INSYA-ALLAH.

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

KESEDIHAN-KESEDIHAN YANG MERANAPKAN JIWA...

ASSALAMUALAIKUM...

MASYAALLAH...DALAM DUA SITUASI BERBEDA KITA TERDUDUK MENAHAN TANGIS BERSEDIH...


SKYNEWS (Channel Astro 532) mengesahkan Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam, telah nahas terhempas dipercayai tertembak oleh peluru missile oleh Kumpulan pemisah Russia.Kira2 295 Penumpang & Krew ditakuti telah terkorban. ini adalah satu lagi nahas besar yang melibatkan MAS dan Negara kita ,Ya Allah...bantulah Negara kami mengharungi saat saat getir ini.Semoga keluarga yang terlibat bersabar dan berdoa agar ada yang terselamat masih, dari nahas ini.Allahuakbar ! InnalillahiWainnaIlaihiRajjiun.

ALFATEHAH...
Sumber fb...Dato. Idris Buang.

SAMA2 KITA DOAKAN
Misi Bantuan kecemasan telah pun berangkat pergi ke Kaherah.
Mereka akan disambut Airport Kaherah sebelum dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Doakan supaya dipermudahkan perjalanan mereka.

SUMBER FB NORI kOMIKO

Thursday, 17 July 2014

SAADAH...KEBAHAGIAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SAADAH! SAADAH! SAADAH! SAADAH!

Empat nama Saadah itu ada hubungkaitnya denganku. Saadah pertama tentulah kakak angkatku tika di SMART dulu. Kak saadah ini kampungnya di Temai hilir, Pekan. sering juga aku dibawa kerumahnya bersama seorang lagi adik angkat lelakinya Ruyub yang juga sekelas denganku. 

Rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Pahang yang luas. Cantik sekali pemandangannya di situ. keluarga kak saadah juga menganggap aku dan Ruyub adalah anak2 angkat mereka.

Selesa sekali berada di tengah keluarga yang menerima dan melayan kami dengan ramah lagi prihatin. Tak dapatku lupa akan keenakan asam pedas ikan baung masakan kak Hairani untuk hidangan tengahari kami sekeluarga. 

Sedap sungguh. ikan baung yang diperolehi bargh/bapa angkatku itu dengan menjalanya di sungai Pahang. memang banyak rezeki yang boleh diperolehi daripada sungai itu sekiranya rajin berusaha mendapatkannya. 

Semua pic google untuk hiasan.

Dan khabarnya kak Hairani yang pandai masak asam pedas baung kini seorang pegawai polis. 
Kak saadah  kedua yang kukenal dengan sangat baik adalah seorang sda(w) felda. Beliau ini rapat denganku kerana aku yang pertama dilihatnya tika mula ditukarkan ke sini.

Perkenalan yang menjalenkan hubungan baik sehinggalah kak Saadah Sarbini ini ditukarkan pula ke felda Bukit Kuantan. 

Dalam keaktifan aku bersosial dengan aktiviti tanah rancangan, seorang lagi Saadah muncul menyalami tanganku. Saadah ini berasal dari melaka dan suaminya adalah pengurus felda ulu jempol ini. kak Saadah ini punyai dua orang anak, lelaki dan perempuan. 

Kadangkala aku menemaninya menghantar anak2nya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. kebetulan yang tidak kuduga pula tatkala mengetahui kak Saadah ini adalah sepupu kepada cikgu Sulaiman guruku diSMKM dulu. 

Cikgu sulaiman yang pernahku katakan telah berkahwin dengan kawanku niknurizan. disamping jalenan hubungan baikku dengan kaksaadah ini rupanya adalagi seorang saadah yang akan menduduki senarai kawan-kawanku. 

Kali ini orang kesihatan pula. Maksudku saadah kawan baruku ini seorang jururawat desa yang baru ditugaskan di klinik tanah rancangan ini. Perkenalan aku dengannya meningkatkan kefahamanku tentang aspek kesihatan dan beliau mengajarku istilah-istilah yang sering digunakan orang-orang kesihatan. 

Ah! bertuah dan berbahagia sekali Allah mendekatkan diriku dengan saadah-saadah yang kuceritakan ini. Padaku mereka adalah insan2 berbahagia kerana kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan mereka kerana nama yang mereka bawa. ..saadah - bahagia. moga kalian semua berbahagia seterusnya di mana juga kalian berada....

SELAMAT BERPUASA RAMADAN DAN MENYAMBUT IDILFITRI PADA SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG...MOHON MAAF SEMUA SALAP SILAP ADUHAI SAADAH BEREMPAT.

Tuesday, 15 July 2014

PERIBAHASA KLASIK...HEH..HEH..

ASSALAMUALAIKUM...



PERIBAHASA KLASIK
Lepas sahur tadi, sajalah kemas buku-buku lama, tiba-tiba terjumpa soalan Bahasa Melayu Klasik tahun 1966 mengenai Peribahasa. Soalannya berkaitan antara lembu sedang bermain telor. Agaknya jawapan yang betul apadia ya?

Sumber Noradabi Rosdi..

KEK LAPIS SERAWAK..

ASSALAMUALAIKUM...

APA KATA HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI NI KITA CUBA BUAT SENDIRI KEK LAPIS SERAWAK SEBIJI DUA UNTUK MENJAMU TETAMU-TETAMU KITA.

HENDAK MEMBELINYA BOLEH JUGA...TAPI AGAK MAHAL SEDIKIT HARGANYA. MAKLUMLAH ALASANNYA KAN SEMUA  BARANGAN YANG DIGUNAKAN DAH NAIK HARGANYA.

TAPI JIKALAU DIBUAT SENDIRI, DENGAN HARGA SEBIJI KEK KITA BOLEH DAPAT 4 BIJI KEK KOT....

KEK NI AGAK RUMIT SEDIKIT CARA BUATANNYA. NAMUN HASILNYA BERBALOI, CANTIK DAN SEDAP.

Semua pic google untuk hiasan.

RESEPI DIKONGSI DARIPADA MYRESEPI.BLOGSPOT. TERIMA KASIH YA...

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci
Dscn0718

Monday, 14 July 2014

RIHATKAN MINDA TENANGKAN DIRI...

ASSALAMUALAIKUM....

SIBUK DENGAN RUTIN SEHARIAN SEBAGAI BAPA, SEBAGAI IBU, SURI RUMAH TANGGA, SEBAGAI PEKERJA AWAM ATAU SWASTA JUGA SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SEDANG MELANGKAH MELEWATI MASA DEMI MASA? APALAGI DI BULAN RAMADAN MULIA YANG MEMBATASKAN KECERGASAN KERANA KONONNYA SEBAB BERPUASA.



 MULA-MULA SEHARI DUA MEMANGLAH TERASA KELELAHANNYA NAMUN SETELAH BERBELAS HARI TUBUH KITA PASTI TERBIASA DENGAN FORMAT RAMADAN INI. DAN KITA MERASA SERONOK DENGAN MAKAN CUMA SEDIKIT TIKA BERBUKA N SAHUR


TAPI LEKA BERIBADAH SEBELAH MALAMNYA DENGAN TERAWEH, SOLAT TAHUJUD DAN LAIN-LAIN TIDAK LUPA JUGA BERTADARUS AL.QURAN. DALAM SETAHUN KITA DIGALAKAN BERIBADAT KERAS BEGINI SEBULAN SAJA.






SETELAH MELALUI MUSIM BUNGA RAMADAN NAN INDAH, KITA PASTI MENUAI BUAH HASILNYA YANG ALLAH JANJIKAN DI AKHIRAT KELAK.

Sunday, 13 July 2014

DONT CRY FOR ME ARGENTINA............

ASSALAMUALAIKUM...

Dato' Idris Buang menulis..
Dato' Idris Buang

WORLD CUP FINAL 2014 : LIONEL MESSI adalah seorang wira bukn sahaja diatas padang bola tetapi dipesada jiwa kemanusiaan.



Beliau yang turut bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dan GAZA, pernah melawati kedua-dua wilayah bertentangan iaitu Israel dan juga Gaza dalam satu sessi lawatan amal bersama pasukan bolasepaknya.Barcelona. 



Saya meminati cara Messi bermain bola tetapi didalam perlawanan akhir subuh nanti saya meramalkan pasukan negara kelahiran nenek moyang Adolf Hitler,iaitu GERMANY untuk menjuarai PIALA DUNIA kali ini. Namun begitu sekira ditakdirkan ia dikalahkan oleh ARGENTINA...saya tetap menerimanya kerana hatibudi Lionel Messi dan rakyat Argentina yang selalu membela nasib manusia yang kena tindas memukau jiwa saya.



Lagu "Don't Cry For Me Argentina" mengingatkan kita betapa tinggi nilai keprihatinan dan keluhuran hati rakyat Argentina .Misalnya disuatu ketika dulu mereka bersatu penuh terharu terhadap nasib malang isteri President mereka Eva Peron yang sangat mereka kasihi kerana bakti dan jasa beliau membantu suaminya . Eva Peron gagah melawan penyakit kanser .



Rakyat Argentina hampa kerana tidak dapat menolongnya kecuali dengan doa dan lagu untuk memberi semangat juang untuknya. Eva seterusnya meninggal dunia dan juga meninggalkan kesan yang mendalam keatas rakyat mereka . 



Mereka bersatu dalam kesedihan.Mereka menjadi bangsa yang perihatin dan benilai kemanusiaan yang tinggi maruahnya.Lihatlah semangat juang berpasukan Piala Dunia mereka yang diketuai Messi ini ...tidak hairanlah jika GERMANY boleh ditumbangkan kerana satu faktor sahaja iaitu...."ARGENTINA mempunyai semangat EVA PERON bersama mereka "! DON'T CRY FOR ME ARGENTINA !
 



MyBloglist