Friday 2 May 2014

HALWA MASKAT...

ASSALAMUALAIKUM

HALWA MASKAT ADALAH KUIH TRADISI YANG AMAT PI GEMARI..HENDAK MEMASAKNYA SENDIRI SUSAH JUGA. RUMIT CARA BUATANNYA. KUIH NI SANGAT FEMES DISEBELAH UTARA. HALWA MASKAT BERASAL DARIPADA TIMUR TENGAH JUGA MENJADI KESUKAAN ORANG INDIA.

Diolahkan atau di masak mengikut citarasa masing2  tapi menghasilkan manisan yang sama iaitu halwa maskat..kalau kita perhatikan di kebanyak negara2 arab seperti turki, mesir dan lain2 tempat di timur tengah mereka banyak menghasilkan atau membuat halwa maskat yang berwarna agak jernih atau putih, rasanya tetap sama liut2 dan manis sekali di D pula dengan berbagai2 jenis kekacang sama ada badam, gajus, pitachios..manakala halwa maskat yang dibuat oleh orang2 India pula lebih berwarna jinga atau oren dan agak tidak berapa liut tapi tetap manis.

TENTU RAMAI YANG INGIN TAHU CARA-CARA MEMBUAT HALWA MASKAT YANG AGAK UNIK TAPI SANGAT ENAK NI. PI KONGSIKAN DI SINI RESEPI HALWA MASKAT DARIPADA SEBUAH BLOG MASAKAN...

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu 
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna  air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam

2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga  mendap tepungnya, buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.

3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.

4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.

5.  Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang2nya 4 jam.  Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.  

6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum baunya.



proses caramelkan gula supaya jadi kuning keemasan..
bila gula dah perang/golden masukkan air dan gula pasir serta gula batu

masukkan mendapan tepung yang digaul dengan air..

halwa maskat yang siap di masak sebelum padam api masukkan badam atau gajus goreng

org kuat disebalik tabir halwa maskat d making...akak xsmpat bgambor tukap snap ajer

Proses mengacau sehingga kental sambil masukkan minyak sapi sedikit2 last skli masukkan biji buah pelaga yang ditumbuk dan air masuk
DARIPADA ZULEKHA LUV COOKING.BLOGSPOT.
 



HALWA MASKAT.




36 comments:

  1. arwah tok saya suka halwa maskat ni..tapi anak cucu seorang pun tak gemar...maniss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka halwa maskat ni generasi lama mcm kak jer nohas...tq nohas.

      Delete
  2. wah keliatannya enak nih kuenya :)

    ReplyDelete
  3. Oh, macam ni rupanya buat halwa maskat. Macam buat dodol pun ada jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi prosesnya lebih rumit drpd buat dodol kot...tq Sylarius Yusof.

      Delete
  4. wah enak sekali kelihatan nya, jadi ingin

    ReplyDelete
    Replies
    1. enak nih ..mai sini kak beri sepotong heh...heh..tq vina devina.

      Delete
  5. Lamanya x makan halwa maskar

    ReplyDelete
  6. sama la dgn kak itu yg menggoogle cari resepi...tq MaMa Mursyid.

    ReplyDelete
  7. kuih orang lama tu mmg sedap tapi manis sedikit...tq Yun Sing.

    ReplyDelete
  8. aduhh nampak macam sedap.. tak pernah makan lagi ^_^

    ReplyDelete
  9. yeke kena rasa tu...kat pekan rabu alor setar banyak dijual...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  10. Macam kacau dodol ye..acik tak pernah buat dan tak pernah rasa halwa.maskat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih mudah daripada kacau dodol sbb agak ringan tapi rumit proses nak sediakannya...tq Acik Erna.

      Delete
  11. Replies
    1. cubalah rasa gerenti sedap....tq Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  12. wah,, enak nih kayaknya,,mau cicip

    ReplyDelete
  13. ya enak...datanglah sini boleh kak beri sepotong heh...heh..tq Febri Gamesoft.

    ReplyDelete
  14. As/kum paridah! Saya biasa tengok gambar dan dengar ttg halwa maskat ni... tapi tak pernah rasa... orang kata sangat manis.

    ReplyDelete
  15. wsalam sweetie...pada kak xderlah manis sangat...sesuai sesedap rasa jer..tq sweetie.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum salam kenal..

    dulu2 masa muda2 remaja kalau kenduri kawen kt kg mesti ada kueh ni..skrg ni dah jarang jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..kak kalau ak makan kuih ni mesti pulang ke kedah mencarinya...tempat lain susah nk jumpa. tq nyanyisunyi.

      Delete
  17. Jarang sungguh jumpa kuih ni. Kalau dulu2, kuih wajib dihari raya dan kenduri kawin nih!

    ReplyDelete
  18. betul tu sekarang ni agak sukar menemuinya...tq Bin Muhammad.

    ReplyDelete
  19. orang dah tak rajin nak buat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumit cara nak buatnya...sbb tu ramai yg pilih resepi mudah jer....tq Qaseh Wee.

      Delete
  20. sedapnye..kalau dekat ni dah mintak sikit dengan akak :)

    ReplyDelete
  21. kak kalau dekat mmg suka nk beri kat nick...tq Nick Nashram.

    ReplyDelete
  22. 1st time tau tntag halwa ni kak.. tq share

    ReplyDelete
  23. Saya tahu makannya je kak...tq kak

    ReplyDelete
  24. Saya sudah lama idamkan kuih ini. Sejak kakak saya meninggal tidak ada yang pandai memasaknya dengan adunan tradisi. Apakah saya boleh membuat pesan untuk membeli dari Puan. Sila hubungi saya: 012 3277101. Mohon beri maklum balas... Shahidah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist