ASSALAMUALAIKUM...
SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN DURIAN, RAJA SEGALA BUAH INI YER....DURIAN SUDAH BERMUSIM KAH SEKARANG? RASANYA BELUM LAGI KOT. KALAU SEDANG BERMUSIM TENTU MUDAH MENDAPATKANNYA KERANA TERJUAL DIMANA-MANA. MEMAKANNYA BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN PANAS SELURUH BADAN. MEREKA YANG ADA GEJALA PENYAKIT TIGA SERANGKAI JUGA TIDAK DIGALAKAN MEMAKANNYA. PENYAKIT APA TU? PENYAKIT KRONIK BIASA IAITU, SAKIT JANTUNG, DIABETIS DAN DARAH TINGGI. PANTANG TU...MUNGKIN KERANA KANDUNGAN GULANYA YANG TINGGI AKAN MENJEJASKAN TAHAP KESIHATAN PENGIDAP PESAKIT YANG BEGITU.
pic selendang delima
PIC QASEH SHA ABDULLAH
BETIK JUGA TIDAK KURANG LAZATNYA. RASANYA YANG MANIS BERSAHAJA DAN PUNYAI BANYAK KHASIAT TERUTAMA MEMUDAHKAN PENCERNAAN. BOLEH JUGA BERULAMKAN PUCUK BETIK MUDA SEKIRANYA INGIN MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI. RASANYA AGAK PAHIT SEDIKIT. TAPI PAHIT KAN UBAT...MUJARAB LAGI. BUAHNYA YANG SEDANG-SEDANG MENGKAL TUA ENAK DIJADIKAN SAYURAN. RAMPAIKAN DENGAN UDANG, SOTONG, IKAN BILIS DLL PASTI LAZAT.
WAH! PISANG EMAS INI MASAK MENGUNING DI POHONNYA. NAMPAK SEGAR AMAT. TAPI KALAU TERJUMPA DEK MONYET DAN BURUNG-BURUNG MEMANG TIDAK SEMPAT DIBAWA BELAYAR LAGI SEPERTI KATA PANTUN MELAYU, PISANG EMAS BAWA BELAYAR. MASAK SEBIJI DI ATAS PETI...............................
KHASIAT TENTANG PISANG TERSANGATLAH BANYAK. SEBAB ITU ORANG TUA DAHULU MEMBERI BAYI MEREKA MAKAN PISANG EMAS YANG DILENYEK. YANG INGINKU KONGSIKAN CUMA KHASIAT KULIT PISANG. TERNYATA BERGUNA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT AKIBAT KECELAKAAN JIKA DISENTAL BERULANG KALI DENGAN BAHGIAN ISI KULIT PISANG YANG LEMBAB ITU.
YANG NI DURIAN BELANDA. RASANYA ADA YANG MASAM, ADA YANG MANIS. DAN ADA YANG PUNYAI GABUNGAN KEDUA-DUA RASA. SEDAP DIMAKAN SEGAR ATAU DIBUAT JUS. BOLEH JUGA YANG AGAK MENGKAL DIGORENG SEPERTI KELEDEK. BANYAK BETUL POHON INI TUMBUH DI DUSUN-DUSUN SEHINGGA ORANG KAMPUNG TIDAK MEMPERDULIKANNYA. MUTAKHIR INI RAMAI YANG MENGETAHUI BUAH INI BOLEH MENJADI PENAWAR KENSER. KALAU DULU TIDAK BERHARGA DAN TIDAK DIPEDULI KINI SEBALIKNYA. SENTIASA DICARI DAN HARGANYA MAHAL JUGA.
PIC QASEH SHA ABDULLAH
3 tandan pisang di belakang dapur saya masih belum masak..kalau masak mmg tak abis makan.insya Allah ada rezki utk jiran2 ;)
ReplyDeletewah banyak rezeki irfa dan boleh dikongsi dengan jiran2 berhampiran....tq irfa
ReplyDeletesedapnya durian, gaul dengan nasi pun sedàptapi suka ratah tapi tak cukup seisi keluarga :)
ReplyDeleteyala makan nasi dgn durian pun sedap...kak mmg suka...tq babYpose
DeleteAs Salam Kak...betik yang kuning tu...betik apa kak...pernah tengok tapi tak tau namanya..
ReplyDeletewsalam dik...kak lagila xtau xpernah tengok pun...jumpa pic kat fb kot...tq Anak Kuala.
Deletedunia terbaik.. memang sedap!!!!!!
ReplyDeleteyes terbaik n sedap...tq acik Aku Penghibur.
DeleteTadi baru je makan durian.. Hmm.. kenapa pisang belanda dinamakan sebegitu rupa ea? Ada kaitan dengan Sejarah dulu-dulu ke?
ReplyDeletebukan pisang belanda tapi durian belanda...agaknya orang2 belanda sukakan durian yg durinya tak tajam mcm durian biasa kot...biasala org dulu2 suka menamakan sesuatu mngikut apa yg dilihat mrk..tq Yun Sing.
Deletesuka buah-buahan tempatan.. sedap dan byak khsiat
ReplyDeletebuah2 tempatan ada di sekitar kita n segar lagi...tq Sobri Yaakob.
Deletedurian belanda tu buat ais krim pun sedap ...
ReplyDeleteyeke kena cuba tu...tq Qaseh Vee
ReplyDeletekat rumah saya banyak ada tanam pokok pisang...
ReplyDeletesenang nk makan pisang n xpayah dibeli...tq Pha Is.
ReplyDelete