ASSALAMUALAIKUM....
PI MEMANG SUKA MENGEMUKAKAN RESEPI DARIPADA DIKNA KERANA MASAKANNYA BERASASKAN SUMBER TUMBUHAN YANG BERADA DISEKELILING ALAM SEKITAR KITA.
TERIMA KASIH YA DIKNA SELALU MAHU BERKONGSI RESEPI TRADISI PAHANG YANG ENAK.
RESEPI TRADISI PAHANG YANG TERNYATA LAZATNYA DAN ADA KELAINAN RASANYA.
RAMAI JUGA YANG LANGSUNG TIDAK TAU TERDAPAT RESEPI MUDAH DAN SEDERHANA SEKALI TAPI SENANG MEMASAKNYA.
BAHAN-BAHANNYA.
10 BIJI JERING TUA...
SEDIKIT IKAN BILIS
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.
UNTUK TUMISAN..
SEDIKITT KUNYIT HIDUP DITUMBUK HALUS.
5 BUTIR BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG
LADA KECIL IKUT SUKA KEPEDASANNYA.
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.
BAHAN DITABUR DALAM MASAKAN.
2 BATANG HIRISAN SERAI.
BEBERAPA HELAI DAUN LIMAU PURUT
DAUN SERAI KAYU/ DAUN SALAM
2 BUTIR BAWANG BESAR.
SEDIKIT BELACAN
ASAM KEPING.
CARANYA.
TUMIS BAHAN YG PATUT DITUMIS. MASUKAN SANTAN CAIR DAN JERING YANG DIHIRIS NIPIS JUGA ASAM KEPING DAN BELACAN. SETELAH ITU MASUKAN IKAN TALANG MASIN DAN BILIS.
PABILA JERING DAN YANG LAINLAIN DAH MASAK BARU MASUKAN SANTAN PEKAT DAN TABUR DAUN DAUN DAN BAHAN TABUR. GARAM DAN GULA ISILAH SECUKUP RASA. IKAN TALANG DAN BILIS BIASANYA DAH MASIN. TAK DIMASUKAN GARAM PUN TAK MENGAPA.
IKUT SELERALAH YA.