ASSALAMUALAIKUM...
HARI NI TAK BUAT UMRAH. RAMAI YANG BERPUASA SUNAT DAN BUAT TAWAF SUNAT. BERSIAP SEDIA PEK BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA TURUN DARIPADA BILIK HOTEL SEBAB KEESOKANNYA NAK KE MADINAH.
2. SEPANJANG MUSIM HAJI NI TEMPAT TAWAF SENTIASA SESAK. TERUTAMA LEPAS SOLAT LIMA WAKTU. TAK ADA SESIAPA YANG DIBERI KEISTIMEWAAN, MASING-MASING MENCARI PELUANG UNTUK BERTAWAF KERANA ALLAH SWT.
NOW JUMMAAT. LELA DI BILIK SAJA. JEMAAH HAJI WANITA MALAYSIA TAK DIBENARKAN BERSOLAT JUMAAT UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA JEMAAH LELAKI. JUMAAT DAN SABTU HARI CUTI DI SINI. MASJIDIL HARAM DIPENUHI PENDUDUK TEMPATAN BERSAMA KELUARGA MELAKUKAN TAWAF UMRAH ATAU TAWAF SUNAT.
3. SEDANG MENAIKI BAS LEPAS TAWAF WIDA' TADI 8 HARI DI MADINAH AKAN PULANG KE MALAYSIA...IN SYA ALLAH. PERKERJA SEDANG MEMUNGGAH BARANG-BARANG DAN MENYUSUNNYA DI ATAS BUMBUNG BAS. PERJALANAN KE MADINAH BIASANYA 8 @ 9 JAM DARI MEKAH.
4. DI MADINAH KELAK KENA BERSOLAT 40 WAKTU BERJEMAAH DI MASJID NABAWI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA IN SYA ALLAH. AKAN CUBA SOLAT DI RAUDHAH TEMPAT MAKBUL DOA. PASTINYA AKAN MENZIARAHI MAKAM BAGINDA DAN SAHABAT YANG EMPAT DI DALAM MASJID. KEMUDIANNYA MENZIARAHI MAKAM BAKI, LAIN-LAIN BUKIT UHUD DAN MASJID QUBA, MASJID YANG PERTAMA DIBINA RASULLULLAH DI MADINAH TIKA MULA BERHIJRAH. DI QUBA NABI SAW DUDUK DI RUMAH KHALTUM B. KHATAM SELAMA 4 HARI. BAGINDA MEMBINA MASJID BERTIANG BATANG TAMAR DAN BERBUMBUNGKAN PELEPAH TAMAR. KEMUDIAN BAGINDA MENERUSKAN PERJALANAN KE MADINAH. HARI ITU JUMAAT DI QUBA. BAGINDA BERHENTI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT YANG PERTAMA DALAM ISLAM. DI TAPAK ITU TERDIRI MASJID JUMAAT.
MASJID QUBA EHSAN GOOGLE
5. MASIH DALAM PERJALANAN LAGI. SIGN BOARD DI TEPI JALAN MENUNJUKAN MADINAH 200 KM LAGI. DI SINI 5.00PM..
6. HOTEL TEMPAT TINGGAL LELA BERSAMA SUAMI DI MADINAH, BERNAMA PONDOK WESTERN. DAH DUA MALAM DI SINI. SETIAP MALAM HUJAN. HUJAN RAHMAT, JARANG HUJAN TURUN DI PADANG PASIR. CUACA SANGAT SEJUK 20 DARJAH CELSIUS. DARI SINI JAUH JUGA. 10 MINIT BERJALAN UNTUK KE PINTU 25 KE RAUDHAH. SETELAH TUNGGU HAMPIR SETENGAH JAM DI RUANG PERTAMA KINI DIARAH KE RUANG KEDUA PULA. MASA MENUNGGU JEMAAH BOLEH BERSOLAT DUHA, MENGAJI, BERZIKIR, BERDOA. PUAS-PUAS LELA HANTAR MSG.
MASJID NABAWI EHSAN GOOGLE
7. LELA BARU MASUK PINTU AFYAN, NO 25. LEPAS SOLAT TAHIYATUL MASJID BERUSAHA UNTUK KE RAUDHAH...IN SYA ALLAH.
8. SEKARANG SEDANG MENUNGGU DI RUANG 3 DI BAWAH PAYUNG-PAYUNG . RASANYA DI TENGAH-TENGAH KAWASAN MASJID. DI HADAPAN LELA KAWASAN RAUDHAH TAPI MASIH BELUM BOLEH MASUK. DARI JAUH KELIHATAN DINDING MAKAM NABI SAW, MAKAM SAIDINA ABU BAKAR, SAIDINA UMAR. LELA MSG SBB NAK HILANGKAN RASA KANTUK, NAK MENGAJI PUN DAH TAK NAMPAK HURUF.
9. RASA AMAT BAHAGIA DAPAT SUJUD DI TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD. SUBHANALLAH, SYUKUR ALHAMDULILLAH. PUKUL 11 AM RAUDHAH AKAN DITUTUP KEPADA WANITA SEBAB ITU RUANG SOLAT LELAKI. PUKUL 12.05 THARI MASUK WAKTU ZOHOR.
10. LELA TURUN DARIPADA HOTEL TADI PUKUL 8.45 AM. ALHAMDULILLAH DAPAT SOLAT DI RAUDHAH. BERSIAP PULA NAK KELUAR MASJID MASUK PINTU 16 UNTUK SOLAT ZOHOR.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
1 hour ago
Alhamdulillah, dapat solat di Raudhah...di sebelah makan Rasulullah...memang bahagia..
ReplyDeletesyukur Alhamdullillah dpt juga lela bersolat di Raudhah....tq nohas
Deletetq berkongsi cerita yer kak!
ReplyDeletekak menaip smbil membelek hp mnunggu msg lela yg masuk satu persatu, lela mmg penulis yg komited dgn tulisannya yg berdasarkan fakta....kak hanya mampu menulis semula catatannya utk dikongsi bersama...tq KA...
Delete