PERFECTION ! Itulah makna dalam bahasa Inggeris untuk nama sebuah bandar ditepian sebelah hujung timur Malaysia,utara Pulau Borneo,di negeri Sabah - SEMPORNA ! Peliknya , bandar ini tiada taxi..., sebuah pun tiada.Kereta2 orang biasa boleh dijadikan "taxi"...dan bayarannya kemana saja didalam bandar Semporna ini hanyalah RM1/-. Penduduk2nya kebanyakan berbangsa Bajau, kemudian Filipin dan seterusnya Kadazan Dusun,Murut dan Bugis.Kehidupan mereka bergantung kepada hasil laut dan pertanian.Saya dan keluarga terpersona melihat kejernihan air laut dan permandangan panoramik sejauh mata memandang kearah lautan Sulewesi dan Makassar.Kita disajikan hidangan ikan,sotong serta udang yang sangat fresh..baru di tangkap dari dalam poontoon atau sangkar. Patutlah bandar ini di namakan SEMPORNA! Tak jauh dari sini, adalah Pulau Sipadan & Ligitan, Pulau Mabul dan Pulau Mataking yang sering di kunjungi oleh para pelancong asing kerana keindahan alam semulajadi dan kebiruan air laut dan kekayaan kehidupan didalam lautnya.TERIMA KASIH kepada sahabat saya Tuan Haji Khalid, seorang ahli keluarga bisan saya, sdr Abidin Musleh, orang Tawau,serta seluruh ahli2 keluaga mereka. Sesungguhnya hospitaliti dan layanan mesra penuh beradab yang mereka berikan terhadap kami sungguh menyentuh jiwa kami..membuat lawatan singkat kami ini sebuah kenangan yang abadi.Saya tetap menunggu mereka datang ke Sarawak, agar dapat saya dan keluarga cuba balas kebaikan dan layanan mereka itu dengan hidangan yang istimewa juga.Semangat 1Malaysia harus kita panjangkan.Semoga Allah memelihara mereka semua dengan segala yang terbaik untuk mereka.Aameen. Wslm
RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK PERNAH KE SEMPORNA SABAH TERMASUKLAH PI. JADI KITA KONGSI INFO YANG DITULIS DATO' IDRIS BUANG DI WALL FB BELIAU UNTUK SEDIKIT PENGETAHUAN KITA. KALAU HENDAK TAHU LEBIH BANYAK KENA GOOGLE ATAU KLIK WIKIPEDIA DAN BOLEH SAJA TERBANG BERCUTI KE SANA....
SEMPORNA JUGA BERDEKATAN DENGAN PULAU BUM BUM DI MANA SEPASANG PELANCONG DARI TAIWAN, SUAMINYA DIBUNUH DAN ISTERINYA DILARIKAN PENJENAYAH FILIPINA.
nampak menarik je pulau ni yer kak!
ReplyDeleteyelah KA pulau2 di Sabah ni mmg cantik...
ReplyDeleteteringinnya nak pergi semporna.
ReplyDeleteyela miranadia mmg teringin ke tempat cantik begitu...tq singgah miranadia.
ReplyDeletetak pernah lagi sampai semporna.. cantik pulau-pulaunya.. di sana banyak rumpai laut juga kan?
ReplyDeleteada rezeki mesti sampai jg mizz aiza....rumpai laut mmg bnyak kat kwsn tu...sumber kolagen untuk awet muda ya..
ReplyDelete