Friday 11 October 2013

SELAMAT MENUNUNAIKAN IBADAT HAJI/SALAM IDUL-ADHA MAAF ZAHIR BATIN...


SEORANG SAHABATKU NOORLAILA GHAFAR DAN SUAMINYA  NAWAWEE MOHD ADALAH ANTARA RIBUAN JAMAAH HAJI NEGARA KITA YANG SEDANG MENUNAIKAN IBADAT HAJI DI TANAH SUCI MEKAH. DIDOAKAN SAHABATKU ITU, SUAMINYA DAN SEMUA JEMAAH HAJI KITA SIHAT WALAFIAT AGAR SENANG MENGERJAKAN AMAL IBADAH DENGAN SEMPURNA. KESIHATAN YANG BAIK MEMANG SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN UNTUK MENJALANI IBADAH YANG MENUNTUT KEKUATAN STAMINA DITAMBAH DI TENGAH KESIBUKAN JEMAAH YANG RAMAI. KELAK AKAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR MEMBAWA HAJI YANG MABRUR...IN SYA ALLAH...

SEMUA jemaah haji termasuk kanak-kanak yang dibawa untuk mengerjakan haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa haji.
Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua jemaah yang ingin menunaikan fardu haji.
Sebelum ke tanah suci semua bakal jemaah perlu perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui status kesihatan diri jemaah.
Selain itu, semua bakal haji mesti mendapatkan suntikan anti meningitis iaitu meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh diambil di klinik atau hospital.
Pihak Berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan ini sebelum mengerjakan haji. Suntikan ini akan diperakukan oleh doktor dan direkod dalam Buku Rekod Rawatan.
Pun begitu, semua jemaah perlu melakukan persiapan diri untuk mengelakkan penyakit lain yang mungkin menganggu kelancaran ibadat haji.
Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) Menurut Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah dikenal juga sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV). MERS-CoV merupakan satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus.
"Ia adalah kumpulan keluarga virus besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Penyakit ini boleh berjangkit. Virus ini seakan-akan dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah mencetuskan kebimbangan global sekitar tahun 2003 dan meragut sehingga 800 nyawa.
Sama seperti SARS, MERS akan menyebabkan jangkitan paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas, batuk tetapi sedikit berbeza kerana ia akan menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk," ujarnya.
Tambah Dr. Nik Hazlina, penyakit ini berpunca kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jemaah haji juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelak terkena jangkitan.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130929/kn_01/Badan-sihat-mudah-beribadat#ixzz2h5udYV9T
© Utusan Melayu (M) Bhd 


SEMPENA IDUL ADHA YANG MULIA PENUH RAHMAT LAGI BERKAH SAYA MOHON MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKAN BLOG DAN FB JUGA BUAT SEMUA PELAYAR YANG SINGGAH BERKUNJUNG KE LAMAN SAYA YANG SEADANYA TERUTAMA BUAT RAKAN-RAKAN YANG RAJIN MENGHULUR SALAM MENULIS KOMEN-KOMEN MEMBINA.

SALAM IDUL ADHA JUGA SEMUA KAUM KERABAT, SAHABAT HANDAI, JIRAN TETANGGA, MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIKASEHI LAGI DIHORMATI....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist