Friday, 18 October 2013

PR1MA JELMAAN FELDA DI BANDAR

ANAK-ANAK FELDA YANG BERADA DI BANDARAYA JANGAN LEPASKAN PELUANG NI. KALAU DULU IBU/BAPA ATAU ATOK KITA DI BAWA KE TENGAH BELANTARA  ATAU PINGGIRAN HUTAN MEMAJUKAN TANAH DAN LADANG-LADANG DENGAN JAYANYA. KINI MASA MERUBAH SEGALANYA. ANAK-ANAK PENEROKA/CUCU-CUCUNYA DIBAWA PULA MENEROKA KEHIDUPAN DI BANDAR DENGAN BERDISIPLIN DAN TERATUR SEBAGAIMANA KONSEP KAMPUNG FELDA SELAMA INI

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad merupakan 'jelmaan' baharu kepada institusi seperti Felda dan Felcra yang berpusat di kawasan bandar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, PR1MA bukan sekadar sebuah organisasi yang bertanggungjawab membina rumah mampu milik untuk rakyat yang tidak berkemampuan, tetapi merupakan satu institusi sosial di kawasan bandar.
Katanya, hasrat sebenar penubuhan PR1MA adalah untuk membina sebuah komuniti sosial di kawasan bandar seperti mana di kawasan luar bandar.
"Kami berhasrat mewujudkan PR1MA yang bukan sahaja sebagai tempat tinggal tetapi sebuah institusi sosial seperti di luar bandar. Ada ketua blok, tempat jagaan anak, klinik kesihatan, kedai rakyat dan tempat riadah seperti futsal.
"Kalau di luar bandar, semua perkara diuruskan oleh institusi sosial yang telah dibina sekian lama seperti ketua kampung, penghulu dan jawatankuasa masjid tetapi tidak di kawasan bandar. Ini yang cuba dilaksanakan oleh PR1MA, bukan setakat membina rumah sahaja, tetapi membangunkan satu komuniti sosial di kawasan perumahan itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jamaludin memberitahu, usaha itu menjadi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Hasrat PR1MA tidak mahu rakyat beli rumah dan hanya dapat 'batu-bata' sahaja, mahu ada institusi sosial. Sekarang tiada, anda beli rumah, dapat rumah sahaja.
"PR1MA berbeza, akan ada ketua blok yang dilantik, pengawal keselamatan disediakan untuk menjaga keselamatan di kawasan perumahan itu dan gaji mereka ini dibayar oleh kami. Konsepnya lebih kurang Felda tetapi di kawasan bandar," jelas beliau.
Menurut Jamaludin, Najib sendiri meminta supaya kos rumah dikurangkan sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran menerusi projek PR1MA dan telah bersetuju memberi subsidi.
"Beliau melihat ini merupakan antara isu utama di kawasan bandar khususnya kepada anak-anak muda yang tidak mampu membeli rumah berikutan harga yang tinggi.
"Jadi dalam manifesto pilihan raya lalu, beliau telah meminta PR1MA membina 500,000 rumah dalam tempoh lima tahun. Kami juga telah pergi ke semua daerah, negeri dan bertemu dengan Menteri Besar mengenai tapak-tapak yang boleh digunakan untuk membina perumahan terutama di bandar," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_05/PR1MA-jelmaan-Felda-di-bandar#ixzz2i2N1i6cQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

  1. bestlah mcm ni, ada pengawal keselamatan..dgr khabar rumah PR1MA ni jenis yg pasang-siap guna teknologi Jepun..tak sabar nak tengok mcmana rupa rumahnya..

    ReplyDelete
  2. Yelah nohas kita harapkan perancangannya menjadi kenyataan...tq nohas

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist