Saturday 15 September 2012

SENANG SANGATKAH BERANAK?

"Senang sangatkah beranak tu?"
"Kenapa kak tanya gitu?"
"Yele nampak la ni macam beranak tu senang sangat sebab selalu saja ada berita orang beranak lepas tu dibuang merata." Kak Yah terdiam seketika sebelum bicaranya bersambung lagi.
"Aku dulu nak kahwin pun takut, takut kena beranak. Beranak tu sakit sangat ooo, bertarung nyawa antara hidup dengan mati nak melahirkan nyawa baru ke dunia. Sebab tu ada yang koma bertahun-tahun dan mati kerana beranak. Ingat beranak ni main-main ke, suka-suka hati je nak beranak. Beranak berani sangat tapi nak membelanya tak berani pulak ye..."
"Isyh kak Yah ni tak baik kata gitu...masalah orang kita tahu..."
Allah menurunkan ujian terhadap hamba-hamba-Nya dan kita harus bersedia mencari solusinya.
Sebelum beranak perlu berada dalam dunia perkahwinan. Alam perkahwinan sarat dengan cabaran. Apalagi setelah beranakpinak. Jadi sebelum beranak sediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.

2 comments:

  1. Kalau for KA 3 anak semuanyer ada cerita yag berbeza, bukan soal susah atau senang melahirkan tapi soal gembiranyer hati KA menerima cahayamata & rezki dari ALlah swt

    ReplyDelete
  2. kak pun sama KA sentiasa merasa bertuah dianugerahi anak2 yg comel n dewasa menjadi orang...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist