"Aku nak cerita kat hampa ni...hampa jangan cerita kat orang lain pulak..." Kedua-dua rakan sejiranan tersengih saja tanpa mengaku apa-apa.
"Cerita apa tu sampai kak Sah beria berpesan gitu..."
"Hampa tau sebenarnya bakal menantu Ani tu bukannya peguam...takdak kerja apapun..."
"Mana kak Sah tau...pandai-pandai jer bawa cerita..." Soal Idah yang memang rapat dengan Ani ragu.
"Aku tahulah...anak saudara aku bukan ke berkawan dengan budak tu..."
"Ishy nampak bergaya je dengan kereta besar takkan takde kerja..."
"Bergaya dengan kereta pinjam," balas kak Sah sinis.
Di suatu hari.
"Apa yang riuh-riuh kat rumah kak Sah malam tadi?" Ina bersuara.
"Ani dan anak beranaknya bertengkar dengan kak Sah, katanya kak Sah cerita bukan-bukan tentang bakal menantunya..."
"Mesti sebab kau yang sampaikan pada Ani cerita kak Sah hari tu kan..."
Idah tersengih saja.
Giveaway Kerajaan Kelapa
-
Assalamualaikum. Pada suatu hari hari Permaisuri Cuya iaitu pemerintah
Kerajaan Kelapa menjemput Abe Kie untuk menyertai satu giveaway yang
baginda se...
1 hour ago
perkara biasa & dh jadi lumrah dlm hidup hehehe
ReplyDeleteyelah KA kisah biasa yg tidak asing dmana saja...tak boleh nak kata apa lagi...
ReplyDelete