Tuesday 31 March 2020

PKP

ASSALAMUALAIKUM





PKP

Damia Maisara baru berusia lima tahun, seorang anak kecil yang diberi sepenuh kasih sayang  tidak berbelah bahagi mama, ayahnya dan abang-abangnya. Maklum Damia anak bongsu dalam keluaraga. tingkahnya yang keletah manja dan wajah comelnya sentiasa diberi perhatian. 

Setiap kehendaknya tidak pernah dihampakan. Sekiranya mama dan ayahnya sengaja tidak mahu menuruti kehendaknya, menangislah dia seharian. Senjata emosi itu memang selalu digunakan dengan  bijak untuk menewaskan jiwa yang tegar dan degil. 

Tangisannya yang mendayu-dayu itu menyentuh rasa dan ingin segera dihentikan. Bukan susah sangatpun caranya. Cuma dia ingin ke kedai membeli apa yang dimahukannya. Tapi kerana PKP, Damia tidak menangis kerana hendak ke kedai lagi. Cepat pula minda kecilnya menyerap info yang disiarkan TV. 

Mama dan ayahnya akan meminta anak-anaknya berkumpul depan TV mendengar siaran berita terkini berkenaan wabak COVID-19 yang menular dan langkah pencegahan yang perlu diambil. Tidak boleh lagi hendak keluar kemana-mana sesuka hati.

Damia rajin mengikuti mama, ayahnya dan abang-abangnya bersolat jemaah, berdoa selalu, mengaji, melukis apa saja. Kadangkala mengganggu ayah dan mamanya memasak di dapur.    

Ternyata PKP menghentikan tangisan Damia. Aman suasana. Harapan semua semoga wabak ini segera berakhir. Dan kegiatan rutin yang benar dapat diteruskan seperti biasa.

10 comments:

  1. Alhamdulillah
    Anak kecil pun faham pasal PKP

    ReplyDelete
  2. Comel nengoknya pakai skirt pula tu...semoga sentiasa dipelihara Allah swt dari COVID 19...

    ReplyDelete
  3. AMIIN TKSH WP ANAK KECIL MMG MUDAH FAHAM

    ReplyDelete
  4. TKSH HSNA ANAK KECIL GITULE

    ReplyDelete
  5. ANIIN BERSAMA BERDOA MOGA WABAK COVID 19 SGERA HAPUS TKSH FIDA

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dan mudah2an situasi ini dpt pulih segera.. aamiin2 ya Rabb

    ReplyDelete
  7. TKSH DIK KK AMIIN YA RABB PERKENANKANLAH DOA HAMBA2-MU YG HINA INI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist