بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


JALUR GEMILANG

Dengan bangga madah ceritera,
Jalur Gemilang wajah negara,
bangsa bermegah kibar bendera,
tidak mengira apa acara.

Ceritera dicoret tidak panjang,
cuma kisahnya Jalur Gemilang,
justeru Malaysia cemerlang,
bernota bawah kibaran gilang.

Berjalur ranggi warna berseri,
putih merah setara selari,
jumlahnya tanda ujud negeri,
moleklah dikira dengan jari.

Merah garang semangat perjuangan,
putih suci lambang ketulusan,
tulus diri  hindar keangkuhan,
warga negara penuh santunan.

Bak langit dan laut membiru,
polesan warna cantik bersatu,
tanda bersama meraup restu,
daripada Allah yang Satu.

Kuning diraja amat dibangga,
payung mahkota daulat menjaga,
usir musibah tidak terduga,
rakyat jelata berlindung lega.

Jalur gemilang indah berkibar
menanti saat hati berdebar,
Hari Kebangsaan hebah khabar,
sambut meriah bersatu sabar.

bendera kita menyatu hasrat.
berpadu azam penuh semangat,
watan bertuah mengongsi nikmat,
menjaga utuh kemas terpahat.


Jalur Gemilang indah dicipta
berkibar megah di hati kita,
taat setia berserta cinta,
kekal di hati warga jelata.


Orang beriman pertahan watan,
bendera tegak bukan dijatuhkan,
dalam berperang berganti tangan,
namun bendera gagah kibaran.

Dalam pelayaran hidup ini,
tiang bendera tetap bernadi,
kuak gelombang geruh tsunami,
Jalur Gemillang penguat diri.

Tiada kekal dalam penghidupan,
namun maruah mesti pertahan,
Jalur Gemilang jangan biarkan,
dilanyak sesiapa berkepentingan.


 PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

22 ulasan - "SYAIR JALUR GEMILANG...."

Atie Yusof delete icon 11 Oktober 2016 11:10 PG

Jalur gemilang kebanggaan kita semua... :)

paridah delete icon 11 Oktober 2016 11:58 PG

YA ATIE...TKSH

Puan Wawa delete icon 11 Oktober 2016 12:13 PTG

singgah pagi kak PI.. jalur gemilang megah berkibar..")

Sue Bee delete icon 11 Oktober 2016 1:05 PTG

" Tiada kekal dalam penghidupan,namun maruah mesti pertahan,.." kata mutiara ni

Warisan Petani delete icon 11 Oktober 2016 1:22 PTG

Wah hebatnya nukilan PI.
Teruslah menulis yang puitis2.

nadhie wueen delete icon 11 Oktober 2016 3:30 PTG

berbakatnya akak :)

Khairul Bariah delete icon 11 Oktober 2016 4:40 PTG

pandainya kak PI bersyair...
hebat sungguh bait-bait patah perkataannya.

teruskan berkarya ya kak!

paridah delete icon 11 Oktober 2016 4:59 PTG

TKSH WAWA SUDI SINGGAH

paridah delete icon 11 Oktober 2016 5:00 PTG

TKSH SUE..KATA BIASA JADI KATA MUTIARA PULA YA.

paridah delete icon 11 Oktober 2016 5:01 PTG

TKSH WP MENUKIL KARYA SUKA2 JE

paridah delete icon 11 Oktober 2016 5:02 PTG

TKSH NADHIE KARYA BIASA2 JE TU

paridah delete icon 11 Oktober 2016 5:04 PTG

TKSH KB BERKARYA SUKA2 ISI MASA JE

Bunda_nora delete icon 11 Oktober 2016 8:37 PTG

Semangat PI...

paridah delete icon 11 Oktober 2016 9:10 PTG

TKSH BUNDA ...SEMANGAT MENULIS JE...HEH..HEH

Gee Lion delete icon 12 Oktober 2016 12:08 PG

Syair nih ke yg menang hari tuh kak PI?

raihanah delete icon 12 Oktober 2016 9:07 PG

kak PI sangat berbakat

paridah delete icon 12 Oktober 2016 11:12 PG

BUKAN SYAIR NI YG MENANG GEE..ADA SATU LAGI LBH PENDEK...TKSH.

paridah delete icon 12 Oktober 2016 11:14 PG

TKSH HANA INSYAALLAH..BAKAT SIKIT JE TU HEH..HEH..

Gee Lion delete icon 12 Oktober 2016 6:17 PTG

Confused. Hehe.

Mas delete icon 12 Oktober 2016 6:30 PTG

Kibarkan jalur gemilang!

SalbiahM delete icon 13 Oktober 2016 1:11 PTG

boleh buat lagu ni kak PI..hehe. Bangga dengan Malaysia, semoga negara terus aman dan makmur.

Etuza Etuza delete icon 14 Oktober 2016 4:35 PTG

bangga dengan Jalur Gemilang negara kita

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”