بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SABTU LEPAS JIRAN PI SEBELAH RUMAH HASAN DAN ISTERINYA IMAH MENGADAKAN KENDURI PERKAHWINAN ANAKNYA YANG BONGSU ASHHAARI YANG DIPANGGIL AYIE OLEH KELUARGA DAN RAKAN TAULAN TERDEKAT BERSAMA PASANGANNYA YANG BERASAL DARI RAWANG SELANGOR...

AMAT MERIAH SEKALI MAJLISNYA DENGAN SEMUA AHLI MASYARAKAT BERGOTONG ROYONG MENJAYAKAN MAJLISNYA..... PADA HARI YANG SAMA DI KAMPUNG PI ADA TIGA KENDURI PERKAHWINAN DIADAKAN...BIASALAH MUSIM CUTI SEKOLAH AMAT SINONIM DENGAN ACARA KENDURI KENDARA PERKAHWINAN....TAHNIAH KEPADA AYIE DAN PASANGANNYA SEMOGA KEKAL BERBAHAGIA BERSAMA SELAMANYA HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH.




Pic google images.

GURINDAM PENGANTIN BERSANDING

Duduk bersanding di atas pelamin,
busana sedondon pasangan pengantin.

Bagai merpati dua sejoli,
tersenyum ria wajah berseri
Di atas pelamin dihias indah,
sirna segala hati yang gundah.

Beras kunyit tabur-taburkan,
direnjis air mawar mengharumkan..

Ayah bunda memulakan acara,
adat diiring restu dan doa

Ambil peluang semua yang ada
melestarikan budaya warisan lama.

Zapin dan inang dipersembahkan
gadis teruna mengatur tarian

Berpencak silat tidak dilupa
tanda tersemat jiwa perkasa

Silat pulut silat bunga
Tiupan nafiri indah irama          

Majlis bersanding  diiring doa,

Semoga pengantin hidup bahagia.

12 ulasan - "PUISI NIKAH KAHWIN"

Kakzakie Purvit delete icon 14 Mac 2016 10:58 PG

Apabila musim cuti sekolah tiba musim kenduri kawen pun rancak PI
Tempat kakak sini pun sama juga. Majlis sana-sini sampaikan ada juga yg tak dpt pergi. Kalau dah 6-7 tempat. Kalau dekat-dekat boleh juga tapi bila dah jauh sangat memang minta maaflah jawabnya.. dah tak larat.

Puan Wawa delete icon 14 Mac 2016 11:27 PG

Hebatnya Kak PI berpuisi.
musim sekolah ni ramai sungguh buat majlis. ada kat kampung wawa dalam 2 3 majlis hari yang sama..

saniah ibrahim delete icon 14 Mac 2016 12:35 PTG

Tpt saya pun banyak jemputan sabtu lepas PI tapi saya pegi 2 je sebab ditempat yg berbeza

Cilembu thea delete icon 14 Mac 2016 6:41 PTG

indahnya kehidupan yang baru mengarungirumah tangga jadi lebih makjleb kala di iringi dengan puisi nikah kahwin dong yah

paridah delete icon 14 Mac 2016 9:25 PTG

Heh..heh..insya-Allah tu CT...tksh.

paridah delete icon 14 Mac 2016 9:28 PTG

yela saniah musim cuti sekolah bnyak kenduri khwin xddpt juga nk penuhi semua jemputannya...tq

paridah delete icon 14 Mac 2016 9:30 PTG

heh..heh..saja je suka2 wawa xhebatpun..yela wawa semingg cuti sekolah mkn kenduri je kita...tq

paridah delete icon 14 Mac 2016 9:35 PTG

mmgpun kakzakie selagi xhbs cuti sekolah kenduri khwin pun berterusan...dimana mana saja...wajib penuhi jemputan tapi kalau xmampu pilihlah yg dkat n sepatutnya dihadiri...tq

Fidah Shah delete icon 14 Mac 2016 9:53 PTG

Time cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin.

paridah delete icon 15 Mac 2016 11:41 PG

YELAFIDAH MUSIM CUTI SEKOLAH MMG BNYK KENDURI KHWIN KDG XSEMPAT NK PENUHI SEMUA JEMPUTAN...

PeRdU cINta delete icon 15 Mac 2016 8:30 PTG

betul kak..blok sebelah kuarters PC ni setiap minggu ada majlis kahwin kak..hihihi..setiap minggu dengar bunyi kompang...

paridah delete icon 16 Mac 2016 10:29 PG

yeke...suka juga dgr bunya kompang berselawat bernasyid kan PC...tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”