بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....



LANGIT JINGGA SENJAKALA

Gelongsor hari dari pagi
kala murai berlagu riang
menghirup embun di hujung daun
di celah  pohon rimbun.
Teriknya mentari tengah hari
Awan bergumpal melindung bahangnya
Petani di tengah sawah
Walau berkeluh kesah sambil merumput peluhnya basah
Minda diasak tuntutan dunia
walau keupayaan tidak seberapa.
Senjakala merona jingga kaki langit
Layang layang dan raja udang melayang  terbang pulang
Setelah puas melayah di balik awan
dengan pasti arah tujuan.
Cerita hari ini terhenti di senjakala sepi.
Sebelum bersambung keesokan hari.
Insya-Allah.



PARIDAH ISHAK
21/3/2016
ULU JEMPOL.

14 ulasan - "LANGIT JINGGA SENJAKALA..."

babYpose delete icon 21 Mac 2016 9:35 PG

Lebih bersuasana dengan kehadiran merpati, lama PI tak bersiar di sini kerana pegi bercuti :)

saniah ibrahim delete icon 21 Mac 2016 10:22 PG

Indahnya puisi PI harini,saya hayati baris demi baris.

Anisayu Nastutik delete icon 21 Mac 2016 10:37 PG

Langit senja jinggakala
Saat pulang mereka
Membawa harapan nyata bahagia
Besok meneruskan mengumpul harta...

Dunia Zumal delete icon 21 Mac 2016 12:08 PTG

Indah sekali puisi akak PI

Kak Nieyl delete icon 21 Mac 2016 12:20 PTG

Indahnyaaaa......

Aku Penghibur delete icon 21 Mac 2016 12:21 PTG

indahnya puisinya.... terima kasih berkongsi

nohas delete icon 21 Mac 2016 12:29 PTG

begitu puitis sekali...
cantik rekreasi Ulu Jempol

Kakzakie Purvit delete icon 21 Mac 2016 12:47 PTG

Biar apa pun corak langit sebagai insah kehidupan perlu diteruskan
Tiba masa utk berehat seketika mengharap diberi peluang menikmati corak langit keesokan harinya pula..

Norhayati Mohd Isa delete icon 21 Mac 2016 1:22 PTG

Sungguh puitisnya kak PI

Diana Rashid delete icon 21 Mac 2016 3:41 PTG

baca puisi ni sambil dengar lagu best je rasa..dok terbayatang2 suasana indah senjakala

Khir Khalid delete icon 21 Mac 2016 4:14 PTG

Ekspresi hati yg puitis sebagai nasihat dan peringatan serta kesyukuran kpdNya.. subhanallah..

Raihanah Ahmad delete icon 21 Mac 2016 4:43 PTG

indah puisi kak faridah

paridah delete icon 21 Mac 2016 5:12 PTG

HEH..HEH..BERCUTI BERSIARAN SEKETIKA BP JLN2 MENIKMATI KEINDAHAN ALAM...TQ.

Puan Wawa delete icon 23 Mac 2016 12:43 PTG

berpuitis kak PI..)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”