بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

POPIA SAYUR BANYAK KANDUNGAN SAYUR YANG BERKHASIAT ...BOLEH SAJA DIKUKUS ATAU DIGORENG MENGIKUT KESUKAAN MASING-MASING....MUDAH SAJA NI KALAU TERINGIN NAK MAKAN BILA-BILA MASA SAJA BOLEH DIBUAT.
RESEPI DIKONGSI DARIPADA cikmatahariku.blogspot.my....terima kasih ya.



Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
  • 1 paket kulit popia ( 50 keping )
  • 1 batang timun sederhana besar
  • 1 batang carrot sederhana besar
  • 1 biji sengkuang cina
  • satu gengam udang kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menumis
Cara Buat Inti Popia Sayur
  1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
  2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
  5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala mak nenek sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
  6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
  8. Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
  9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
  10. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.

Cara Buat Sos Cicah Popia Goreng
Bahan-bahan

  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
  • Tumbuk kasar bawang putih.
  • Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  • Siap!
Setakat yang saya pernah buat dan makan popia inti sayur ni, memang tahan lama walaupun kita simpan dalam fridge sebab saya tak letak tauge dalam inti tu.Lagi satu tauge biasanya akan kecut kalau kita overcook, jadi memang tak sedaplah kalau tergigit tauge yang dah kecut time makan popia sayur tu kan.

Selamat mencuba ya!Kalau buat sendiri, bolehlah kita letak inti banyak-banyak kan.Taklah macam sesetengah penjual popia yang bagi inti tauge dan carrot je.huhu.Itupun boleh di kira berapa kerat tauge yang dia masukkan.muehee.

16 ulasan - "POPIA SAYUR..."

Khir Khalid delete icon 2 Januari 2016 12:30 PTG

Sedap... saya mmg suka popia... best.
Salam 2016 buat kak PI sekeluarga. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya... aamiin.
Salam ukhwah, lama saya tak berblogging hihii.. :) :)

paridah delete icon 2 Januari 2016 2:40 PTG

SEDAP KAN POPIA BUAT SENDIRI PUAS MAKAN..
SALAM TAHUN BARU JUGA BUAT DIK KK N FAMILI..TKSH DOANYA UTK KITA BERSAMA...AMIIN..INSYA ALLAH.
MESTI DZ SGT TU SAMPAI XDPT NK BLOGGING KAN.

seraa rose delete icon 2 Januari 2016 3:00 PTG

nyum nyum...sdapnyaa!!

Nabila Syifa delete icon 2 Januari 2016 3:57 PTG

kalao buat sendiri memang puas hati.boleh pilih nak letak apa lebih, apa kurang..ikut suka hati..ikut citarasa

iryanty ahamad delete icon 2 Januari 2016 7:43 PTG

inti popia wajib ada sengkuang kan kak...baru naik rasa dia

Achmad Fazri delete icon 2 Januari 2016 7:58 PTG

Popia satur enak sekali kalau di buat lauk pauk nih kak. selain enak pasti bergizi karena sayurnya...

Etuza Etuza delete icon 2 Januari 2016 10:05 PTG

beli ja popia buat gulung2 masak lah kan Pi..wah hebat memasak...

paridah delete icon 3 Januari 2016 9:37 PG

SEDAP NI...TQ SERAA ROSE

paridah delete icon 3 Januari 2016 9:39 PG

HMM BETUL TU NABILA SYIFA...TKSH SUDI SINGGAH SINI...

paridah delete icon 3 Januari 2016 9:40 PG

XDER SENGKUANG KURANG RASA ENAKNYA KAN...TQ YANTY.

paridah delete icon 3 Januari 2016 9:42 PG

YELA ACHMAD FAZRI ENAK BERKHASIAT MENGENYANGKAN JUGA TU..TQ

paridah delete icon 3 Januari 2016 9:44 PG

HMM BELI JER KULIT POPIA N GULUNG2 DGN INTINYA..GORENG R KUKUS...MUDAH KAN
TQ CIKGU ETUZA.

Qaseh Vee delete icon 3 Januari 2016 11:56 PTG

selalu buat pd bulan puasa ...

paridah delete icon 4 Januari 2016 9:52 PG

yeke sedap tu...tq qv.

dear anies delete icon 4 Januari 2016 5:46 PTG

mama sy selalu buat kulit sendiri lg best kak ;-)

paridah delete icon 5 Januari 2016 9:37 PG

YELA ANIES KULIT POPIA BUAT SENDIRI LBH TERASA KESEDAPANNYA...RAJIN MAMA ANIES...TQ.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”