بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK MAKAN TENGAHARI NI MASAK BIHUN SAJALAH....SEDAP JUGA KAN...ADA DUA RESEPI YANG PI KONGSIKAN DI SINI....KALAU SUKA BIHUN YANG AGAK BASAH BERKUAH BOLEHLAH PILIH BIHUN HAILAM...MASAK BIHUN STYLE CHINA TU...TIDAK MINAT BIHUN CARA MASAK GITU BOLEH CUBA BIHUN GORENG LADA SULAH...
SELAMAT MEMASAK MAKAN TENGAHARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG AGAR MEMPEROLEH BERKAT DAN PAHALA YANG BANYAK...INSYA-ALLAH.


BIHUN HAILAM

Bahan-bahan:
bihun yang di celur

Bahan-bahan kuah:
5-10 biji cili kering-blend
4 ulas bawang putih-blend

Campuran sos:
sos tiram
sos tomato
kicap (saya guna kicap manis dan masin, campur. kalu ade kicap pekat lagi bagus)
lada hitam
lada sulah
2,3 titik minyak bijan *
sos nampla aka sos ikan *
10 ekor udang
2 mug air masak
sawi 2 pokok, daun kubis 2 helai, carrot setengah batang, cendawan, tomato sebijik.
bancuhan tepung jagung 1/2sudu teh)

Cara:
1. tumis bawang dan lada kering di blend sampai naik bau.
2. masukkan air dan campuran sos, kicap dan lada hitam, lada sulah. sos tomato letak sikit jer dalam 2 sudu besar. sos tiram biar rasa. kicap pon secukup rasa. serbuk lada hitam letak dalam setengah sudu teh. lada sulah tu kalau suka pedas menyengat hidung letak banyak-banyak.tambah lah garam gula sikit kalau rasa tak cukup.
3. masukkan udang.
4. masukkan sayur mayur.
5. try sesedap rasa. biar rasa dia kuat sikit sebab nak makan ngan bihun nanti tawar.
6. nak pekat campur dengan bancuhan tepung jagung akhir sekali

BIHUN LADA SULAH

Bahan-bahan:
*6 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kisar semua bahan2 * di atas
1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket Mix Vege
3 genggam taugeh
sedikit crabstick (dihiris nipis)
boleh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam
telur dadar yang potong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
lada sulah dan lada hitam secukupnya
sedikit air garam
cili hidup yang dihiris nipis
bawang goreng
Jika suka, boleh tabur daun bawang, daun sup atau daun kucai.

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi
2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang...
3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram/lada hitam/lada sulah/garam/cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2. Hias dengan hirisan telur, cili hijau/merah dan juga bawang goreng

16 ulasan - "BIHUN HAILAM DAN BIHUN LADA SULAH..."

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) delete icon 28 Januari 2016 10:58 PG

Terliur sungguh tengok Bihun Hailam kak Pi tu..
Dah mula lapor perut ni..

Fiu S delete icon 28 Januari 2016 11:05 PG

wahh .,... enak nih ... coba buat ah kapn2 ..,.hehehe

Dunia Zumal delete icon 28 Januari 2016 11:46 PG

Lamanya tak makan bihun hailam...

Kakzakie Purvit delete icon 28 Januari 2016 11:53 PG

Aduhai PI... sedapnya. Kakak nak dua-dua yg dlm pinggan tu
Lepas makan pinggan pertama makan pulak pinggan kedua hihi...

babYpose delete icon 28 Januari 2016 12:01 PTG

Tu la waktu makan di saji bihun, tak yah kunyah sangat dah bole makan :) kadang yang ringan begini suka PI

AMIIZAA delete icon 28 Januari 2016 12:05 PTG

salams kak, sedapnyaaaaa:)

nohas delete icon 28 Januari 2016 1:17 PTG

sedapnya..suka dua2 bihun ni..

notie delete icon 28 Januari 2016 2:12 PTG

fuh sodapnya

Nora Karim delete icon 28 Januari 2016 4:06 PTG

pergh sedapnya kak... meleleh air liur tgk gambar...huhuhu

Raihanah Ahmad delete icon 28 Januari 2016 5:05 PTG

oo sedap juga kak ya, nanti nak cubalah

anah delete icon 28 Januari 2016 5:06 PTG

terliur pulak tengok petang2 ni kak

Fidah Shah delete icon 28 Januari 2016 9:24 PTG

Dua dua pun sedap

abuikhwan delete icon 29 Januari 2016 7:17 PG

Assalamualaikum kak,
Wah resepi lagi, Saya pilih resepi yang kedua. Bila agaknya nak hantar ke rumah..hehe.

Zaitun delete icon 29 Januari 2016 9:02 PG

Kak zai suka dua2. Terima kasih PI kongsi resepi.

Etuza Etuza delete icon 31 Januari 2016 8:00 PTG

resipi bihun yang sedap..pasti akan ada yang mencuba resipi Pi ini

Khir Khalid delete icon 31 Januari 2016 9:00 PTG

Saya suka bihun hailam... faveret... :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”